Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin May 7, 2018 @ 11:28am

Erwin Dawson Hidap Kanser?

Pelakon dan pengacara yang semakin mendapat tempat dihati peminat ini mengakui bahawa tindakannya membotakkan kepala membuatkan beliau berasa janggal kerana ia sedikit sebanyak mempengaruhi keyakinan diri pelakon Tiada Arah Jodoh Kita Ini apabila berhadapan dengan orang ramai.

Baginya, bukan keputusan mudah untuk pelakon kelahiran Singapura ini untuk membotakkan kepalanya kerana hatinya turut berbelah bahagi. Malah, seminggu sebelum membotakkan kepala beliau sendiri tertanya-tanya adakah tindakannya ini betul atau sebaliknya.

“Banyak perkara yang berlegar di fikiran, terutama apabila memikirkan soal keyakinan diri. Bagaimana saya akan berdepan dengan orang ramai kerana sudah lama saya tidak membotakkan kepala? Ketika mula melakukannya pada Februari yang lalu, saya berasa janggal. Ambil masa juga untuk saya biasakan diri dengan imej baharu ini. Tetapi, selepas lebih dua bulan, saya semakin selesa. Saya percaya, apa yang dilakukan ini akan memberikan pulangan yang berbaloi untuk perjalanan karier saya nanti.” Katanya

Betulkah Erwin Dawson Ada Kanser?

Sebenarnya pelakon ini membotakkan kepalanya semata-mata untuk menjiwai wataknya dalam sebuah drama yang akan bersiaran di ntv7 berjudul Nafas. Wataknya sebagai penghidap penyakit kanser ini dianggap sangat bagus untuk profil beliau sebagai seorang pelakon.

Drama 24 episod ini akan mula bersiaran pada 11 Mei, jam 8.30 malam, setiap hari Isnin hingga Jumaat. 

Jadi kepada semua peminat Erwin Dawson, jangan ketinggalan untuk menyaksikan beliau dalam drama tersebut okay!

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 24 Apr 2020
Featured Mon, 11 Aug 2025
Featured Fri, 11 Aug 2023
Hiburan Thu, 19 Dec 2019

陈志康阔别三年再接棒主持!李心洁力挺音乐担任颁奖嘉宾

Royce陈志康阔别三年再接棒主持!李心洁力挺音乐担任《2020 AIM中文音乐颁奖典礼》颁奖嘉宾。

Hiburan Thu, 29 Jan 2026

Empat Tahun Menyepi, Azar Azmi Kembali Dengan Luahan Pilu Tentang Detik Terakhir ‘Abah’

Azar turut menjelaskan, kejadian itu bukan berpunca daripada kecuaian atau masalah kenderaan

Hiburan Fri, 12 Sep 2025

Hamil Kali Kedua, Netizen Syak Syasya Rizal Dapat Anak Kembar Sepasang

Syasya Rizal curi tumpuan didakwa hamil anak kembar sepasang

error: Content is protected !!