Euforia Bola 2026
Featured By: Dharnieya Nur Amelsa November 5, 2022 @ 2:04pm

“Kadang Saya Penat Buat Lawak, Tapi Suami Pula Dapat Nama” – Ain Edruce

Pengacara dan pelakon, Nurulain Edruce atau lebih dikenali sebagai Ain Edruce sering mencuri perhatian ramai dengan gelagat ‘gila-gilanya’.

Namun, rata-rata lebih tertumpu kepada suaminya, Amirul Hafiz yang kerap membuat ramai rakyat Malaysia terhibur melihat TikTok mereka bersama.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NURULAIN BT EDRUCE (@ainedruce)

Memetik laporan Gempak, Ain mendedahkan perangai sebenar suaminya yang bersikap kelakar namun agak malu apabila berhadapan dengan kamera.

Tambahnya lagi, Amirul sering mendapat nama sedangkan dia yang penat membuat lawak.

“Sebenarnya lawak suami saya tak semua boleh terima tau, ada setengah dia tak rasa lawak tapi kenapa majoriti rakyat Malaysia rasa dia tu lawak betul.

“Kadang-kadang saya yang penat buat lawak, tapi dia yang dapat nama, sedih betul geram pun ada,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon drama Camelia itu turut berkata suaminya kini lebih berani untuk bergurau dengannya di hadapan umum walaupun lawaknya itu kadang-kadang kedengaran seperti memerli.

“Sekarang dia lebih berani untuk bergurau dengan saya depan khalayak ramai, mungkin sebab dah selesa dan berani sikit walaupun kadang-kadang lawak dia itu macam memerli saya,” katanya.

Untuk info, Ain dan Amirul sah bergelar suami isteri pada Disember 2019 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Soraya pada Mei 2021.

 

Sumber: Gempak

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 21 Jun 2018

Bukan Tak Nak, Belum Ada Rezeki

Sudah pasti, sebagai wanita yang sudah berumah tangga, saya juga mempunyai impian untuk menjadi ibu.

Trending Mon, 7 Jan 2019

Mimpi Ngeri Pengantin Baru, Katerer Penipu Buat Kek Guna Polisterin

Malu, marah, sedih dan kecewa, perasaan pengantin bercampur-baur dengan perkahwinan idaman yang dimpikan bertukar tragedi

Agama Fri, 28 Jun 2024

Ramai Pilih Nikah Di Sempadan, Kerajaan Perkukuh Kerjasama Dengan Agensi Agama Selatan Thailand

Bagus juga sekurangnya dapat pastikan perkahwinan itu sah di sisi undang-undang

Events Thu, 16 Jun 2022

[VIDEO] Kini Lebih Selektif, Fattah Amin Tolak Banyak Tawaran Berlakon Kerana…

Saya mementingkan kualiti berbanding kuantiti lakonan – Fattah Amin

Trending Wed, 30 Jun 2021
Trending Mon, 14 Jun 2021

Achey Simpan Hasrat Beraksi Di Pentas AJL

Pelawak dan penyanyi, Achey menyimpan hasrat agar suatu hari nanti dia dapat berkaksi di pentas pertandingan nyanyian seperti Anugerah Juara Lagu (AJL). Terkenal dengan lagu Yang Terindah dan Sakit, Achey kini muncul dengan single baru […]

Hiburan Fri, 11 Oct 2019
error: Content is protected !!