Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 19, 2024 @ 3:55pm

Scha Elinnea Mengaku ‘Operate’ Muka Demi Keyakinan Diri -” Mengapa Tidak? Asal Tak Kacau Orang”

Pelakon Scha Elinnea akhirnya mendedahkan bahawa dia melakukan pembedahan kosmetik pada bahagian wajahnya demi meningkatkan keyakinan diri.

Katanya ketika ditemui XTRA, dia melakukan pembedahan tersebut demi memiliki wajah yang sempurna apatah lagi dia bekerja dihadapan kamera.

“Tidak salah untuk kita buat benda yang buat rasa diri lebih baik. Sudah semestinya ada (perubahan wajah) tetapi ini tentang diri saya.

“Kalau nak menaikkan keyakinan diri, mengapa tidak. Asalkan tak kacau orang dan bila tengok cermin ‘aku rasa aku cantik hari ini’,” ulasnya.

Scha berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui media pada sesi fotografi drama terbaharunya berjudul, Anak -Anak Mafia yang diadakan di Sri Pentas, Damansara pada Khamis.

Ketika disoal mengenai tatu yang didakwa terdapat pada bahagian badannya pula, gadis berusia 25 tahun ini bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Baginya, setiap individu pernah melakukan kesilapan lampau dan berusaha untuk menjadi individu lebih baik pada masa hadapan.

” Saya rasa lebih baik tidak jawab. Mungkin semua orang pernah buat silap pada masa silam.

“Saya pun banyak buat silap dan cuba perbaiki diri untuk jadi lebih baik,” katanya ringkas.

Meskipun sering diasak dengan komen-komen negatif, Scha atau nama penuhnya, Nur Azleen Natasha Mohamed Mubeen, menerima pandangan netizen dengan hati yang terbuka.

“Saya tidak boleh tutup mulut orang, sesiapa bagi positif atau negatif komen saya berterima kasih sebab kadang-kadang boleh bagi kesedaran buat saya.

“Saya tidak ambil hati pun. Mungkin orang lain punya pandangan begitu, ada orang buat baik pun tetap dipandang buruk,” jelasnya.

Terdahulu, perubahan wajah aktres ini menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen apabila ramai yang mendakwa rupa parasnya sedikit berbeza berbanding ketika awal kemunculannya sebagai anak seni.

Malah, sehingga kini Scha terbuka untuk  menunjukkan tatu pada beberapa bahagian badannya walaupun tidak dapat dipastikan sama ada tatu tersebut kekal ataupun hanya jenis pelekat sahaja.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 7 Oct 2025

Ieda Moin Kongsi Detik Hampir Terlibat Dalam Hubungan Songsang Ketika Remaja – “Syukur Ramai Rakan Artis Nasihat”

Ieda Moin menjelaskan perkara tersebut timbul akibat pergaulannya dengan pelbagai individu daripada latar belakang berbeza

Featured Mon, 14 Nov 2022
Hiburan Thu, 13 Sep 2018

Gimik Untuk Popularkan Bidadari? Ismail Izzani Mula Bersuara…

Dalam masa sama, Ismail nafi mencipta kontroversi bagi mempromosikan lagu terbaharunya itu.

Trending Wed, 4 Jul 2018

Pemergian Anak Syurga, Jenazah Adam Rayqal Dikebumi Malam Ini

Al- Fatihah…Jenazah Adam Rayqal Mohd. Sufi akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Ladang Sekolah, Kuala Terengganu lewat malam ini.

Hiburan Fri, 26 Oct 2018

Jom Intip Waktu Tidur Selebriti Terkenal Hollywood

Bagaimana pula dengan rutin bintang terkenal Hollywood? Memiliki rumah besar dan cukup selesa pastinya membuatkan mereka suka menghabiskan masa di kamar tidur. Ye ke?

Hiburan Wed, 6 Dec 2023
Featured Fri, 6 May 2022

“Suka Hati Dia La… Kau Apa Hal? – Fazley Yaakob Bengang Netizen Kritik Isteri Tindik Hidung

Alahai… orang lain yang tindik hidung orang lain yang panas! ada ja yang tak kena kan dengan netizen ni

error: Content is protected !!