Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 5, 2024 @ 3:32pm

“Status Hubungan Dengan Jazmy Juma Biarlah Rahsia” –  Scha Elinnea

Pelakon, Scha Elinnea mengaku menjalinkan hubungan rapat dengana aktor, Jazmy Juma sejak mereka digandingkan dalam drama bersiri, Nuh & Nayla di slot Akasia TV3.

Scha atau nama sebenarnya, Nur Azleen Natasha Mohamed bagaimanapun enggan mendedahkan status hubungan bersama Jazmy.

“Keserasian saya dan Jazmy sangat kuat seperti apa yang orang nampak. Kami memang sangat rapat tetapi megenai status kami, saya harap kekal sebagai rahsia.

“Orang selalu juga kenenkan saya dalam drama sebelum ini tetapi tidak sebanyak bersama Jazmy sampai ada ‘hashtag’. Saya okey sahaja, tak ada masalah pun apabila ramai kenenkan kami,” katanya.

Scha berkata demikian ketika di sesi fotografi drama Anak-Anak Mafia di Sri Pentas, baru-baru ini.

Scha Elinnea

Mengimbau awal perkenalan mereka, Scha berkata Jazmy seorang yang sangat mengambil berat terhadapnya, selain penyayang dan lemah lembut.

“Kami kenal sekitar tahun ini juga dan pernah berjumpa di pejabat Suhan. Sejak hari pertama berlakon dengan Jazmy tiada rasa janggal. Saya sangat selesa dengan dia kerana dia senang untuk dibawa berbincang.

“Dia selalu ambil berat tentang saya, penyayang dan juga seorang yang sangat lemah lembut. Mengenai kriteria lelaki idaman yang ada pada Jazmy, biarlah rahsia,” katanya lagi.

Scha bakal membintangi drama terbitan Zeel Production Anak Anak Mafia bersama aktor Mierul Aiman dan Fitri Farok.

Sebelum ini, Scha mendedahkan bahawa dia melakukan pembedahan kosmetik pada bahagian wajahnya demi meningkatkan keyakinan diri.

Artikel Berkaitan: Scha Elinnea Mengaku ‘Operate’ Muka Demi Keyakinan Diri -” Mengapa Tidak? Asal Tak Kacau Orang”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 20 Jan 2020
Hiburan Mon, 20 Aug 2018

Gigi Hadid Tolak Lamaran Kekasih?

Menariknya, Zayn dikatakan bercadang untuk berkahwin dalam suasana tertutup dan tidak menjemput tetamu pada hari bahagianya nanti. Errr…macam mana tu?

Trending Sat, 17 Apr 2021

Bantuan One-Off RM500 Buat Pesara Polis, Bayaran Fasa Pertama Bermula Sehingga…

Alhamdulillah… Bantuan one-off buat pesara polis kita

Hiburan Sun, 8 Apr 2018

Comel! Maternity Photoshoot Anas Ridzuan Curi Perhatian Netizen

Apa yang menarik perhatian, photoshoot ini berlainan dengan Maternity photoshoot yang pernah kita lihat sebelum ini. Kalau nak tahu, jom kita sama-sama tengok Maternity Photoshoot Anas dan Ana Syuhada!

Hiburan Tue, 28 Jan 2020

Terbaiklah! Kak Lina Pom Pom Disambut Meriah Di Kuala Krai

Dia sekeluarga juga meluangkan masa selama lebih dua jam untuk beramah mesra bersama tetamu yang hadir.

Hiburan Wed, 24 Oct 2018

‘ Kalau Tak Buat Apa-Apa, Saya Boleh Lumpuh’, Elyana Jalani Rawatan Radioterapi

Elyana memberitahu keadaan kesihatannya tidak begitu mengizinkan sejak kebelakangan ini dan sukar tidur malam.

Hiburan Sun, 29 Jun 2025
error: Content is protected !!