Euforia Bola 2026
Trending By: Padin April 16, 2021 @ 4:13pm

4 Artis Baru Tampil Dengan Lagu Kerohanian ‘Sedar Ku’

Menyambut kehadiran bulan Ramadan dengan penuh kesyukuran, empat artis baharu naungan Indigital Music hadir dengan buah tangan terbaru khusus untuk semua pendengar berjudul Sedar Ku.

Jika diamati bait lirik Sedar Ku, ia bukan sahaja memberikan nasihat tetapi dalam masa yang sama mendekatkan diri dengan Tuhan seperti mana yang dituntut oleh-Nya.

Bagi Syahmi Irfan, Syafiq Naser, Aliff Iskandar dan Killa Driz, mesej yang dititipkan melalui Sedar Ku bukan sahaja membawa mereka terkenangkan kembali perjalanan hidup yang telah dilalui tetapi juga membuatkan sesiapa sahaja mahu menjadi insan yang lebih baik dari semasa ke semasa.

“Memang benar, perjalanan hidup kita berbeza dan apa yang dilalui juga tidak sama antara satu sama lain. Apabila membaca dan ‘menghadam’ sendiri kisah yang ditulis melalui lagu ini, membuatkan saya terfikir banyak perkara.

“Apa yang telah kita buat selama ini? Adakah cukup amalan dan kebaikan kita? Semua ini bermain di fikiran dan membuatkan saya perlu melakukan sesuatu sebelum terlambat,” kata Syafiq yang popular dengan lagu Lenggang.

Baginya, lirik yang ditulis oleh Iman Imran dan Killa Driz itu begitu menusuk hatinya dan pendapat itu turut dipersetujui oleh Syahmi Irfan yang menganggap Sedar Ku sebagai sebuah karya yang membawa sesiapa sahaja berfikir sejenak dengan perjalanan hidup sendiri.

Ditambah dengan kehadiran bulan Ramadan yang baru sahaja menjelma, lagu itu bagaikan memberikan kesedaran tetapi dalam masa yang sama ‘menyucikan’ jiwa untuk terus mendekatkan diri dengan Tuhan.

“Kita mungkin terlalu sibuk mengejar banyak perkara tetapi dalam masa yang sama terlupa dengan kekurangan dan kekhilafan yang dilakukan. Jadi dengan adanya ‘ingatan’ melalui lirik sebegini, ia dapat memberikan kesedaran kepada semua.

“Saya gembira dapat bersama-sama rakan-rakan yang lain menyanyikan lagu ini. Ini memang satu penghormatan besar untuk penyanyi baru seperti kami,” kata Syahmi yang pernah merakamkan lagu Mungkir bersama Aufahanie sebelum ini.

Sedar Ku yang berkisahkan tentang nafsu, amarah dan noda yang biasanya bersembunyi di sebalik perkataan cinta. Segala-galanya ditolak ke tepi saat cinta menguasai hidup padahal kita perlu meletakkan cinta kepada Yang Maha Esa di hadapan berbading dengan perkara lain.

Lagu yang berentak balada diciptakan oleh Natasyah, Mazlan Setapa dan Hafiz Dot dilancarkan secara rasmi pada 9 April lalu di semua platform digital dan boleh ditonton melalui YouTube Indigital Music.

Hakikat itu turut diakui oleh Aliff Iskandar yang popular dengan lagu Perit. Jelasnya, kehadiran bulan yang penuh dengan rahmat ini bukan sahaja perlu disyukuri oleh semua umat Islam tetapi dalam masa yang sama meninggalkan perkara yang kurang baik.

“Kita perlu saling ingat mengingati antara satu sama lain memandangkan hidup ini terlalu singkat untuk terus berbuat dosa. Ingatan itu bukan sahaja melalui nasihat atau ceramah semata-mata sebaliknya boleh melalui apa sahaja medium termasuk lagu dan sebagainya.

“Sedar Ku banyak menitipkan nasihat dan ingatan. Ini sedikit sebanyak membuakan sesiapa sahaja terfikir dengan mesej yang disampaikan. Saya berharap semua yang mendengar dapat mengambil sesuatu daripada lirik yang hendak disampaikan,” kata penyanyi yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan ini lagi.

Bagi Killa Driz pula, dia beruntung kerana dapat berganding bahu bersama dengan Iman Imran menghasilkan lirik untuk rap untuk lagu ini. Segalanya dicerna dengan mudah memandangkan asas utama lirik ini sudah dibuat terlebih dahulu oleh penulis berpengalam itu.

“Semua orang melakukan dosa dan semua orang juga akan menyesal dengan apa yang telah terjadi. Jadi berdasarkan pengalaman yang dilalui, saya tulis lirik rap untuk menyedapkan lagu ini. Harapnya semua orang dapat menerima mesej yang sama mahu berikan,” kata Killa Driz yang baru sahaja melancarkan lagu Siapa Tahu dan Kene Sidai baru-baru ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 15 Dec 2023
Featured Tue, 18 Oct 2022

[VIDEO] Akui Saling Bertukar Cerita, Da’i Syed Berjumpa Individu Dakwa Cicit Nabi Muhammad Curi Perhatian – “Sucinya Wajah Mereka”

Ramai cemburu Da’i Syed berkesempatan berjumpa dengan Mawla.. Agaknya apa yang mereka borak ya?

Selebriti Thu, 9 Nov 2023
Hiburan Sun, 11 Jan 2026

Isu Lagu ‘Masuk Lagi’: Dr Afif Ridzwan ‘Backup’ Baby Shima, Pesan Jangan Cepat Hukum

Pempengaruh kesihatan, Dr Afif Mohd Ridzwan tampil mempertahankan Baby Shima.

Featured Thu, 20 Jun 2024
Trending Thu, 26 Dec 2019

Jangan Lihat Gerhana Matahari Guna Mata Kasar

Ingat ya guna kaedah yang betul dan selamat

Featured Tue, 12 Aug 2025

Tindakan Noor Nabila Tunjuk Isyarat ‘L’ Pada El Rumi Dikritik

Raai yang menluahkan rasa kurang senang terhadap Noor Nabila.

Trending Tue, 23 Oct 2018

「猛毒卷线器」用长舌卷起你的充电线!

万众瞩目的反派英雄电影《猛毒》终于上映!至今仍然话题不断,而擅长设计创意小物的日本人也搭上这波​​风潮,推出「猛毒卷线器」,不似电影中骇人的模样,这款卷线器可爱又有创意。

error: Content is protected !!