Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 9, 2024 @ 3:16pm

Dihenyak Kecaman & Tuduhan Fitnah, Bapa Hafiz Suip Beri Pesanan – “Ingat Karma, Hari Ni Dia Kena… Satu Hari Awak Pula”

Selepas tampil memberikan penjelasan mengenai dakwaan mengambil barang terlarang, penyanyi Hafiz Suip sekali lagi mencuri perhatian.

Menerusi perkongsian video di TikTok, Hafiz kelihatan bersama bapanya, Mohamad Suip sedang berada di sebuah restoran.

Bagaimanapun, ketika bersiaran secara Live di platform tersebut, dia sekali lagi dihujani komen-komen negatif warganet.

“Yang hebat sangat tu, mana? Tunjuk lah. Mana komen anda yang hebat sangat tadi. Aku nak tengok,” ulasnya.

Namun, enggan anaknya terus menerima komen yang tidak baik, bapa Hafiz akhirnya tampil membuka mulut.

“Kalau anak kau orang lah, kamu tuduh macam tu, agaknya macam mana perasaan awak?,” katanya.

“Ingatlah karma. Ini masa dia, nanti masa kau orang,”katanya.

Melihat respons yang diberikan bapanya, pelantun lagu Ku Akui itu kelihatan berpuas hati lantas menegur tindakan individu terbabit yang hanya berani menjadi ‘keyboard warrior’ sahaja.

“Mana komen kau orang tadi yang hebat sangat. Mana?

“Kau orang berani jadi keyboard warrior je, typing je. Bila depan-depan takut. Itu aku baru panggil bapa aku,” kongsinya.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih lebih 70,000 tontonan sejak ia dimuat naik.

Terdahulu, Hafiz ketika ditemui usai Konsert By Ajai & Mega Friends baru-baru ini memaklumkan, dia kini aktif menjaga kesihatan disebabkan masalah kesakitan tulang belakang (slipped disc) yang pernah dialaminya.

ARTIKEL BERKAITAN:“Bukan Saya Hisap B*tu, D*dah… Saya Menjaga Kesihatan” – Hafiz Suip

ARTIKEL BERIKAITAN:Dedah Sebab Delete Akaun Instagram, Hafiz Suip Dah Malas Jadi Hipokrit – “Kecaman Agak Ketara Antara…”

ARTIKEL BERKAITAN:Isu Fitnah Rumah Tangga, Hafiz Suip Minta Netizen Jangan Menyibuk! -“Kau Orang Tak Ada Hak Pun Nak Tahu Pasal Urusan Peribadi Saya”

ARTIKEL BERKAITAN:Video Latihan Di Konsert Ajai Tular, Individu Dedah Sikap Sebenar Hafiz Suip -“Dia Paling Jaga Solat, Azan Je Terus Pergi”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Thu, 13 Jun 2019
Trending Fri, 28 May 2021
Featured Tue, 22 Nov 2022

“Kita Berilah Masa Sedikit Untuk Kami Dan YDPA” – Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim minta semua beri ruang kepada YDPA

Hiburan Thu, 5 Mar 2026

Erysha Emyra Akui Selesa Berkawan Dengan Ariel Fesol, Tak Kisah ‘Dikenenkan’ Peminat – “Dia Sangat Baik, Hormat Orang”

Tidak mengiyakan atau menafikan hubungan tersebut, Erysha bagaimanapun mengakui dia selesa berkawan dengan Ariel

Hiburan Thu, 18 Jul 2024
Trending Wed, 29 Jun 2022

“Dia Baling Kepala Saya Dengan Botol Coke…” – Buat Laporan Polis, Mak Wan Latah Pertahan Maruah

Mak Wan Latah mempertahankan maruah dengan membuat laporan polis terhadap wanita terbabit.

Hiburan Tue, 27 Nov 2018

Tiga Lagu Hael Ke AJL 33, Nabila Razali Janji ‘Turun Padang’

Sweet je tengok dua selebriti ni kan. Teman tapi mesra gituew…

Eat Travel Wed, 12 Feb 2020
error: Content is protected !!