Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 30, 2025 @ 1:54pm

M. Nasir ‘Sang Genius’ Yang Masih Berbisa, Bawa 31 Lagu Di Konsert Cipta 3 – “Syukur Di Usia Ini Saya Masih Bekerja Lagi”

Maestro terkenal, Datuk Dr M.Nasir sekali lagi membuktikan kehebatan apabila menggegarkan pentas Konsert Cipta 3 dengan 31 buah lagu hit ciptaannya.

Walaupun ini merupakan kali ketiga konsert tersebut berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, semangat dan sokongan peminat terhadap figura besar industri muzik tanah air itu tetap luar biasa.

Dengan mengetengahkan tema ‘Malam Ini Gua Rock’, M.Nasir menyajikan deretan lagu rock ciptaannya, termasuk karya yang pernah dipopularkan kumpulan Search, Wings dan Kembara.

Persembahan yang dibuka dengan medley lagu ikonik seperti ‘Opera Hidup’, ‘Isi Atau Kulit’, ‘Musnah’, ‘Pembakar Perasaan’ dan ‘Jerangkung Dalam Almari’ itu sekaligus memukau penonton yang hadir apatah lagi dengan stamina dan aura luar biasanya meskipun menyampaikan puluhan lagu tanpa henti.

“Terima kasih kepada semua yang hadir pada malam ini.

“Dalam usia/umur saya yang begini, saya masih bekerja lagi demi anda semua.

“Terima kasih kepada semua yang datang, kawan-kawan saya yang setia dan sokong saya semenjak saya berada di industri muzik ini. Tahu sahajalah, dunia muzik ini bukan dunia yang mudah untuk mencapai apa yang ada sekarang. Tetapi sekadar untuk rakyat kita sendiri menyukai apa yang saya hasilkan. Saya bersyukur, terima kasih banyak-banyak,” katanya.

Lebih istimewa, konsert kali ini M.Nasir tampil dengan membawakan lagu Pawana dalam versi dangdut koplo sebagai penutup persembahan pada malam istimewa tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

Malah, penonton yang hadir bukan sahaja dapat berhibur tetapi berpeluang membawa pulang sebuah jenis Harley Davidson bernilai RM114,000 tajaan Etiqa.

Dan penonton yang bertuah yang dikenali sebagai Mirza Haikal diumumkan sebagai pemenang selepas nombor tempat duduknya terpilih sewaktu sesi cabutan bertuah yang berlangsung di tengah pentas.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bukan itu sahaja, Haikal turut menerima sebuah topi keledar eksklusif serta jaket sebagai hadiah tambahan pada malam penuh bersejarah itu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 18 Jul 2018

Mengaku Penakut Tapi Demi Watak, Aprena Sanggup!

Pelakon berusia 25 tahun ini sedang menjalani penggambaran filem komedi seram, Jodoh Syaitan terbitan sulung DA Motion Media.

Trending Thu, 19 Jul 2018

Selebriti Ini Gigih Sahut #InMyFeelingChallenge Yang Tengah Trending Satu Dunia. Memang Sempoi Habis!

Memang comel selebriti-selebriti ini menari cabaran #InMyFeelingChallege! Anda berani nak cuba?

Featured Mon, 5 Feb 2024
Hiburan Sat, 30 Mar 2019

Mahu Ulang Kejayaan ‘Satu Peluang’, Andi Bernadee Tampil Dengan ‘Donde’

Single “Donde” terbitan Warner Music Malaysia ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox , Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 29 MAC 2019.

Trending Tue, 12 Apr 2022

MDA Batal Kelulusan 2 Jenama Kit Ujian Kendiri Serta Merta

Pembatalan kelulusan kit ujian kendiri

Hiburan Wed, 12 Nov 2025
error: Content is protected !!