Trending By: Padin October 24, 2025 @ 9:00pm

“Pelanggan Saya Memang Kaya, Tak Perlu Diskaun” – Haliza Maysuri Letak Sasaran RM10 Juta Di Pahang, Mahu Bantu Golongan Memerlukan

“Pelanggan saya memang kaya, mereka tak perlu diskaun. Mereka sanggup beli sebab jenama ini mahal. Produk saya memang tiada diskaun, tapi sebahagian keuntungan akan saya kembalikan kepada masyarakat.”

Demikian kata-kata usahawan sensasi, Haliza Maysuri yang meletakkan sasaran berani untuk mencatat jualan RM10 juta di Pahang menjelang Aidilfitri akan datang menerusi Butik Byqiss by Bawal Exclusive di Kuantan, Pahang.

Menurut Haliza, angka itu mungkin kelihatan besar, namun ia bukan hanya tentang keuntungan semata-mata, sebaliknya sebahagian hasil jualan akan disalurkan kepada golongan memerlukan.

“Lagi banyak kami berniaga, lagi banyak zakat yang boleh dibayar. Saya mahu pelanggan tahu, setiap helai tudung yang mereka beli juga menjadi amal jariah,” katanya.

Haliza yang dikenali dengan semangat keusahawanan tinggi itu mengakui perjalanan hidupnya bukan mudah, malah pernah bermula dengan berniaga di pasar malam sebelum berjaya membina empayar Bawal Exclusive selama lebih 27 tahun.

“Saya sendiri diuji dengan masalah kesihatan, tapi saya percaya rezeki bertambah apabila kita bersedekah dan bantu orang susah. Walaupun pernah hampir putus asa semasa pandemik, Allah ganti dengan rezeki yang tak disangka. Perniagaan ini masih kukuh dan saya akan terus bersedekah sebagai tanda syukur,” ujarnya.

Menariknya, sambutan pelanggan di Pahang begitu luar biasa hingga mencipta sejarah apabila sehelai tudung Bawal Exclusive pernah dibeli pada harga RM50,000 oleh seorang usahawan tempatan, menjadikan ia antara tudung termahal di dunia dalam kategori mewah.

“Pelanggan di Pahang ini memang luar biasa. Mereka bukan saja ada kuasa beli tinggi, tapi juga setia dengan jenama kami. Mereka yakin dengan nilai dan kualiti Bawal Exclusive, sebab itu saya yakin sasaran RM10 juta boleh dicapai oleh Butik Byqiss by Bawal Exclusive,” kata Haliza.

Dalam pada itu, pemilik Butik Byqiss by Bawal Exclusive, Datin Hamizan Puteh, menyambut baik sasaran tersebut dan optimis angka itu mampu dicapai dengan sokongan pelanggan setia.

“Butik ini dibuka atas permintaan pelanggan sendiri dan sambutannya sangat menggalakkan. Untuk meraikan pembukaan ini, saya memperkenalkan dua rekaan eksklusif yang hanya boleh didapati di Pahang iaitu Helaian Byqiss dan Bawal Mizan,” katanya.

Hamizan menjelaskan, rekaan Helaian ByQqss bernilai RM990 itu diilhamkan daripada konsep Yin & Yang, simbol keseimbangan antara baik dan buruk yang diterjemahkan dalam bentuk seni halus.

“Rekaan ini menggambarkan perjalanan hidup saya sendiri yang penuh turun naik selama hampir 10 tahun dalam industri. Setiap helaian membawa makna keseimbangan dan ketabahan,” jelasnya.

Sementara itu, Haliza menegaskan setiap pengedar sah Bawal Exclusive seperti Byqiss diberikan keistimewaan menghasilkan rekaan sendiri bagi mengekalkan keunikan setiap butik.

“Kami mahu setiap reseller ada identiti mereka sendiri. Itulah kekuatan Bawal Exclusive, eksklusif dalam setiap rekaan dan penuh nilai seni,” katanya.

Dalam usaha membina legasi, Haliza kini menumpukan kepada penubuhan yayasan kebajikan yang akan diteruskan oleh anak-anaknya kelak.

“Saya mahu empayar ini bukan hanya tentang jual tudung, tetapi juga tentang manfaat kepada masyarakat. Saya antara pembayar zakat terbesar di Selangor dengan jumlah mencecah RM1 juta. Kalau saya tiada nanti, yayasan inilah yang akan anak-anak teruskan sebagai saham akhirat kami,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 23 Mar 2021
Trending Wed, 29 Sep 2021

“Foto ‘B*gil’ Penuh Akan Disiarkan Sekiranya..” – Nam Ron

Pelakon berbakat besar, Nam Ron memuat naik dua foto tidak berbaju di laman Twitter miliknya dan ia mendapat perhatian warganet. Menerusi ciapan yang dikongsi semalam, Nam Ron atau nama sebenarnya, Shahili Abdan, 52, secara sinis […]

Featured Tue, 13 Dec 2022

[VIDEO] Anak-Anak Sharifah Shahirah Mencuit Hati Ramai- “Semua Muka Anime, Yang Lelaki Duduk Macam Nak Bersanding!”

Woww, macam anime ek semua gaya 🤣 Sempoi la dapat ibu macam Shiera ni 🤩

Featured Tue, 26 Jul 2022

[VIDEO] Tampil Berhijab, Netizen Minta Isteri Caprice Berhenti Muat Naik Content Menari – “Tak Perlu Tayang Dah..”

Wahh, cantiknya isteri Caprice berhijab! Manis betul orangnya.. Semoga istiqomah

Trending Mon, 15 Jan 2018

非一般便条纸 让你变成生活的艺术家

虽然说创作纸雕艺术品需要极高创意及一双巧手,但日本近日有公司推出一款纸雕模型便条纸(Memo纸),顾客不需刻意组装或做任何劳作,只要慢慢撕下、用光了便条纸,纸雕作品就会现形。

Events Fri, 22 Apr 2022
error: Content is protected !!