Euforia Bola 2026
Featured By: Padin July 17, 2025 @ 3:55pm

20 Lelaki Ditahan, Polis Rampas K*ndom & Ubat HIV Dalam Serbuan Pesta G*y

Satu majlis makan-makan yang dipercayai dianjurkan oleh kumpulan lelaki songsang di sebuah banglo di Jalan Kemumin, Kota Bharu, Kelantan bertukar kecoh apabila diserbu pihak polis sekitar jam 1 pagi, pertengahan bulan lalu, lapor Harian Metro.

Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, hasil risikan mendapati acara berkenaan disertai hampir 100 lelaki, namun semasa serbuan dilakukan, sebahagian besar peserta telah meninggalkan lokasi.

“Kita mendapat maklumat kumpulan gay menyewa sebuah banglo untuk acara makan-makan dan hasil risikan, pertemuan itu dihadiri hampir 100 orang.

“Namun ketika serbuan dilakukan sebahagian besar sudah pulang dan terdapat 20 lelaki ditahan. Kita turut merampas ubat HIV dan kondom.

“Kita percaya pertemuan itu diadakan untuk hubungan terlarang berhubung penemuan kondom dan ubat HIV, namun aktiviti itu belum lagi dilakukan,” katanya.

Serbuan itu turut membawa kepada rampasan ratusan kondom dan beberapa jenis ubat berkaitan HIV. Hasil siasatan lanjut terhadap 20 individu yang ditahan mendedahkan beberapa pengakuan mengejutkan.

“Daripada 20 lelaki berkenaan, tiga daripadanya kita berjaya tuduh di mahkamah memandangkan terdapat video hubungan terlarang lelaki sesama lelaki dalam telefon bimbit mereka.

“Kesemua mereka yang menyertai pertemuan itu adalah orang Kelantan dan masing-masing mempunyai pekerjaan. Majlis pertemuan itu juga dimuat naik di media sosial untuk menarik lebih ramai peserta,” katanya.

Yusoff berkata demikian dalam sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Polis yang berlangsung hari ini.

Mengulas lanjut, Yusoff memaklumkan pihaknya sedang mempertingkatkan usaha risikan untuk memahami sejauh mana aktiviti seumpama ini berlaku di negeri Kelantan.

“Kita tidak tahu sejauh mana serius kes ini di Kelantan memandangkan ini adalah kes yang pertama. Namun kita akan pertingkatkan risikan lanjut bagi mengekang kegiatan itu,” katanya.

Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti penganjur sebenar dan rangkaian yang terlibat.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 13 Sep 2024

Ejen Ali The Movie 2 Tampil Kelainan, Telan Kos Sehingga RM10 Juta

Tak sabarnya nak tengok Ejen Ali😍😍 Bangkit satria!

Trending Fri, 26 Oct 2018

Jenama Apple & Samsung Didenda Kerana ‘Paksa’ Pelanggan

Apple didenda sebanyak 10 juta Euro (RM48 juta) manakala Samsung pula didenda sebanyak 5 juta Euro (RM24 juta)!

familuv Wed, 4 Jan 2023

Simpan Ikan Dalam Bekas Ais Krim Netizen Terhibur Lihat Gelagat Zara Zya & Ibu

Pelakon terkenal, Zara Zya berkongsi momen kelakar bersama ibu tercintanya ketika berada di rumah. @zarazyaofficial Kenapa lah ye… #ZaraZyaOfficial ♬ Ku Bahagia – Melly Goeslaw Menerusi hantaran yang dibuat oleh Zara di laman TikTok, dia […]

Featured Wed, 11 May 2022
Hiburan Wed, 3 Apr 2024

Jaafar Onn Meninggal Dunia

Innalillahwainnailaihirrojiun

Featured Fri, 3 Feb 2023
Featured Wed, 8 May 2019
Trending Fri, 6 Nov 2020
error: Content is protected !!