Euforia Bola 2026
Trending By: Syamir Shafie January 16, 2024 @ 3:17pm

Tak Kisah Berkudis Kaki Redah Lumpur Ke Sekolah, Dua Beradik Berkorban Demi Bergelar Polis & Guru – “Kami Tak Mahu Ketinggalan Pelajaran”

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Begitulah peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan kesanggupan serta kecekalan dua orang adika beradik yang rela meredah jalan berlumpur dan berselut sehingga kaki dijangkiti kudis semata-mata untuk sampai ke sekolah mereka demi menuntut ilmu.

Pengalaman yang dirasai oleh Darren Dinis dan adiknya Sheryl, masing-masing berusia 11 dan tujuh tahun sejak setahun lalu itu langsung tidak mematahkan semangat mereka untuk bergelar polis serta guru suatu hari nanti.

Memetik laporan Berita Harian, tatkala tiba musim tengkujuh, perjalanan ke sekolah menjadi lebih sukar kerana satu-satunya laluan dari Kampung Tampakahu menuju jalan besar akan dinaiki air yang mengambil masa untuk surut.

Lebih menyedihkan, mereka terpaksa ponteng sekolah akibat keadaan yang terlampau teruk.

“Kadang kala saya tak dapat ke sekolah kalau hujan lebat kerana laluan ke jalan utama dinaiki air. Jalan itu satu-satunya laluan menuju jalan besar.

“Dari rumah kami perlu jalan kaki sejauh tiga kilometer di laluan berlumpur sebelum tiba ke jalan besar. Dari situ barulah kami naik kenderaan ke sekolah,” katanya.

Difahamkan, penduduk di Kampung Tampakahu, terpaksa menempuh perjalanan sejauh 28 kilometer dari Pitas, utara Kota Kinabalu manakala sekolah terdekat pula adalah Sekolah Kebangsaan Senaja yang terletak 14 km dari pekan Pitas.

Akui sudah terbiasa dengan cabaran hidup di kawasan pedalaman, Darren bagaimanapun tidak senang duduk serta akan berasa gelisah jika dia gagal untuk hadir ke sekolah.

Baginya, pelajar adalah kunci utama untuk mengubah kehidupan dan mencapai cita-cita yang diimpikan.

“Sehari gagal hadir sekolah, saya dan adik Sherryl sudah ketinggalan mengikuti pembelajaran di sekolah.

“Saya tidak pernah ponteng sekolah, kecuali sakit atau hujan lebat menyebabkan jalan biasa kami guna digenangi air,” ujarnya.

Dalam pada itu, Sherryl pula tidak kisah jika kakinya berkudis asalkan dia tidak ketinggalan dalam pembelajaran.

” Ada kala saya redah juga jalan berlumpur sebab saya tak mahu ketinggalan pelajaran. Akibatnya kaki saya berkudis.

“Kudis ini lambat sembuh dan menyakitkan.

“Tapi kalau saya tidak harung air, berapa lama saya perlu tunggu air itu surut sedangkan itu saja jalan yang ada menghubungi kampung kami,” luahnya.

Sementara itu, ibu kepada dua beradik turut mengeluh dengan nasib keluarga mereka yang tidak berkemampuan untuk menyediakan kemudahan dan ruang belajar yang selesa buat anak-anak mereka.

Namun demikian, sebagai ibu bapa yang membesarkan dua orang anak yang pintar itu, mereka menaruh harapan yang tinggi untuk melihat Darren dan Sherryl cemerlang dalam pembelajaran serta berjaya dalam kehidupan.

“Kalau hendak dapat talian internet, kami perlu panjat pokok atau daki bukit di sekitar kampung.

” Hal ini memang mencabar, tapi kami tetap mahu anak-anak menjadi insan yang kuat semangat dalam pelajaran.

“Kerana itu dua anak kami duduk di asrama sebab sekolah di pekan lengkap dengan pelbagai kemudahan disediakan kerajaan untuk pelajar,” katanya.

Sumber : BH Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 22 Sep 2023
Hiburan Mon, 28 Apr 2025
Hiburan Sat, 16 Aug 2025
Featured Fri, 2 Apr 2021

Boleh Rentas Negeri, Daerah Jika Terima Dua Dos Vaksin

Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan bahawa mana mana rakyat Malaysia yang telah menerima dua dos vaksin suntikan COVID-19 dibenarkan melakukan perjalanan merentas negeri dan daerah. Malah, mereka turut dibenarkan melakukan perjalanan ke […]

Featured Wed, 5 Oct 2022

[VIDEO] Zahirah Macwilson Senaraikan Nama Bayi Lelaki Untuk Anak Kedua?

Dah ada yang kedua ke tu? Mesti comel kan 😍

Featured Sat, 14 Mar 2026

Impian Nur Shahida Berjumpa Amyza Aznan Tertunai, Tawar Jadi Pengacara Sempena Jualan Lelong 72 Jam Tanpa Henti

Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid meluahkan rasa bersyukur apabila dapat bertemu dan bekerjasama bersama pelakon dan pelawak, Amyza Aznan.

Trending Sun, 24 Apr 2022
Hiburan Fri, 27 Dec 2024

Ada Pokok Krismas Dalam Rumah, Ini Penjelasan Sasha Abdul Aziz

Sasha abdul aziz respons isu pokok krismas dalam rumah

Trending Sat, 4 Sep 2021

Paralimpik Tokyo 2020: Latif Romly Pertahan Pingat Emas

Atlet para negara, Abdul Latif Romly, 24, berjaya mempertahankan emas yang dimenanginya dalam acara lompat jauh T20 di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 sebentar tadi. Latif muncul wira kontinjen Malaysia apabila menjadi penyumbang pingat emas ketiga, […]

error: Content is protected !!