Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 28, 2024 @ 4:30pm

Baju Kontinjen Olimpik Diperlekeh, Bekas Atlet Luah Rasa Kecewa Kenyataan Hamidin – “Cukup Dapat Berikan ‘Wajah’ Yang Mampu Beri Semangat & Rasa Bangga Menyarung Jersi Negara”

Susulan isu baju kontinjen negara pada sukan Olimpik Paris dipertikai oleh ramai pihak, bekas atlet gimnastik negara, Nurul Fatiha Abd Hamid meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik 2024, Datuk Haji Hamidin Mohd Amin.

Menurutnya, jika Hamidin tahu sebanyak mana pengorbanan yang perlu dilakukan oleh para atlet untuk berada pada sukan Olimpik, pastinya dia tidak akan mengeluarkan kenyataan sedimikian.

“Jika dia tahu betapa sukarnya untuk berada di sukan Olimpik. Jika dia tahu betapa sukarnya para atlet berlatih, segala pengorbanan, kecederaan yang dialami bahkan terpaksa mengorbankan masa dan jauh dari keluarga demi beraksi di sukan Olimpik… Dia tidak akan berkata sedemikian,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Terus Terima Kritikan & Dilabel Buruk, Awal Ashaari Persoal Baju Atlet Olimpik 2024 – “We Dress Them In These And Expect Gold Medal In Return?”

ARTIKEL BERKAITAN:Pakaian Rasmi Kontinjen Malaysia Ke Olimpik Paris Teruk Dikritik, Ini Jawapan MOM

Malah, Fatiha berpendapat, tidak salah untuk membalas budi dan hasil usaha para atlet apabila memberikan yang terbaik buat mereka terutamanya ketika kontinjen beraksi di sukan terbesar itu.

“Inilah masanya membalas budi, appreciate hasil usaha titik peluh atlet2 yg berjuang demi lencana di dada. Tak salah kan inilah masa untuk beri yg terbaik buat mereka. Inikan pula pentas sukan terbesar dunia,” kongsinya.

Tambahnya, bukan niat untuk membandingkan Malaysia dengan negara-negara besar lain selain mahu memberikan ‘wajah’ yang dapat memebrikan semangat dan perasaan bangga kepada atlet menyarung jersi negara.

“Percayalah, bukanlah ingin membandingkan negara-negara besar yang dapat tajaan seperti Ralph Lauren dan jenama besar lai.. Cukuplah dapat berikan “wajah” yang dapat memberikan semangat dan perasaan bangga menyarung jersi negara. Itu sahaja,” ujarnya.

Perkara itu dikongsi Fatiha menerusi hantaran di Facebook miliknya baru-baru ini.

 

Terdahulu, kenyataan Hamidin yang menyifatkan rekaan cantik pada pakaian kontinjen tidak membawa sebarang erti sekiranya mereka gagal memperolehi pingat emas di Paris nanti mengundang rasa kurang senang dalam kalangan warganet.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 14 Aug 2018

Gaya Di KLFW Dikritik, Awal Ashaari Tutup Ruangan Komen

Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW 2018) sudah pun berakhir pada 12 Ogos lalu. Di sana, kita dapat saksikan ramai jemputan yang terdiri daripada golongan VIP, artis, fashionista dan ramai lagi.  Kehadiran ramai selebriti pada acara […]

Featured Mon, 19 Dec 2022
Featured Tue, 30 Aug 2022

Tular Foto Nampak L*rah, Netizen Dakwa Eyka Farhana Makin Berani

Uishhh, lain betul penampilan Eyka Farhana ni ek? Orang kata memang berani mati lah sampai dedah…..🤭

Hiburan Tue, 28 Jan 2020

That Hilarious Moment When BLACKPINK Rosé’s Bodyguard Stole The Show

Let’s be honest, who wouldn’t fall for Rosé?

Featured Fri, 15 Apr 2022
Hiburan Fri, 26 Jul 2024
Hiburan Wed, 26 Oct 2022
Featured Tue, 30 Sep 2025

M. Nasir ‘Sang Genius’ Yang Masih Berbisa, Bawa 31 Lagu Di Konsert Cipta 3 – “Syukur Di Usia Ini Saya Masih Bekerja Lagi”

Datuk Dr M.Nasir sekali lagi membuktikan kehebatan apabila menggegarkan pentas Konsert Cipta 3 dengan 31 buah lagu hit ciptaannya.

error: Content is protected !!