Euforia Bola 2026
Trending By: Syafiqa Irdina June 18, 2020 @ 12:41pm

JAIS Benarkan Akad Nikah Fizikal Bermula Isnin Depan Dengan Syarat…

Alhamdulillah.

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memutuskan untuk membenarkan semula majlis akad nikah dilakukan secara fizikal di negeri ini berkuat kuasa Isnin depan.

Hanya 15 Orang Wakil

Menurut Pengarah JAIS Mohd Shahzihan Ahmad, kehadiran bagi majlis yang diadakan akan dihadkan kepada hanya 15 orang iaitu masing-masing 7 wakil pihak lelaki dan 8 wakil daripada pihak perempuan selain daripada pengantin lelaki, pengantin perempuan dan dua saksi.

Majlis akad nikah itu hanya boleh diadakan di masjid atau di pejabat agama Islam daerah dalam kes tertentu yang dibenarkan oleh pendaftar kanan.

Akad Nikah Video Dihentikan

Semua individu yang hadir pada majlis akad nikah juga mestilah mengikut garis panduan yang ditetapkan JAIS. Pelaksanaan akad nikah menerusi sidang video seperti sebelum ini adalah dihentikan.

Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Undang-Undang Keluarga JAIS di nombor 03-55143479.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 20 May 2024

Bapa Fazren Rafi Meninggal Dunia

Salam Takziah buat Fazren

Featured Tue, 30 May 2023
Featured Fri, 29 Mar 2024

WHI Kongsi X Mydin Prihatin Jalin Kerjasama Imarahkan Bulan Ramadan

Moga kerjasama ini dapat diteruskan sampai bila-bila❤️

Selebriti Thu, 15 Feb 2024
Trending Sun, 27 Aug 2023
Selebriti Wed, 21 Feb 2024

Puteri Sarah Fail Dua Tuntutan, Dakwa Pegawai Pemasaran Pecah Amanah Sebanyak RM26,000

Sekarang sudah ada dua LOD, satu menbabitkan isu fitnah dan kedua pecah amanah – Puteri Sarah

Hiburan Sat, 5 Jul 2025
error: Content is protected !!