Euforia Bola 2026
Drama By: Salma Syahbuddin May 16, 2023 @ 1:06pm

Cinta Obsesif Bertukar Tragedi, Bunga Aku Tunggu Tampil Gandingan Mantap Beto Kusyairy & Nelydia Senrose

Keterujaan peminat terhadap drama terbaharu arahan Along Kamaludin, Bunga Aku Tunggu yang bakal menemui peminat pada Rabu ini semakin hangat diperkatakan, apatah lagi ramai yang tidak sabar untuk melihat lakonan mantap pelakon hebat, Beto Kusyairy dan Nelydia Senrose.

Drama 13 episod bergenre saspens psikologi ini akan bersiaran di slot Samarinda pada setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 10 malam atau strim di perkhidmatan penstriman iQIYI 1 jam selepas siaran Televisyen.

Bunga Aku Tunggu mengisahkan tentang Kamal Iman (Beto Kusyairy), seorang jurutera komputer yang dikenali sebagai genius di tempat kerja dan terkenal dengan sikap baik hati, bagus bekerja dan selalu disenangi oleh bos dan rakan sekerjanya, namun segalanya tenang buat Kamal sehinggalah dia berkenalan dengan pekerja baharu bernama Bunga (Nelydia Senrose). 

Bunga adalah seorang gadis yang manis, baik hati dan peramah dengan teman sekerja. Selepas menamatkan pengajiannya, Bunga telah diarahkan oleh ibu bapanya untuk bekerja di syarikat milik rakan mereka. Walaupun impiannya untuk menjadi seorang wartawan terpaksa dilepaskan dek kerana akur dengan kehendak kedua orang tuanya, namun Bunga sering menhadapi dugaan apabila kerap dibandingkan dengan adiknya, Arjuna (Atiq Azman) yang merupakan anak emas keluarga kerana berjaya menyambung pelajarannya sehingga ke luar negara. 

Bagaimanapun, satu insiden di pejabat telah menemukan Kamal dengan Bunga, dan Kamal bersedia memberi bantuan kerja kepadanya sehinggalah Kamal mula menyukai Bunga dan seterusnya menjadi obsesi.

Kelainan drama ini ialah paparan obsesi Kamal yang mahu memiliki Bunga membuatkan dia  sanggup melakukan apa sahaja kepada orang sekeliling yang melukakan hati Bunga.

Jadi, mampukah Kamal memiliki Bunga? Atau adakah takdir lain akan bersua dengan mereka? Jangan lupa saksikan Bunga aku Tunggu bermula 17 Mei ini pada pukul 10 malam.

Selain Beto Kusyairy dan Nelydia Senrose, drama ini juga turut dibintangi pelakon hebat tanah air seperti, Azhar Sulaiman, Kuza, Atiq Azman, Afifah Nasir, Shah Iskandar dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Mon, 15 Apr 2019
Trending Fri, 16 Apr 2021

4 Artis Baru Tampil Dengan Lagu Kerohanian ‘Sedar Ku’

Menyambut kehadiran bulan Ramadan dengan penuh kesyukuran, empat artis baharu naungan Indigital Music hadir dengan buah tangan terbaru khusus untuk semua pendengar berjudul Sedar Ku. Jika diamati bait lirik Sedar Ku, ia bukan sahaja memberikan […]

Hiburan Sun, 8 Apr 2018

Comel! Maternity Photoshoot Anas Ridzuan Curi Perhatian Netizen

Apa yang menarik perhatian, photoshoot ini berlainan dengan Maternity photoshoot yang pernah kita lihat sebelum ini. Kalau nak tahu, jom kita sama-sama tengok Maternity Photoshoot Anas dan Ana Syuhada!

Hiburan Wed, 10 Sep 2025
Hiburan Mon, 2 Sep 2019

‘Ya Allah Bersihnya Muka Dia…’- Ashraf Muslim Kongsi Pengalaman Terindah Di Tanah Suci

Beruntung sungguh Ashraf…doakan kesejahteraan kami di sini ya! 

Hiburan Mon, 4 Mar 2019
Hiburan Sun, 21 Sep 2025
Hiburan Mon, 22 Apr 2019

Fattah Amin and Fazura Receive Backlash from Fans For No-Show at AME 2019

The couple couldn’t make it for the event and fans are outraged by their absence.

error: Content is protected !!