Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 29, 2025 @ 10:04am

“Kembali Dari Jiwa Yang Kosong” – Natasha Hudson Throwback Kisah Hijrah Ketika Hati Mula Terbuka Pakai Khimar

Pelakon jelita, Natasha Hudson, mengundang perhatian ramai apabila berkongsi semula kisah perjalanannya berhijrah yang penuh jatuh bangun sejak sedekad lalu.

Menerusi satu video menyentuh hati di Instagram (IG), Natasha mengungkap momen simbolik yang membuka lembaran baru dalam hidupnya.

Menurut Natasha, sehelai khimar (tudung labuh) yang dibelinya ketika menunaikan umrah pada tahun 2012 menjadi saksi penting kepada titik perubahan dalam kehidupannya.

“Ini merupakan khimar pertama saya yang dibeli ketika menunaikan umrah pada 2012. Saya tidak pernah berikan kepada sesiapa. Ramai yang telah menyaksikan perjalanan saya dari fasa mencari ilmu, bangkit, berubah dan kembali semula ke landasan,” katanya.

Natasha turut menyentuh satu detik luar biasa yang berlaku pada 6 Jun lalu iaitu tarikh ulang tahun kelahiran anaknya, Kaia.

Pada hari itu, dia berkongsi sehelai selendang yang dibelinya tahun lalu sambil memohon doa dari pengikut agar dipermudah urusan untuk berhijrah.

“Banyak perkara berlaku hingga sukar untuk saya tahu dari mana mahu bermula. Namun saya sedar, semuanya adalah peringatan. Salah satunya pada 6 Jun, hari lahir Kaia. Pada hari sama, tuan rumah saya meninggal dunia di Arafah dalam keadaan hujan rahmat,” kongsinya lagi.

Bagi Natasha, semua yang berlaku bukan sekadar kebetulan, malah menjadi dorongan untuk kembali mencari kekuatan dalam mendekatkan diri kepada Sang Pencipta.

“Selama bertahun-tahun, saya melalui fasa penyembuhan rohani. Pada 7 Jun, tanpa dirancang, saya kemas pakaian sopan untuk ke Kuala Lumpur. Hanya kerana ia datang dari hati. Saya pakai semula selendang itu, ziarah pusat Islam lama, hadiri kelas… jiwa saya perlukan pengisian,” katanya.

Menginsafi setiap pengalaman hidup, pelakon drama Chermin itu menzahirkan harapan agar dirinya terus diberi ruang untuk berkembang, setelah lama melalui liku kehidupan.

Natasha juga menyeru orang ramai agar menghargai peluang yang hadir dalam hidup untuk kembali memperbaiki diri.

“Semua ini tentang kembali dari kosong, dan menghargai apa yang pernah ada. Saya harap saya juga akan berkembang mekar semula, insya-Allah. Dan semoga Allah kurniakan pengakhiran yang baik buat saya, keluarga dan seluruh umat.

“Syukuri setiap peluang yang hidup beri… peluang untuk kembali, untuk mencintai, untuk bertaubat, dan untuk menyala semula dengan tujuan,” katanya lagi.

Terdahulu, penampilan Natasha menjadi bualan ramai selepas tidak lagi mengenakan hijab sejak 2022, bahkan selebriti ini juga pernah berniqab sekitar 2016.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Politik Tue, 22 Nov 2022

PRU15: Ketua Polis Negara Mohon Rakyat Tidak Cetuskan Sebarang Provokasi

Ketua Polis Negara mohon rakyat tidak ancam ketenteraman awam

Filem Thu, 23 Apr 2026

Teaser Raih 3 Juta Tontonan Dalam Masa Kurang 24 Jam, Filem ‘Polong’ Buat Netizen Tak Senang Duduk

Filem seram Polong mula mencuri perhatian walaupun belum ditayangkan di pawagam apabila teaser rasminya berjaya meraih lebih 3 juta tontonan dalam tempoh kurang 24 jam selepas dilancarkan.

Featured Wed, 7 Sep 2022
Featured Mon, 4 Dec 2023
Hiburan Mon, 14 Jul 2025

Bongkar Realiti Hitam Dalam Masyarakat Moden, Filem ‘Munajjim: Sekutu Iblis’ Bakal Terjah Pawagam 31 Julai Ini!

Filem ini menampilkan Farid Kamil, Uqasha Senrose, Che Puan Juliana Evans, Mustaqim Bahadon, Sherrie Merlis, Daniel Aqil & ramai lagi.

Featured Wed, 26 Oct 2022
Featured Thu, 9 Feb 2023

Tular Video Aksi Ghairah Di Kelab Malam, Ini Respons Ameerul Asyraf – “Tak Tahu Apa Tujuan Dia…”

Terbaik tak berselindung.. Apa motif wanita tersebut agaknya ya? 🤔

Trending Fri, 10 Apr 2020
Featured Sat, 26 Oct 2024

Peminat ‘Penat’ Tunggu Lagu Baru,  Naim Daniel Mahu Berhenti Menyanyi?

Haa? Takkan lah Naim dah berenti menyanyi 😭😭😭

error: Content is protected !!