Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin October 31, 2023 @ 7:53pm

Masih Rancak Dangdut Di Usia 45, Ani Maiyuni Kekalkan Tenaga & Kecantikan Asli – “Ada Saranan Buang Kelopak ‘Bunga’ Di Hidung, Tapi…”

Penyanyi dangdut popular, Ani Maiyuni, 45, mendedahkan pernah mendapat tawaran untuk melakukan prosedur rawatan kecantikan moden termasuk prosedur bariatrik serta pembedahan hidung.

Menurut Ani atau nama sebenarnya, Aishah Aishah An Nur Osman, sejak di usia remaja dia selesa menjalani gaya hidup sihat namun menghormati setiap pandangan orang.

“Bagi saya bila usia kita makin bertambah, rasa takutlah pula nak buat. Susah nak kekalkan perkara itu. Saya pun bukannya muda lagi. Untuk saya kalau nak diet atau menjaga kecantikan, biarlah secara natural.

“Sejak dulu pun, kalau ada yang suruh saya cucuk hidung untuk bagi mancung, saya tak terfikir nak buat. Kalau ada kedut-kedut itu biasalah.

“Sudah namanya faktor umur, nak buat macam mana? Dekat 30 tahun dalam industri, saya memang tak pernah cucuk muka. Kalau pergi lakukan facial di spa itu memang selalu.

“Botox ke, filler ke, tak pernah. Gigi saya yang jarang pun tak pernah buat m. Pernah ada yang nak taja saya buang ‘kelopak bunga’ pada hidung, tapi tak mengapalah. Apa pun, saya hormati pendirian masing-masing,” kata Ani.

Disoal mengenai rutin penjagaan diri yang membuatkan dia kekal bertenaga, Ani aktif mengambil tawaran persembahan serta mengamalkan kopi.

“Saya penyanyi dangdut, sudah semestinya saya akan bergelek mengikut kesesuaian. Tapi tidaklah segalak dulu. Jika orang tanya di usia 45 tahun ini, apa rahsia saya masih bertenaga membuat persembahan, saya tiada sebarang petua spesifik sebenarnya.

“Selain penyanyi, saya juga merupakan ibu dan isteri yang menguruskan rumah tangga. Jadi, senaman saya di situ. Saya rasa aktif membuat persembahan membuatkan saya kekal bertenaga. Sibuk ke sana sini adalah ‘senaman’ untuk saya. Selain itu, saya juga mengamalkan kopi,” katanya.

Ani berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran produk minuman, Ellojoy Sacha Inchi di Shah Alam, pada Sabtu.

Menjadi rakan niaga untuk produk terbabit, Ani menasihati peminat kopi agar bijak membuat pilihan.

“Kita tahu ada yang pandang minuman berjenama dan ikut trend, cuma pada saya apa yang utama ialah kita terlebih dulu perlu tahu akan khasiat kopi yang diminum serta adakah ia menawarkan harga yang berbaloi.

“Kalau ikut trend memang ada kopi yang harga ‘kayangan’, tapi apakah bahan serta jenis kopi yang digunakan kadang kala sukar diketahui. Jenama ini misalnya mengandungi bahan utama iaitu serbuk Kopi Arabika, serbuk sacha inchi, ekstrak halia hitam dan cendawan susu harimau.

“Sebelum setuju menjadi rakan niaga, saya sendiri dan keluarga sudah mula minum kopi ini sejak April lalu dan Alhamdulillah memberikan kesan yang baik dalam gaya hidup saya,” katanya.

Ellojoy Sacha Inchi sudah berada di pasaran sejak April lalu dan dijangka mencapai jualan mencecah setengah juta kotak sehingga 2024.

Minuman berkenaan dijual dengan harga pasaran RM39.90 sekotak namun kini hanya RM25 sepanjang tempoh promosi dan boleh didapati secara eksklusif melalui U-Joy, Master U-Joy dan secara online.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 26 Jun 2023
Hiburan Sat, 26 Oct 2019
Featured Tue, 10 Feb 2026

“Saya Masuk Industri Tanpa Duit, Tanpa Nama” – Mimi Lana Dedah Bukan Orang Senang, Nabila Huda Pernah Pinjamkan ‘Winter Clothes’

Pelakon popular, Mimi Lana berkongsi pandangannya mengenai industri seni tanah air yang menurutnya sering dilabel ‘kotor’.

Hiburan Tue, 6 Feb 2024

“Cirit-Birit, Muntah Serta Kuku Panjang & Kotor…” – Mizz Nina Dakwa Musa Alami Trauma Diambil Bekas Suami

Allahu kesiannya baby Musa.. Semoga kemelut ini dapat diselesaikan cara baik

Featured Tue, 7 Mar 2023

“Dia Terbuka Untuk Mencuba” – Yazmin Aziz Kongsi Teman Lelaki Minat Kenali Budaya Melayu & Agama Islam

Kekasih saya bukan orang Islam tapi dia sangat menghormati agama Islam – Yazmin Aziz

Hiburan Mon, 6 Aug 2018

Kenapa Nana Berminat Cari Protege Bujang?

Jika dia bagus dan boleh memberikan sepenuh komitmen, kenapa tidak? Sebagai penyanyi yang memulakan kerjaya sejak sekolah lagi, saya sudah melalui banyak peralihan.

Hiburan Mon, 24 Jul 2023
Featured Sun, 16 Feb 2025
error: Content is protected !!