Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin November 12, 2025 @ 11:12pm

Umisya Mazlan Sudah Berdamai Dengan Takdir, Tiada Masalah Bertemu Dengan Madu

Pempengaruh jelita Umisya Mazlan menegaskan dia sudah berdamai dengan takdir mengharungi hidup bermadu.

Terbuka untuk bertemu dengan madunya, Marissa Dania dan tidak melihat perkara itu sebagai satu masalah, Umisya menyerahkan segalanya kepada Allah.

Ibu kepada tiga cahaya mata ini turut menitipkan doa agar dipermudahkan segala urusan yang mendatang.

ARTIKEL BERKAITAN: Digelar Bar*a & Tumpang Populariti Madu, Umisya Mazlan Tampil Pertahankan Diri! – “Lidah Manusia Terlalu Kejam”

“Sejujurnya, saya sudah berdamai dengan takdir. Saya boleh saja pertimbangkan untuk bertemu.

“Dari pihak saya, tiada halangan. Sebenarnya sebelum ini pun kami pernah berjumpa.

“Selebihnya, saya serahkan kepada aturan Allah. Saya memohon doa agar segala urusan kehidupan semua pihak dipermudahkan,” katanya.

Umisya ditemui XTRA pada majlis pelancaran kamera dashcam 70mai, A810s 4K Dash Cam dan M800 4K Dash Cam di 1 Utama, pada Rabu.

Jelas Umisya yang kini aktif sebagai usahawan; dia mahu terus menjalani kehidupan dengan hati yang tenang dan sudah menerima segala ketentuan Allah dengan lapang dada.

“Saya dah terima semuanya dengan reda. Apa yang berlaku bukan perkara baharu dan saya dah lalui kehidupan berpoligami yang ada giliran dan tanggungjawab masing-masing. Sekarang saya lebih tenang,” ujarnya.

Ketika diminta mengulas mengenai komen negatif netizen yang mendoakan agar anak-anaknya mewarisi sifat Aslam yang memilih untuk berpoligami, Umisya tidak menafikan dia tersentuh dengan kata-kata tersebut.

“Sebagai seorang ibu, tentu saya sedih bila anak-anak turut dijadikan sasaran.

 

“Saya nak tegaskan anak-anak saya tak bersalah. Tak sepatutnya ada yang cakap mereka tak patut lahir atau mendoakan mereka mengulangi kisah sama,” katanya.

Sebelum ini, Umisya tampil menepis dakwaan kononnya dia cuba mengawal tindakan suaminya dalam hal poligami.

Dia menjelaskan tidak pernah masuk campur urusan rumah tangga suaminya dan menafikan meletakkan sebarang syarat berkaitan perkara itu.

Nama Umisya mula menjadi perhatian selepas suaminya, Aslam, berkahwin dengan Marissa di Songkhla, Thailand pada Disember 2023.

Umisya dan Aslam berkahwin pada tahun 2020 dan pernah berpisah pada September 2023 sebelum kembali rujuk dalam tempoh idah.

Pasangan ini dikurniakan tiga anak iaitu Hud, 4 tahun, Nuh, 3 tahun dan seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 8 Apr 2026

Kesihatan Norish Karman Merosot, Anak Rayu Doa & Sokongan Orang Ramai

Norish Karman dilaporkan berada dalam keadaan kesihatan yang semakin merosot

Trending Tue, 3 Nov 2020
Hiburan Tue, 31 Jul 2018

Isteri Kedua Ashraf Muslim Bakal Lahir Anak Ketiga

Pelakon itu mempunyai tiga cahaya mata bersama kedua-dua isterinya iaitu Sarah Ashraf, 4, Anas Ashraf, 3 dan Adam Ashraf, 2.

Trending Wed, 18 Jul 2018
Featured Mon, 14 Nov 2022

Band K-Pop Popular Korea EPEX Bakal Gegarkan Kuala Lumpur Pada 6 Januari 2023, Harga Tiket Bermula Dari RM288!

Wow wow wow! Kpop fans where yall at? Jangan lepaskan peluang ini gais 🤩🤩🤩

Hiburan Thu, 5 Apr 2018

Sah! Comel Pipi Merah Belum Ada Akaun Instagram

etakat ini, Siti belum memutuskan untuk membuka akaun Instagram rasmi Siti Aafiyah. Mungkin dia ada alasan tersendiri dan mahukan ruang,” katanya.

Featured Fri, 13 Jan 2023

Kongsi Momen Kucup Ibu Buat Kali Terakhir, Chef Wan Luah Rasa Sebak – “Berat Sungguh Kaki Mahu Tinggalkan Emak…”

Cef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail, 66, atau Chef Wan berkongsi rasa sebak apabila terpaksa meninggalkan kubur ibunya, namun dalam masa yang sama tetap bersyukur kerana segala proses menguruskan jenazah berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. Perkara […]

Events Wed, 1 Jun 2022
error: Content is protected !!