Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin January 11, 2026 @ 8:40pm

Isu Lagu ‘Masuk Lagi’: Dr Afif Ridzwan ‘Backup’ Baby Shima, Pesan Jangan Cepat Hukum

Pempengaruh kesihatan yang juga doktor perubatan, Dr Afif Mohd Ridzwan tampil mempertahankan penyanyi Baby Shima susulan hantaran Public Health Malaysia (PHM), baru-baru ini yang membangkitkan isu lirik lagu Masuk Lagi, kononnya mempunyai maksud tersirat berbaur seksual.

Dr Afif berkata dia menghargai peranan PHM sebagai platform pendidikan kesihatan awam, namun merasakan cara isu itu dibawa kurang seimbang dan boleh memberi kesan kepada reputasi seseorang tanpa pertimbangan yang adil.

“Ini pandangan peribadi saya sebagai doktor. Saya hormat PHM dan banyak usaha mereka sangat bermanfaat. Cuma untuk isu ini, pendidikan kesihatan awam memang boleh menyentuh aspek moral dan psikososial, tetapi pendekatan yang terus ‘menghukum’ dan hanya mengangkat satu tafsiran bukan cara terbaik,” katanya.

ARTIKEL LAIN: Isu Lirik ‘Masuk Lagi’, Haiza Tegur Baby Shima… Minta Dangdut Disampaikan Dalam Mesej Lebih Beradab

Menurut Dr Afif, karya seni tidak wajar dinilai semata-mata berdasarkan andaian makna tersirat tanpa melihat konteks penuh, niat pencipta lagu dan penjelasan artis.

“Dalam kes Baby Shima, seolah-olah terus diputuskan maksudnya seksual, sedangkan Shima pernah jelaskan lagu itu tentang wanita yang menanti kekasih datang meminang. Kenapa penjelasan ini tidak dimasukkan dalam pertimbangan?” katanya.

Dr Afif menambah, seni bersifat subjektif dan perbezaan tafsiran memang berlaku, namun menjadikannya alasan untuk melabel kandungan sebagai ‘melampau’ atau ‘menjijikkan’ adalah tidak adil kepada artis dan juga orang ramai.

“Kesedaran tidak sama dengan penghakiman. Pendidikan bukan kerja melabel. Bila platform kesihatan sebut nama artis, orang mudah anggap artis itu sudah salah, sedangkan tiada apa-apa keputusan undang-undang pun,” katanya.

ARTIKEL LAIN: Menteri Agama Tegur Isu Lirik Lagu Berunsur Lucah, Penggiat Seni Diseru Patuhi Garis Panduan
Pada masa sama, Dr Afif berpandangan menjadikan satu artis sebagai contoh tunggal tanpa perbandingan kes lain hanya membuka ruang untuk kecaman beramai-ramai tanpa memahami situasi sebenar.

“Kalau tujuan sebenar untuk mendidik, bincang isu secara umum. Jangan fokus pada seorang individu sampai nama dan reputasi jadi mangsa kecaman,” katanya.

Dr Afif turut menggesa semua pihak, termasuk platform berpengaruh, lebih berhati-hati apabila menyampaikan mesej yang menyentuh seni, budaya dan individu awam.

“Kita boleh berbincang tentang nilai dan moral, tetapi jangan sampai cara kita menyampaikan mesej menjejaskan keadilan dan empati,” katanya.

Selain itu, Dr Afif menegaskan kecenderungan sesetengah netizen yang cepat mentafsir lirik sebagai lucah mungkin mencerminkan cara fikir yang tidak sihat, bukannya kesalahan karya semata-mata.

“Kalau seseorang mudah mengaitkan sesuatu dengan unsur seksual tanpa konteks, itu tidak semestinya sebab lirik itu lucah. Mungkin cara fikir dan kecenderungan dalaman yang perlu diperbetulkan. Kalau nak bercakap soal kesihatan awam, beranikan diri bercakap juga tentang cara berfikir yang sihat. Tidak adil letak salah pada artis sahaja, sedangkan masalah sebenar mungkin datang daripada tafsiran,” katanya.

Terdahulu, PHM menerusi Facebook mengeluarkan kenyataan mengenai lirik lagu Masuk Lagi yang didakwa mempunyai unsur makna berbaur seksual. Kenyataan itu mencetuskan perdebatan netizen dan menimbulkan persepsi seolah-olah Baby Shima sudah melakukan kesalahan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 2 Dec 2024

Tampilkan Rosyam Nor, Fauziah Ahmad Daud, Erra Fazira & Ramai Lagi, Intuisi Evolusi Emas Semarakkan FFM 33

Persatuan Wartawan & Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) menganjurkan Intuisi Evolusi Emas FFM33 untuk menyemarakkan lagi sambutan Festival Filem Malaysia Ke-33 (FFM 33).

Hiburan Mon, 21 May 2018

Betulkah Hafiz Suip Tak Popular?

Hafis Suip menafikan sikap demand yang menjadikannya sedikit tenggelam namun bagi penyanyi yang popular menerusi lagu Bahagiaku Deritamu ini mengakui bahawa wang bukanlah segala-galanya

Hiburan Tue, 25 Mar 2025

Neelofa Tepis Dakwaan Sengaja Menunjuk Bilal Lancar Baca Al-Quran – “Itu Terjadi Spontan”

Neelofa tak ada niat kongsi Bilal lancar baca surah al fatihah

Hiburan Mon, 10 Jun 2019

Kongsi Gambar Rumah Lama, Netizen Kagum Dengan Transformasi Hidup Shuib

Dari umur 8 bulan sampai umur 17 tahun, ini lah rumah saya dibesarkan. Air amik tiap-tiap petang pakai baldi,mandi dekat parit,toilet luar rumah,tido pakai kelambu,lampu pakai pelita,motor takda yang ada cuma basikal.

Hiburan Fri, 24 Apr 2020
Hiburan Sat, 6 Apr 2019

Klasik Sungguh Resepsi Kedua Aidil-Fasha Sandha!

Aidil dan Fasha diarak menaiki ‘tandu’ yang diperbuat daripada buluh. 

Hiburan Tue, 17 Aug 2021

Meer Nash Nyanyi Semula Lagu Imran Ajmain

Lagu berhantu Seribu Tahun dendangan Imran Ajmain sudah berusia lebih sedekad. Malah hingga kini lagu yang pernah menjadi runut bunyi drama Kerana Cintaku Saerah di TV3 itu boleh dianggap malar segar. Pendek kata irama lagu […]

Featured Sun, 16 Apr 2023

Anna Jobling Perjelas Isu Beli Kereta Tanpa Lesen Memandu – “Saya Perlukan Hari Untuk Settle Lesen Lepas Raya Nanti!”

Pelakon Anna Jobling mengaku sebelum ini dia membeli sebuah kereta jenis Honda CR-V berwarna hitam atas dasar mahu memiliki komitmen bulanan agar lebih berdisiplin dalam menguruskan kewangannya walaupun masih tidak memiliki lesen memandu. Namun, itu tidak […]

error: Content is protected !!