Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 16, 2024 @ 9:04pm

Penyanyi Hasnol Bakal Tamat Zaman Duda Hujung Tahun Ini, Anggap Calon Isteri Sebagai Anugerah Dari Kayangan

Penyanyi Hasnol Hassan Ariff mendedahkan dia bakal mengakhiri zaman dudanya pada hujung tahun ini.

Katanya, walaupun hanya dua tahun memegang status duda, namun itu bukanlah alasan untuk dia mengecapi bahagia apatah lagi kehidupannya kini semakin baik.

“Inshaa-Allah hujung tahun ini saya akan tamatkan zaman duda saya dengan keadaan yang baik,” katanya.

Mengulas lanjut, pelantun lagu popular ‘Laguku Untuk Mu’ ini bagaimanapun menjelaskan, keputusan itu diambil bukanlah kerana ‘tidak sabar’ mahu mendirikan rumah tangga sebaliknya mahu menghormati keputusan daripada pihak perempuan.

“Saya duda hanya dua tahun. Dan tidak wujud istilah sabar ataupun tidak, kerana pihak perempuan sudah memberikan hint untuk melangkah ke fasa seterusnya,” ulasnya.

Hasnol berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Konsert Telan Kaset 90-an X VITS Music Festival yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur pada Jumaat.

Dalam pada itu, Hasnol, 54, juga berkongsi detik perkenalannya bersama wanita asal Temerloh, Kuantan Pahang itu.

Katanya, dia dan bakal isteri sudah lama mengenali antara satu sama lain, namun pada ketika itu bakal isterinya masih berkawan dengan orang lain menyebabkan dia mengambil keputusan untuk berdiam diri sehinggalah pada suatu ketika hubungan tersebut tidak berjaya.

“Saya duda hanya dua tahun. Dan, istilah sabar ataupun tidak wujud sama sekali. Ini kerana, pihak perempuan sudah memberikan hint untuk melangkah ke fasa seterusnya.

“Kami sebenarnya jumpa di platform media sosial TikTok. Kami berkawan dah lama cuma masa mula-mula tu kita tengok dia dengan orang lain, jadi kita tak kacau. Lagipun kami sudah berkawan hampir tiga ke empat tahun.

“Pada ketika itu, saya tak terfikir pun nak kacau orang lain punya… tapi bila tengok media sosial dia, foto bersama individu lelaki itu pun sudah tidak ada jadi saya okay. Hubungan ini baru lagi, dua bulan macam tu,” kongsinya.

Bakal Isteri seorang yang tegas

Mengakui bakal isterinya seorang yang tegas, Hasnol memaklumkan sikap yang dimiliki wanita itu berjaya menambat hatinya memandangkan dia merupakan seorang yang ‘longgar’ dan tidak tegas.

Bahkan, penerimaan ahli keluarganya juga sangat baik terhadap wanita tersebut.

“Dia seorang yang tegas, sebab saya ni seorang yang ‘longgar’ dan tak tegas. Tapi bila dia tegas saya jadi berdisiplin dan rasa teratur on top of dia boleh membimbing saya ke depan lagi. Kiranya dia ni anugerah dari kayangan lah.

“Mak okay alhamdulillah dan ini tidak ada kena mengena dengan bekas isteri saya atau dengan sesiapa yang mereka kenal. Yang ini pun saya baru kenal cuma jodoh dah sampai.

“Kami cuma merancang bila nak dilangsungkan dan keluarga dia pun dah setuju. Inshaa-Allah hujung tahun ini Disember,” jelasnya.

Berkongsi mengenai persiapan perkahwinannya yang berbaki empat bulan sahaja lagi, Hasnol berkata, ia berjalan dengan sangat lancar dan dalam keadaan sederhana.

“Memang ekspress, walaupun ini yang ketiga buat saya dan yang pertama untuk dia tapi dia sejenis yang lowkey. Alhmdulillah,” ujarnya.

Meskipun ini merupakan perkahwina ketiganya, Hasnol mengakui percaya antara satu sama lain adalah kunci kepada kebahagian rumah tangga.

“Saya percaya dalam perhubungan satu, kena ada kepercayaan. Dua, cemburu biar bertempat dan ketiga, bila nak jaga maruah masing-masing tu kita tak bercakap belakang masing-masing. Contohnya, bila kita tak suka sesuatu tentang partner kita, kita beritahu dia bukan orang lain atau sosial media.

“Ini kerana ia boleh memecah belahkan sesuatu rumah tangga. Dan apa yang penting, saya percaya dia… dan dia percaya saya. Kita sama-sama cari rezeki tak ada melencong kiri kanan serta yakin kita nak berjaya sama-sama,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Hasnol juga bakal mengeluarkan single berjudul ‘Cinta Abadi’ yang didedikasikan khas buat bakal isterinya itu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 18 Mar 2024
Trending Mon, 7 Sep 2020
Trending Sun, 30 Dec 2018

Majikan Tolong Bayar Hutang PTPTN Pekerja Akan Diberi Perlepasan Cukai

Pelepasan Taksiran Cukai individu SSPN akan dinaikkan daripada RM6, 000 kepada RM8, 000 setahun untuk simpanan dalam SSPN-I dan tambahan RM6, 000 diberikan untuk takaful bagi SSPN-i Plus.

Kisah Viral Fri, 15 Sep 2023
Featured Thu, 12 Mar 2026

“Kalau Sekali Dua Lewat Tak Apa, Tapi Kalau Hari-Hari Itu Kurang Ajar” – Rosyam Nor Tegur Sikap Pelakon Datang Lambat

Pelakon versatile, Datuk Rosyam Nor berkongsi pandangan peribadinya mengenai isu pelakon yang didakwa datang lambat ke set penggambaran.

Selebriti Fri, 18 Aug 2023

Remy Ishak Terkejut Baca Berita Nahas Pesawat Terhempas, Baru Berjumpa Juruterbang & Isteri Selasa Lalu

Ajal pertemuan semua di tangan Tuhan kan.. Salam takziah buat semua keluarga mangsa

Featured Sun, 22 Dec 2024

Fazura Tak Tolak Jodoh, Sedia Kembali Berumah Tangga – “Doakan Yang Terbaik Buat Saya & Fatima”

Aktres jelita itu memohon agar semua pihak mendiakan yang terbaik buat dirinya.

Featured Thu, 5 Feb 2026

‘Stecu Stecu’ Viral Di TikTok, Faris Adam Didakwa Bikin Video Tak Senonoh – “Masa Tu Saya Ingat Karier Saya Sudah Hancur”

Faris Adam mengaku berdepan tekanan apabila namanya terpalit dengan video kontroversi.

error: Content is protected !!