Euforia Bola 2026
#tilljannah By: Fatin Nurain February 9, 2023 @ 1:55pm

Sweetnya! Siap Bermaskot, Gelagat Zaki Azeman Buat Surprise Birthday Untuk Isteri Raih Tumpuan

Pelakon Zaki Azeman sekali lagi meraih pujian dalam kalangan peminat selepas mempamerkan momen manisnya menyambut ulangtahun kelahiran isterinya, Siti Nur Shahira Ahmad ke-24 tahun.

Menerusi sebuah perkongsian di TikTok, Zaki telah memuat naik videonya yang mengenakan maskot Rilakkuma untuk membuat kejutan kepada isterinya yang lebih mesra disapa sebagai Raa.

Dalam perkongsian tersebut, Raa kelihatan sangat teruja dan gembira selepas menerima kejutan tersebut.

“Happy birthday baby. Semoga awak dipanjangkan umur murah rezeki awak selalu tau . Semua ni untuk awak,” tulisnya.

@zakiazeman94 Happy birthday baby 💛 Semoga awak dipanjangkan umur murah rezeki awak selalu tau . Semua ni untuk awak 💛#ZRlovestory ♬ Selamat Ulang Tahun – Joano Kokan

Melihat kemesraan pasangan itu, rata-rata peminatnya memuji kesungguhan Zaki untuk membuat isterinya gembira.

Malah, mereka juga turut mendoakan kebahagiaan pasangan itu agar berkekalan sehingga akhir hayat.

Terdahulu, Zaki dan Shahira telah mendirikan rumah tangga pada 29 Mei 2022.

Dalam perkembangan lain, Zaki juga merupakan salah seorang pelakon yang membintangi drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah arahan Osman Ali.

Orang ramai boleh menonton drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah menerusi slot Akasia, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam di TV3.

ARTIKEL BERKAITAN: “Buat Show Depan Penyanyi Asal” – Gelagat Zaki Azeman Menyanyi Lagu ‘Sayang Sayang’ Undang Tawa Peminat

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 8 Dec 2017

Caj Pindah Wang Segera Atas Talian Dimansuhkan Tahun Hadapan

Cas 50 sen untuk Pemindahan Segera akan diamansuhkan bagi pemindahan sehingga RM5,000 untuk setiap transaksi oleh individu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Hiburan Sun, 25 Jan 2026
Trending Mon, 30 Nov 2020
Trending Fri, 19 Jul 2019

Bapa Sahkan Oksana Sudah Cerai?

Rihana Oksana Gorbatenko tular, isu ini masih tiada jawapan sehingga kini.

Hiburan Mon, 16 Feb 2026

“Jangan Buat Kerja Tuhan” – Ciapan Nabila Razali Cetus Pelbagai Reaksi Netizen

Meskipun kenyataannya itu bersifat terbuka, namun ciapan tersebut menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

Featured Tue, 18 Jul 2023
Events Wed, 15 May 2019

陈思颐离开舒适圈自立门户!任新时尚品牌首席执行长

Cindy陈思颐出任新时尚品牌MEETEE(密T)首席执行长,在发布会上自爆断交某位十年圈内好友,离开舒适圈自立门户,积极发展自己的事业!

error: Content is protected !!