Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir February 4, 2024 @ 11:55am

“Nak Cari Bukti Tak Ada Siapa Layan” – Awal Ashaari Menangis Terkenang Cincin Kahwin Kena Curi Di Milan

Pengacara dan pelakon, Awal Ashaari akui masih ralat dengan kehilangan bagasi yang berisi barangan peribadi berharga miliknya dan isteri, Scha Alyahya semasa bercuti di Milan, Itali.

Memetik laporan Harian Metro, Awal memberitahu bagasi tersebut tersimpan pelbagai barangan yang mempunyai nilai sentimental buat dirinya dan Scha antaranya cincin perkahwinan mereka.

“Ketika melancong, kami pernah kehilangan banyak barangan peribadi. Masa itu memang gigit jari. Benda itu terlalu pahit dan sakit untuk kami.

“Kerugian terlalu banyak sebab kami kehilangan barangan sentimental seperti cincin kahwin, jam sempena ulang tahun, hari jadi dan sebagainya.

“Saya dan Scha suka hadiahkan barangan seperti jam, cincin, gelang dan sebagainya bila sambutan ulang tahun perkahwinan.

“Iyalah, benda yang ada nilai sentimental, semuanya hilang. Perkara ini terjadi dua tahun lalu dan kerugiannya sangat besar tak terhingga. Kami sampai satu tahap bila pandang antara satu sama lain, boleh menangis,” katanya.

Berkongsi tentang kejadian kecurian berlaku, Awal sedang menjamu selera di sebuah kafe di Milan dimana dia mengawasi bagasi tersebut dengan teliti.

“Setiap kali melancong kami boleh usung antara lapan sehingga 10 beg. Saya pula letak semua barangan peribadi dalam satu beg.

“Beg ini hanya berada di sebelah saya ketika berada di kafe berkenaan. Saya sedang minum kopi, pandang balik tengok beg sudah tiada.

“Dia (pencuri) macam tahu kenapa beg ini sentiasa dekat dengan saya, jadi memang sasarkan beg ini,” ujarnya.

Menurut bekas pengacara Melodi ini, dia tidak boleh membuat laporan polis kerana tiada bukti dan dokumen lengkap dan dalam masa sama perlu ke acara seterusnya di Paris.

“Saya tak boleh buat laporan polis sebab tiada insurans, bukti dan sebagainya sebab nak periksa CCTV pun tiada siapa nak layan.

“Ia terjadi 10 minit sebelum kereta api terakhir dari Milan ke Paris, kalau tertinggal kami akan terlepas acara esoknya,” jelasnya.

Dalam pada itu, Awal turut memberi pesanan supaya berhati-hati dan tidak membawa barangan berharga ketika bercuti ke luar negara.

“Jangan bawa barangan peribadi berharga atau jangan simpan semuanya barangan dalam satu beg… Menangis nanti,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 13 Jan 2025

Dalam Perancangan Buat Konsert Di Singapura, Dolla Bersyukur Rezeki Semakin Murah

Kumpulan Dolla mendedahkan mereka kini dalam perancangan untuk mengadakan konsert kedua di Sigapura pada tahun ini. Ia berikutan sambutan hangat yang mereka terima ketika mengadakan konsert pertama, Dolla Re:Birth The Experience di Zepp Kuala Lumpur […]

Trending Mon, 28 May 2018

Warga Sibu, Jangan Panik!

Sumber memberitahu, suspek baharu pulang dari sebuah negara Afrika dan secara tiba-tiba pengsan di sebuah pasar raya pada Ahad.

Hiburan Fri, 26 Sep 2025

Lebih 400 Hari Ingkar Bayaran Saman Hampir RM300,000, Rafidah Ibrahim Kini Berdepan Risiko Muflis & Aset Disita

Rafidah Ibrahim berdepan muflis, aset disita sekiranya gagal bayar saman fitnah berjumlah RM200,000

Featured Fri, 17 Mar 2023
Hiburan Tue, 21 Jan 2025

Sibuk Buat Persiapan Bisnes Menjelang Ramadan, Ben Ali Nafi Rumah Tangga Dengan Nadiyah Shahab Bergolak

Ben Ali sangkal tuduhan perkahwinannya dengan Nadiyah Shahab sedang mengalami masalah.

Hiburan Tue, 18 Apr 2023
Hiburan Mon, 7 May 2018

Erwin Dawson Hidap Kanser?

Baginya, bukan keputusan mudah untuk pelakon kelahiran Singapura ini untuk membotakkan kepalanya kerana hatinya turut berbelah bahagi

error: Content is protected !!