Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 26, 2024 @ 5:44pm

Terus Terima Kritikan & Dilabel Buruk, Awal Ashaari Persoal Baju Atlet Olimpik 2024 – “We Dress Them In These And Expect Gold Medal In Return?”

Pengacara dan pelakon, Awal Ashaari tampil mempersoalkan baju kontinjen Sukan Olimpik Paris 2024 selepas rekaan berkenaan menerima kritikan secara berterusan di platform media sosial.

Menerusi perkongsian yang dibuat di akaun Instagram @olympicmas, Presiden Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Norza Zakaria memaklumkan, dia berterima kasih kepada pihak penaja, Yonex Sunrise atas kerjasama selama empat tahun lalu, sekaligus menyifatkan Olimpik Paris kali ini adalah kemuncak kerjasama antara mereka dalam menyediakan kelengkapan kepada para atlet.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Olympic Council of Malaysia (@olympicmas)

 

Kesal dengan rekaan baju para atlet, rata-rata warganet dan rakan selebriti meninggalkan pelbagai respons terhadap hantaran berkenaan termasuklah bekas pengacara Melodi, Awal Ashaari.

Menurut Awal, rekaan berkenaan seakan tidak mencapai piawaian atau standard yang sewajarnya.

Bahkan, Awal berpendapat pakaian rasmi yang dipakai oleh atlet negara ini seperti tidak berbaloi dengan harapan mereka untuk membawa pulang pingat emas untuk Malaysia.

“We dress them ini these and expect gold medals in return,” soalnya.

Terdahulu, Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik 2024, Datuk Haji Hamidin memaklumkan, baju tersebut tidaklah terlalu teruk seperti yang diperkatakan, sekaligus menyifatkan rekaan cantik pada pakaian kontinjen tidak membawa sebarang erti sekiranya mereka gagal memperolehi pingat emas di Paris nanti.

“Saya tak nampaklah teruk sangat dengan baju ni semua. Kita ni kena bersyukurlah. Kita sudah setuju dengan Yonex (pengeluar pakaian rasmi) untuk tunjuk warna emas, warna jingga sudah lama sejak 2004 lagi, jadi ramai atlet sebelum ini minta Majlis Olimpik Malaysia (MOM) untuk tukar warna lain.

“MOM sudah sepakat dengan Yonex untuk tukar kepada warna emas kerana kita menyasarkan untuk menang pingat emas, itu sebenarnya tema dan Yonex juga berpendapat warna emas padan dengan warna hitam…jika warna cantik tapi tidak dapat emas atau pingat tidak guna juga,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Pakaian Rasmi Kontinjen Malaysia Ke Olimpik Paris Teruk Dikritik, Ini Jawapan MOM

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 30 Mar 2021

“Saya Takkan Berhenti Menyanyi” – Kenal Siapa Kawan & Lawan, Nabila Razali Mengaku Sedih Dikritik Rakan Selebriti

Penyanyi Nabila Razali mengakui sedih apabila dikritik oleh rakan artis rentetan peristiwa terkucil di pentas Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35). Menurut Nabila, insiden terbabit banyak mengajar dirinya untuk memperbaiki diri dan mengenali orang sekeliling. “Saya […]

Hiburan Sun, 5 Jan 2025

“Sebagai Seorang Ibu, Saya Bersyukur Lihat Anak Kedua Selamat Bernikah” – Sheila Rusly

Alhamdulillah, anak kedua Sheila Rusly selamat bernikah baru-baru ini.

Featured Thu, 7 Jun 2018

5 Manfaat Buah Nangka Untuk Kesihatan Dan Kecantikan Anda

Selain isinya yang manis, buah nangka juga mempunyai khasiat yang berguna untuk anda.

FESYEN Tue, 8 May 2018

“Lucu Ada Yang Bercakap Saya Jadi Mangsa Fesyen”- Neelofa Perjelas Isu Baju Saiz Besar

Lofa menyifatkan bahawa beliau sudah lali dengan kritikan dan komen netizen. Baginya, dia cukup bangga kerana dipilih untuk menyarung persalinan berjenama mewah itu pada malam tersebut

Hiburan Tue, 22 Aug 2023
error: Content is protected !!