Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 4, 2024 @ 8:23am

“Bukan Saya Hisap B*tu, D*dah… Saya Menjaga Kesihatan” – Hafiz Suip

“Bukan saya hisap b*tu, bukan saya hisap d*dah, bukan saya hisap benda yang kalian tuduh saya. Saya menjaga kesihatan, saya ke gimnasium, saya sudah dua bulan terlibat dengan kelas tinju.”

Demikian jawapan penyanyi Hafiz Suip mengenai masalah kesakitan tulang belakang (slipped disc) yang pernah dialaminya.

Hafiz Suip menjaga kesihatan

Berkongsi mengenai perkembangan terkininya, Hafiz menjaga kesihatan untuk mengelak masalah ‘slipped disc’ berulang semula.

ARTIKEL BERKAITAN: Comeback Di Konsert By Ajai & Mega Friends Dapat Standing Ovation, Sorakan Peminat… Hafiz Suip Mengaku Gementar

Pelantun lagu Noktah Cinta ini turut bergiat aktif dalam aktiviti kecergasan untuk mengekalkan tahap kesihatan.

“Saya melibatkan diri dalam tinju bukan kerana mahu bergaduh, tetapi saya mahu menjaga kecergasan saya. Itulah sebab mengapa saya kurus. Seperti ‘slipped disc’ yang dialami, semua pun tahu saya ada masalah itu sejak tahun 2016.

“Jadi, bergiat aktif adalah salah satu cara saya menjaga kesihatan. Ketika saya terkena ‘slipped disc’, saya baru berusia 26 tahun, jadi doktor katakan terlalu muda untuk saya menjalani pembedahan. Doktor sarankan saya untuk menjaga pemakanan dan berat badan.

“Sekarang keadaan saya Alhamdulillah. Saya nak katakan okay sepenuhnya pun tidak kerana masalah ini tidak boleh benar-benar sembuh, jadi saya sendiri harus menjaga kesihatan,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

Hafiz ditemui XTRA usai Konsert By Ajai & Mega Friends di Mega Star Arena, Bukit Bintang, malam tadi.

Tambah penyanyi lagu Bahagiamu Deritaku ini, masalah ‘slipped disc’ tidak mengganggu suara, namun dia memberi kesan kepada pergerakan.

Slipped disc beri kesan kepada pergerakan

“Sejujurnya kalau dari segi suara, tak memberi kesan tetapi ia sedikit sebanyak memberi impak terhadap pergerakan badan saya.

“Baru-baru ini, saya dijemput untuk turut serta dalam program nyanyian yang memerlukan saya beraksi lasak, tetapi saya berterus terang, saya tak boleh lakukan kerana saya ada masalah kesihatan.

“Takkanlah disebabkan saya nak masuk program itu, saya nak korbankan atau mencederakan diri kita. Saya rasa, banyak lagi cara lain, ada rezeki lain, Insya-Allah,” katanya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

Menerima sorakan gemuruh ketika Konsert By Ajai & Mega Friends berlangsung, Hafiz menyampaikan lagu popularnya yang dicipta oleh Ajai, Ku Akui dan lagu hit nyanyian asal Datin Alyah, Tak Mungkin Kerana Sayang.

Selain Hafiz dan Ajai, konsert terbabit turut menampilkan persembahan Dayang Nurfaizah, Aina Abdul, Hazama, Aufahanie dan Illa Sabry.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 27 Jan 2019

Doakan Mamat Khalid…

Jom doakan agar Abang Mamat kembali sihat seperti biasa dan dapat menghasilkan karya-karya hebat di masa akan datang. Insya Allah…

Hiburan Thu, 14 Mar 2019

Tiga Hari Menuju Perkahwinan, Awi Rafael & Atikah Suhaime Umum Kejutan!

Andai kata betul , semoga hubungan antara Awi Rafael dan Atikah Suhaime masih lagi baik

Hiburan Tue, 8 Jan 2019

BTS To Get Their Own Dolls by Mattel!

This is a next-level fame the boys are achieving.

Hiburan Tue, 18 Jun 2019

‘Macam Mana Boleh Kenal Syed Saddiq?’- Raja Yunika Putri Jawab Soalan Netizen

Pelakon cantik ini juga berterima kasih kepada beliau…

Hiburan Sat, 19 Oct 2019

‘Janganlah Cepat ‘Melantun’ Kalau…- Scha Al-Yahya

Pesan Scha, ‘Jangan ikut perasaan’

Featured Wed, 15 Mar 2023

Pakai Seksi Di Paris… Netizen Kecam Ameera Khan, Persoalkan Ibadah Umrah

“Macam mana business trip ke Umrah?” – Netizen

error: Content is protected !!