Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 21, 2026 @ 10:00am

“Tahun Ni Hawra Balik Kelantan” – Kamal Adli Kongsi Perasaan Pertama Kali Beraya ‘Single’, Persiapan Raya Hanya Untuk Anak

Pelakon Kamal Adli mengakui sambutan Aidilfitri tahun ini bakal terasa sedikit berbeza apabila di berkemungkinan besar tidak dapat beraya  bersama anaknya, Hawra.

Kata Kamal, buat masa ini tumpuannya lebih kepada membuat persiapan Hari Raya untuk anaknya sahaja.

“Saya fokus pada Hawra punya persiapan, saya nak cari apa sahaja kelengkapan untuk Raya dia. Untuk saya tak ada apa pun,” katanya.

Tambahnya, berkemungkinan besar anaknya itu akan pulang beraya di Kelantan bersama ibunya yang juga pelakon, Uqasha Senrose.

“Tahun ni saya mungkin tak dapat kot nak beraya dengan Hawra kali ni sebab mungkin Uqasha bawa dia balik Kelantan tahun ni. Jadi saya, hopefully dapat spent time dengan dia.

“Kalau saya kurang kerja sikit, saya akan ambil peluang untuk spent time dengan dia. Tapi untuk Raya kali ni memang tak dapat beraya sekali. Tapi it’s okay… saya faham,” jelasnya.

Mengulas mengenai perubahan status dan situasi kehidupannya kini, Kamal mengakui dia berasa terkesan dek kerana sebelum ini Hari Raya  disambut bersama pasangan.

Bagaimanapun, dia berharap anak dan bekas isterinya itu berada dalam gembira di pagi Raya nanti.

“Of course effected, memang banyak lah akan rasa perubahan tu tapi nak buat macam mana, saya faham ketentuan Allah. Cuma saya try untuk okay. Tapi harapnya semuanya okay.

“Saya pun harap yang Hawra dan Uqasha pun happy. Saya doakan yang baik-baik,” tambahnya.

Kamal berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media rakaman Melodi Raya 2026 yang diadakan di Saloma Theatre, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Disoal mengenai harga baju Raya yang disifatkan terlalu mahal pada tahun ini,  Kamal berpendapat membeli baju baharu bukanlah satu kewajipan sekiranya pakaian lama masih elok dipakai.

“Saya rasa bagi mereka yang berkemampuan itu adalah kemampuan untuk dia, kalau yang boleh pakai lagi baju yang dua tiga tahun lepas tu dan bentuk badan pun tak berubah boleh pakai je. Tak ada masalah.

“Lagipun selalunya baju Melayu akan pakai sekali je… tapi kalau boleh pakai dengan pasangan atau family, boleh je nak repeat baju tu,” kongsinya.

Manakala, ketika diminta berkongsi tradisi keluarga setiap kali menjelangnya Hari Raya, Kamal mengakui bahawa keluarganya masih mengekalkan tradisi setiap kali Aidilfitri iaitu berkumpul bersama ahli keluarga di kampung halamannya yang terletak di Kedah.

“Tradisi keluarga saya yang kita orang akan buat sehingga ke hari ni adalah, berjalan sama-sama. Kalau dekat Kedah kita akan pergi sembahyang ramai-ramai dan ziarah kubur dan selepas tu kita akan berziarah ke rumah lain-lain.

“Suasa paling rindu. dan yang paling say atunggu adalah bila berkumpul dengan family. Dan buat family day,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 22 Oct 2018

20 Tahun Berkahwin, Akhirnya Pelawak Terkenal Ini Nekad Bercerai

Sule dan Lina bernikah pada 17 Februari 1998 dan dikurniakan empat orang anak di mana salah seorangnya merupakan penyanyi terkenal, Rizky Febian.

Featured Wed, 16 Apr 2025

Angkat Tema Rock Balada, OST Blood Brothers ‘Bara Jiwa’ Tampil Gandingan Mantap Azlan Typewriter & Muaz Velvettones

Selari dengan tema dan emosi filem, Bara Jiwa menjadi suara batin yang membakar semangat watak-watak utama.

Trending Tue, 16 Jun 2020
Hiburan Sun, 10 Nov 2019

Wah…Eyka Farhana Siap Sedia Jadi Penyanyi

Wah…tak sabar nak dengar suara Eyka!

Featured Wed, 17 Jan 2018

8 Tip Diet Imran Ajmain

Penyanyi yang popular dengan lagu Seribu Tahun, Imran Ajmain berkongsi kejayaan menurunkan berat badan daripada 129 kilogram ke 110 kilogram dalam masa 5 bulan. Jelas Imran dia melakukan secara perlahan kerana tidak mahu terlalu memaksa […]

Trending Thu, 24 Oct 2019

Hilton Eateries; Where Good Food Begets Good Memories

Date night? Anniversary dinner? Reunion? Or just a simple gathering? Hilton’s October promotion has got it all

Hiburan Tue, 9 Sep 2025

“Tak Perlu Bandingkan, Dia Mahal & Ada Kelas Sendiri…” – Zarina Zainuddin Doa Fazura Temui Kebahagiaan

“Fattah lebih dulu cari pengganti dari Fazura” – Zarina Zainuddin

error: Content is protected !!