Euforia Bola 2026
Hiburan By: Izzi Farhana July 6, 2023 @ 5:46pm

[VIDEO] Peminat ‘Throwback’ Video Fesyen Tudung Aina Abdul Dikritik Adlin Aman Ramlie, Netizen Komen: “Dia Ambil Tohmahan Sebagai…”

Seorang pengguna TikTok telah berkongsi sebuah video lama yang menunjukkan pelakon, Adlin Aman Ramlie yang memberikan komen tentang fesyen tudung penyanyi Aina Abdul.

Ketika itu, Aina menjadi peserta Mentor Legend 2015 dan Adlin bertindak sebagai juri.

@mie9590 #ainaabdul #fypシ #trending #miemiepou #semalamainaabdul #mentor #malaysia #penyanyimalaysia #song #ainaabdulsemalam #CapCut ♬ original sound – Kaizen Anglers – Akhi Kaizen

“Aina, note saya yang pertama saya tulis. Do something with your tudung lah. You muda, biar you jadi trend setter, performer yang boleh ada style. Kalau tak, nanti nampak macam mak cik. Macam tak kena tau,” komen Adlin ketika Aina selesai membuat persembahan.

Pada hujung video itu juga menunjukkan kompilasi fesyen terkini daripada Aina yang berjaya menarik perhatian orang ramai dari sudut positif mahupun negatif.

Rata-rata netizen memberikan komen bahawa Adlin merupakan punca perkembangan fesyen Aina yang semakin berani dan telah pun menjadi ‘trendsetter’.

“Hebat Aina, dia terima kritikan dan accept keunikan untuk dia.

“Rupanya kau lah punca baju-baju dia semua haru biru eh Adlin.

“Dia ambil tohmahan sebagai batu loncatan & tengok dia sekarang,” komen netizen.

Sekadar info, Aina mendapat didikan Ella sebagai mentor dalam program terbabit dan berjaya meraih gelaran naib juara.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 30 Sep 2019

Sharnaaz Ahmad Failkan Permohonan Nusyuz, Hanya Mahu Selamatkan Keadaan

Harap-harap boleh diselesaikan dengan cepat dan adil kepada kedua-dua pihak.

Hiburan Fri, 22 Feb 2019

Malaysian Chinese Media Slammed for Dispersing Song Song Couple Divorce Rumours

Don’t believe everything you read, even if they are a major news outlet.

Events Fri, 21 Jun 2019

I Can See Your Voice Musim Kedua Lebih Mencabar?

Jangan ketinggalan untuk saksikan ICSYVMY musim kedua pada AHAD Ini!

Hiburan Wed, 21 Aug 2024

Enggan Kongsi Rutin Peribadi, Siti Saleha Jarang Buat IG Live… Bimbang Keselamatan Terancam – “Saya Ada Stalker”

Betulll, sekarang ni kan makin membimbangkan 😭😭 Jaga diri baik baik, Saleha ❤️

Hiburan Wed, 21 Aug 2019
error: Content is protected !!