Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 5, 2024 @ 6:48pm

Isu Fitnah Rumah Tangga, Hafiz Suip Minta Netizen Jangan Menyibuk! -“Kau Orang Tak Ada Hak Pun Nak Tahu Pasal Urusan Peribadi Saya”

Kemunculan penyanyi bersuara lunak, Hafiz Suip pada Konsert By Ajai & Mega Friends yang berlangsung di Megastar Arena, Kuala Lumpur pada Sabtu ternyata menuai pujian ramai.

Malah, Hafiz meluahkan rasa syukur dan mengucapkan terima kasih kepada komposer dan juga penyanyi Ajai kerana memberikan kepercayaan kepadanya untuk beraksi pada konsert tersebut.

“Saya bersyukur ke hadrat ilahi, apa yang saya boleh katakan, saya ucapkan terima kasih kepada Abang Ajai kerana dia memberikan kepercayaan kepada diri saya untuk buat persembahan di atas konsert dia. Alhamdulillah.

“I really miss the performance,  I really miss the crowd, saya harap anda semua terhibur,” katanya ketika ditemu bual bersama Melodi.

Mengakui puas melakukan persembahan dihadapan kira-kira 5,000 peminat yang hadir, pemenang anugerah bagi kategori Vokal Terbaik selama tiga tahun berturut-turut pada Anugerah Juara Lagu ini berkata, dia sangat gembira meskipun pada awal persembahannya berlaku sedikit kesilapan teknikal.

“Tahap kepuasan, i would say 120 percent walaupun pada awal persembahan ada teknikal error. Tapi saya rasa benda tu tak ada masalah. I really have fun,” luahnya ringkas.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

 

Tampil mengulas mengenai isu relevan atau tidak, Hafiz bagaimanapun mengakui mengenai perkara itu kerana ia bergantung kepada peredaran masa dan kehendak peminat.

“Bagi saya relevan tak relevan tu memang betul lah kan? Once you getting older, of course your semangat, tenaga semua benda dah jadi down,” katanya.

Isu fitnah rumah tangga

Seringkali terpalit dengan isu fitnah, Hafiz bagaimanapun menganggap tuduhan yang dilemparkan itu adalah perkara normal.

Bahkan, dia tidak mampu menutup mulut semua orang.

“That one i can say, kita memang tak dapat nak tutup mulut orang, tetapi nowdays komen dan mulut orang macam tu saya pun tak boleh buat apa. Dan yang boleh menghukum adalah Dia.

“Bagi saya fitnah tu adalah normal dekat dunia akhir zaman ni. Kita kena terima sahaja. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Lain lah kalau dia sentuh kita kan,” jelasnya.

Selain itu, ketika ditanya mengenai fitnah terhadap rumah tangganya termasuklah dakwaan yang mengatakan dia sudah bercerai, Hafiz tampil memberikan pesanan kepada netizen supaya perihal rumah tangganya bersama isteri, Nureffy Jasreel Abdullah tidak menjadi ‘buah mulut’ orang ramai.

Ini kerana, dia merasa kurang selesa untuk berkongsi mengenai hal peribadi kepada umum.

“Kau orang siapa nak tahu pasal rumah tangga saya? Dan kau orang tak ada hak pun nak tahu pasal urusan peribadi saya. Kalau nak tahu pasa kerja saya boleh. Saya tak kisah kalau kau orang nak tahu pasal kerja, tapi kalau kau orang nak tahu pasal peribadi saya, saya tak suka. Jangan tanya saya pasal isu-isu perkahwinan saya lah,” ujarnya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 17 Dec 2019

Hafrez Adam Explains Why He And Zara Zya Decided To Call It Quit Even Though Only Being Engaged For One Month

Life is made up of many ups and downs, but believe that things will bounce back and be even better than before.

Events Wed, 4 Sep 2019

第7届《校园主播培训营》圆满结束!50位大专生正式成为「校园主播」

由ntv7、八度空间举办为期3天的第7届《校园主播培训营》圆满落幕,50位大专生在经过培训后,正式成为「校园主播」!

Featured Sat, 5 Nov 2022

“Kadang Saya Penat Buat Lawak, Tapi Suami Pula Dapat Nama” – Ain Edruce

Pengacara dan pelakon, Nurulain Edruce atau lebih dikenali sebagai Ain Edruce sering mencuri perhatian ramai dengan gelagat ‘gila-gilanya’. Namun, rata-rata lebih tertumpu kepada suaminya, Amirul Hafiz yang kerap membuat ramai rakyat Malaysia terhibur melihat TikTok […]

Kisah Viral Thu, 28 Dec 2023
Featured Wed, 28 May 2025
Hiburan Wed, 30 Jan 2019
Selebriti Sun, 3 Sep 2023
Trending Mon, 21 Oct 2019
Featured Tue, 6 Jun 2023
Hiburan Fri, 21 Dec 2018
error: Content is protected !!