Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 25, 2025 @ 1:29pm

Neelofa Tepis Dakwaan Sengaja Menunjuk Bilal Lancar Baca Al-Quran – “Itu Terjadi Spontan”

Selebriti dan usahawan jelita, Noor Neelofa menafikan dakwaan segelintir pihak yang mengkritiknya sengaja mahu menunjuk-nunjuk kebolehan anak sulungnya, Bilal lancar membaca al-Quran di usia tiga tahun.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs) miliknya, Neelofa menjelaskan keadaan tersebut berlaku secara spontan dan tiada niat untuk menunjuk kemahiran anaknya itu.

“Alhamdulillah, banyak ya komen yang sangat negatif dan toksik. Pertama sekali, saya tak tunjuk atau menunjuk anak boleh baca dan hafal Al-Quran.

“Itu terjadi spontan dia (Bilal) datang baca masa saya menjawab persoalan pengikut yang tanya tentang Al-Quran di IGs.

“Kalau saya betul-betul tunjuk macam mana Bilal dengan Al-Quran, menangis yang komen negatif ni. Itu pun saya kongsi hanya di senarai kawan saja,” katanya.

Di akhir perkongsian itu, isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail atau PU Riz ini turut memberi pesanan kepada pengikutnya untuk tidak komen perkara negatif di bulan mulia ini.

“Jangan la komen tak baik sangat bulan puasa ni. Tak pasal-pasal saya dapat pahala percuma, terima kasih ya,” katanya.

Sebelum ini, sebuah video tular di media sosial memaparkan anak sulung Neelofa iaitu Bilal mahir membaca ayat suci Al-Quran meraih pelbagai respons dalam kalangan warganet.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 4 Mar 2025

“Al-Quran Jangan Lupa, Bila Saya Panggil Jemaah Tinggal Semua Kerja Yang Kamu Buat” – Johan Nasihat Pembantu Rumah Utamakan Ibadah

Johan tidak mahu disoal di akhirat kelak apabila pembantu rumahnya itu meninggalkan perkara wajib semata-mata mahu menyiapkan kerja rumah.

Hiburan Tue, 7 Jan 2020
Trending Thu, 1 Oct 2020
Hiburan Mon, 17 Jun 2019

Cubaan Tukar Jantina, Sajjad Diminta Tampil Buat Permohonan Maaf

Dalam masa 48 jam, Sajjad diminta tampil membuat permohonan maaf…

Events Sun, 18 Nov 2018

Pergh…Tiket ‘Early Bird’ Konsert Reunion Dewa 19 Live In KL SOLD OUT!

Melihat keseluruhan tiket early bird terjual dengan begitu laris dan habis dalam tempoh lima hari adalah satu perkembangan yang cukup positif.

Hiburan Wed, 13 Mar 2019

Izzmad Harun Tak Kecil Hati Cuma…

Kata Izzmad ‘Saya banyak tolak job sebelum ini demi ‘Bisa Pertama’.

error: Content is protected !!