Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 3, 2026 @ 5:49pm

Isu Lirik ‘Masuk Lagi’, Haiza Tegur Baby Shima… Minta Dangdut Disampaikan Dalam Mesej Lebih Beradab

Penyanyi dan penyampai radio, Haiza, tampil memberi pandangan tegas namun berhemah terhadap penyanyi dangdut, Baby Shima, susulan kontroversi lirik lagu Masuk Lagi yang didakwa berunsur lucah dan kurang sesuai untuk tontonan umum.

Menurut Haiza atau nama penuhnya Rohaizah Nordin, 46, sebagai selebriti, seseorang penyanyi perlu lebih peka terhadap mesej yang disampaikan, apatah lagi apabila lagu berkenaan mudah diakses oleh pelbagai lapisan masyarakat.

“Saya ada berbincang perkara ini dengan beberapa rakan. Terfikir juga, bagaimana lirik seperti itu boleh dilepaskan. Kadang-kadang penyanyi dangdut terus dilabel sama, sedangkan hanya seorang yang tampil dengan lirik sebegitu,” katanya.

Haiza tidak menolak kemungkinan faktor usia menjadi antara sebab Baby Shima berani bereksperimen dengan lirik yang dianggap sensitif, namun menegaskan populariti datang bersama tanggungjawab.

“Mungkin sebab dia masih muda dan merasakan sesuai menyanyikan lagu begitu. Tetapi sebagai penyanyi, kena sedar lagu itu didengar oleh semua peringkat umur. Walaupun niatnya bukan ke arah itu, konotasi dan ‘kiasan’ dalam lirik tetap membawa maksud yang kurang baik,” jelasnya.

Tambah Haiza, pemilihan lirik yang kontroversi juga berpotensi memberi imej negatif terhadap genre dangdut itu sendiri.

“Sebagai orang lama dalam industri, saya rasa Baby Shima perlu lebih berhati-hati untuk lagu seterusnya. Dangdut bukan alasan untuk memilih lirik yang keterlaluan. Ia juga boleh disampaikan dengan mesej yang mendidik dan sesuai untuk semua,” katanya.

Haiza turut meluahkan kebimbangan terhadap kesan pengulangan lagu tersebut di media sosial, yang menurutnya mudah mempengaruhi minda pendengar, khususnya kanak-kanak.

“Bila lagu itu masuk media sosial, ia akan diulang-ulang. Bila sudah ‘tertanam’ dalam fikiran, kesannya jadi lain. Itu yang saya risaukan. Saya pun sebenarnya tak mahu dia dikecam,” ujarnya.

Haiza berkata demikian ketika ditemui pada majlis Kenduri Rakyat sempena kemenangannya di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-37 yang berlangsung di Restoran Asam Pedas London, Selayang, pada Sabtu.

Mengulas sama ada lirik dangdut sememangnya perlu bersifat sedemikian, pelantun lagu Dag Dig Dug berpendapat ia tidak wajar dinormalisasikan, khususnya dalam konteks budaya tempatan.

“Saya rasa memang tidak patut, terutamanya di Malaysia. Mungkin di negara lain seperti Indonesia perkara itu sudah biasa, tetapi jangan kerana biasa kita anggap ia betul. Banyak perkara kelihatan ‘normal’ hanya sebab kita kerap terdedah,” katanya.

Haiza menegaskan, keutamaan harus diberikan kepada pembentukan generasi muda melalui kandungan yang lebih positif.

“Bagaimana dengan anak-anak generasi kita? Perkara itu boleh terbawa-bawa. Sekali mereka buat carian, ia akan muncul semula. Jadi, lebih baik kita biasakan perkara yang baik. Lirik yang membina itu lebih bermakna berbanding lirik yang boleh merosakkan pemikiran,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 30 Apr 2025

[VIDEO] Hubungan Dengan Marissa Dania Kembali Jernih, Abby Abadi Syukur Tak Hilang Anak

Abby Abadi syukur tak hilang Marissa Dania, akan live bersama

Trending Fri, 4 Oct 2019

So This Person Who Looks Like Jungkook is Not Jungkook?

This is the weirdest and most disturbing Jungkook-ception we have ever seen so far!

Hiburan Mon, 7 Jan 2019

Ayuh Dapatkan Tiket AJL 33 Bermula Hari Ini!

Jom layari www.myticket.asia untuk dapatkan tiket menyaksikan AJL ke 33.

Featured Thu, 8 Sep 2022

Bapa Puteri Balqis Sah Ditahan Reman Atas 3 Pertuduhan!

Jika terbukti bersalah harap dikenakan hukuman yang setimpal.

Hiburan Mon, 1 Apr 2019
Hiburan Thu, 28 Jun 2018

Hantu Kak Limah Kahwin Hanya Gimik Tapi…

Kata pelakon Hantu Kak Limah ini, dia sudah bersedia untuk bergelar isteri semula. “ Saya juga perlukan teman seperti orang lain yang boleh menemani saya ketika anak-anak tiada di rumah…

Featured Tue, 13 Feb 2024
error: Content is protected !!