Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 26, 2024 @ 9:01pm

Ernie Zakri Perjelas Luahan Kekecewaan Di X Tak Ada Kaitan Dengan Masalah Di Syarikat Rakaman Lama – “Bukan Gimik Lagu Baru”

Penyanyi, Ernie Zakri menafikan spekulasi berhubung luahan kekecewaan di platform X baru-baru ini mempunyai kaitan dengan syarikat rakaman terdahulu.

Ernie atau nama lengkapnya, Nur Ernie Shahirah Zakri, 32, bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut mengenai ciapan yang dimuat naik awal Julai lalu.

“Saya hanya meluahkan rasa terbuku yang lama sudah saya simpan tetapi tentang apa dan mengenai apa biar saya sahaja yang tahu.

“Pada saya lambat laun nanti orang akan tahu juga dan mungkin bukan daripada mulut saya sendiri.

“Saya hampir mendedahkan tetapi saya tarik balik kata-kata dan terus melangkah ke hadapan.

“Saya tahu saya dah sedikit sebanyak mengundang pertanyaan ramai pihak. Pada akhirnya kalau Allah izinkan untuk orang semua tahu apa yang saya ciapkan itu, mereka akan tahu.

“Ada yang kata gimik nak keluarkan lagu, tidak ya. Saya hanya wanita biasa yang meluahkan di media sosial,” katanya.

Ernie berkata demikian ketika ditemui XTRA pada sidang media TikTok Awards, semalam.

Menerusi ciapan tersebut, pelantun lagu popular Masing Masing ini meluahkan rasa kesal terhadap sikap seseorang yang tidak profesional.

Sementara itu, Ernie menjelaskan syarikat rakaman terdahulunya sedang berusaha untuk menyelesaikan isu-isu lagu yang dikeluarkan ketika di bawah Rocketfuel.

“Sebenarnya syarikat Rocketfuel Entertainment tengah menyelesaikan semua isu berkaitan lagu -lagu saya sebab bertukar pihak pengurusan.

“Jadi tiada isu mengenai lagu, salahlah tanggapan peminat itu. Apa pun saya nak ucapkan terima kasih sebab mereka mengambil berat terhadap saya.

“Tidak ada sebarang kaitan dengan spekulasi yang dibuat peminat.

“Isu ini dah dua tiga minggu berlalu, kalau boleh saya tak nak fikir lagi. Saya tak ada komen lain, hanya perasaan saya ketika itu,” katanya.

Sekadar info, TikTok Awards Malaysia 2024 bakal menyaksikan gandingan pengacara Che Puan Sarimah Ibrahim dan Janna Nick sebagai pengacara utama, manakala Ain Edruce dan Ceddy pula akan menggalas tanggungjawab sebagai pengacara karpet merah.

Nantikan juga persembahan memukau daripadapenyanyi popular tanah air seperti Aina Abdul, Naim Daniel, Aisha Retno, Sarah Suhairi, Amir Jahari, dan ramai lagi pada malam kemuncak yang akan bersiaran secara langsung  di TV3,  pada Ahad, jam 9.00 malam

Artikel Berkaitan: “Akhirnya Tak Perlu Jerit-Jerit” – Michael Ang Puji Lagu Masing Masing Ernie Zakri

Artikel Berkaitan: Siti Nurhaliza Belanja Lagu Masing Masing Versi Tradisional, Ernie Zakri Terharu! – “Merdu Tiada Tandingan”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 12 Dec 2025
Featured Mon, 8 Sep 2025

Kai Hassan Derita Gangguan Mistik, 3 Minggu Tak Boleh Tidur Gara-Gara Jin ‘Menumpang’ Dalam Badan

Kai memaklumkan, rumah tangganya juga turut terkena tempias gangguan tersebut.

Hiburan Thu, 4 Oct 2018
Featured Tue, 14 Jan 2025

Nurul Zahid Dilantik Ahli Lembaga Pengarah UPM

Nurul Hidayah dilantik mewakili komposisi berpengetahuan dan berpengalaman.

Trending Mon, 16 Dec 2019

Semata Nak Kaut Untung, Bapa Sewa Anak Pada Pedofil

seorang bapa sanggup menyewakan anak perempuannya kepada hampir 30 orang lelaki pedofil

Featured Fri, 26 Aug 2022

“Ini Bukan Sahaja Menghina Tetapi ‘Down Grade’ Agama! ” – Ustaz Abdullah Khairi Perjelas Hukum Malukan Agama Islam Demi…

Better dengar Sembang Viral ni, banyak info dan ilmu yang kita boleh belajar. Jangan Dengar benda laghaa je…💥💥💥

Hiburan Mon, 22 Apr 2019

Fattah Amin and Fazura Receive Backlash from Fans For No-Show at AME 2019

The couple couldn’t make it for the event and fans are outraged by their absence.

Trending Wed, 24 Jun 2020

Akhirnya Sekolah Mula Dibuka Hari Ini

Selamat menempuh hari pertama persekolahan!

Hiburan Tue, 26 Dec 2017

“BEDAH T***K TAK SIAP LAGI KE,” NETIZEN SINDIR SAFIEY ILLIAS

Adakah 31 Disember ini akan memberikan satu lagi perkhabaran bahawa Safiey Ilias akan bertukar semula menjadi “Sofea Ilias” atau sebaliknya?

error: Content is protected !!