Euforia Bola 2026
Hiburan By: Afiq Kandi January 13, 2025 @ 5:43pm

Dalam Perancangan Buat Konsert Di Singapura, Dolla Bersyukur Rezeki Semakin Murah

Kumpulan Dolla mendedahkan mereka kini dalam perancangan untuk mengadakan konsert kedua di Sigapura pada tahun ini.

Ia berikutan sambutan hangat yang mereka terima ketika mengadakan konsert pertama, Dolla Re:Birth The Experience di Zepp Kuala Lumpur tahun lalu.

“Kami tak sangka konsert di Zepp Kuala Lumpur tahun lalu mendapat respons yang sangat hebat. Jadi, kami merancang konsert seterusnya.

“Kami juga ada peminat yang ramai dari Singapura, jadi apa salahnya jika konsert kedua kami lakukan di sana.

“Konsert kedua ini juga boleh dihadiri oleh peminat yang terlepas untuk menghadiri konsert pertama Ogos lalu. Semoga perancangan kami menjadi kenyataan,” kata Sabronzo mewakili Dolla.

@xtra_my Replying to @camin. Fuh! Meriah naw vibing in train bersama Yeo’s X Dolla pagi ni 🫶🏼 Fans pun masing-masing tak nak kalah eh🤣😂 Pada majlis pagi ini, group popular tanah air Dolla telah diumumkan selaku duta terbaharu Yeo’s bagi kategori minuman berasaskan teh. #fyp #xtra #dolla #yeos #totallyvibing #ktm #beritaditiktok #sembangentertainment ♬ original sound – XTRA

 

Rezeki Makin Murah, Dilantik Jadi Duta Yeo’s

Sabronzo, Angel dan Tabby ditemui di majlis pelancaran Dolla sebagai sebagai duta minuman sedia minum berasaskan teh untuk jenama popular Yeo’s, baru-baru ini.

Jenama ini memperkenalkan Dolla sebagai duta bagi kategori minuman sedia minum berasaskan teh. Teh Yeo’s sentiasa menawarkan pilihan yang lebih sihat dan segar untuk rakyat Malaysia.

“Kami bersyukur rezeki semakin murah dan dilantik menjadi duta minuman ini. Jenama ini sudah lama di pasaran, jadi kami berbangga dengan jalinan kerjasama antara Dolla dan Yeo’s,” kata Angel.

Pengurus Besar Yeo’s Malaysia, Lee Hon Seng berkata, jenama ini boleh memberi inspirasi kepada generasi muda terutamanya apabila bekerjasama dengan Dolla.

“Kami di Yeo’s sentiasa komited untuk menyediakan pilihan minuman yang lebih sihat dan menyegarkan kepada rakyat Malaysia. Rangkaian teh kami yang unik melengkapkan usaha ini.

“Melalui kerjasama bersama Dolla dalam kempen Yeo’s Totally Vibing, kami berhasrat untuk memberi inspirasi kepada generasi muda untuk meraikan kreativiti, keunikan dan gaya hidup dengan semangat bertenaga,” katanya.

Yeo Hiap Seng (Yeo’s), jenama warisan lebih dari 60 tahun, kini lebih dinamik dengan rangkaian Teh Yeo’s seperti Yeo’s Teh Lemon, Yeo’s Teh Hijau Jasmine, Yeo’s Teh Hijau Pucuk Awal, dan yang terbaharu, Yeo’s Teh Buah Markisah melalui Kempen Yeo’s Totally Vibing.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 17 Dec 2025
Hiburan Mon, 9 Oct 2023
Hiburan Thu, 2 Jan 2020
Featured Sat, 25 Jun 2022

Disaman A. Aida, Amelia Henderson Pilih Berdiam Diri – “Tunggu Kenyataan Rasmi Saya”

Kita tunggu kenyataan Amelia pulak, mesti ada sebab kan dia buat macam tu!

Hiburan Tue, 31 Dec 2019

‘Dari ‘Jantan’, Sekarang Manja’- Janna Nick Mengaku Berubah Selepas Berpunya

pelakon Leftenan Zana itu memanggil kekasihnya itu dengan panggilan ‘baby’ manakala Dini memanggi Janna ‘sayang’.

Featured Wed, 26 Mar 2025

Geng Bekpes HotFM Buat Serumpun Challenge, Aksi KJ Curi Perhatian – “Chief Dah Improve A Lot, Tak Keras & Semua Step Dia Hafal”

Geng Bekpes Hot yang dikendalikan oleh Johan, AG, KJ dan Fara Fauzana tampil melakukan ‘Serumpun Challenge’ disertai dengan penyanyi asalnya, Mimi Fly.

error: Content is protected !!