Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 28, 2025 @ 12:35pm

“Sweet, Rakan Sekerja Bawa Ayah Jumpa Abang Long” – Ibu Fattah Amin Komen Video ‘Jatuh Cinta Lagi’ Amira Othman

Pelakon, Fattah Amin mencuri tumpuan selepas meminta ibu tersayang, Azizah untuk memberi komen terhadap video dimuat naik oleh penyanyi, Amira Othman di TikTok miliknya.

Menerusi sesi siaran langsung tersebut, ibu aktor itu memberi reaksi terhadap video Fattah yang dimuat naik oleh Amira menggunakan lagu ‘Jatuh Cinta Lagi’ milik penyanyi asal, Nadhif Basalamah.

Menurut Azizah, dia menyifatkan tindakan Amira itu sebagai satu perkara yang sangat manis, sekaligus teruja melihat Fattah berjumpa dengan bapa penyanyi itu.

“Sweet la, Abang Long jumpa bapa kawan sekerja. Baik kawan sekerja ni, itulah nama kawan sekerja.

“Bukan anak saja kawan dengan rakan sekerja, bapa pun boleh berkawan dengan kawan sekerja.

“Kita biasa dengan dia tapi kali ini kawan sekerja bawa bapa dia jumpa Abang Long.. nak kenal-kenal, mengeratkan silaturahim,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan hubungan antara ahli keluarga Amira dan Fattah dipercayai sudah semakin rapat.

@monalizajantan

Video Viral🤣🤣 #fattahamin #ibuazizah #intan #amiraothman #rakansekerja cr live: @Fattah Amin

♬ original sound – Ummi Mona – Ummi Mona

Artikel Berkaitan: Muat Naik Video Fattah Amin, Amira Othman Guna Lagu ‘Jatuh Cinta Lagi’ Raih Tumpuan Ramai – “Faham, Tak Selindung Dah…”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Amira Othman Puji Fattah Amin, Anggap Seorang Jejaka Sangat ‘Sweet’

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 4 Aug 2023

Dolla Kembali Dengan Damelo

Baru sahaja memenangi Anugerah Kumpulan / Duo/ Kolaborasi Popular di Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) yang ke-35, kumpulan nyanyian wanita popular DOLLA sudah bersedia untuk projek yang baharu. Anugerah Bintang Popular merupakan salah satu anugerah […]

Cahaya Mata Sat, 29 Oct 2022

“Thank You Rafael Jaga Mommy Time Pregnant” – Ketulusan Anak Mawar Rashid Curi Tumpuan

Tular sebuah video pelakon Mawar Rashid bersama anak lelakinya, Raden Muhammad Rafael yang sedang membantunya memakai kasut. Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Mawar itu di laman Instagram, dia mengucapkan terima kasih kepada anaknya, Rafael […]

Trending Fri, 27 Mar 2020
Hiburan Wed, 18 Oct 2023
Featured Wed, 4 Jan 2023
Trending Wed, 6 May 2020
Events Wed, 18 Jan 2023
error: Content is protected !!