Euforia Bola 2026
Events By: SGMS Faida November 18, 2018 @ 11:38am

Pergh…Tiket ‘Early Bird’ Konsert Reunion Dewa 19 Live In KL SOLD OUT!

Maaf, tiket dah out! Tiket-tiket early bird Dewa 19 Reunion Live in Malaysia yang dijadual berlangsung pada 2 Februari 2019 di Stadium Malawati, Shah Alam sudah pun terjual habis.

Buat ‘Baladewa’ yang tidak sempat mendapatkan tiket, ini mungkin berita sedih untuk anda. Tiket-tiket early bird dengan potongan 10% telah sold out sebaik ia mula dijual sejak  7 sehingga 11 November lalu.

Berita gembiralah adalah para pembeli early bird sudah tidak perlu bimbang mereka gagal memperoleh tiket konsert sulung gabungan semula formasi lengkap Dewa 19 menerusi Konsert Dewa 19 Reunion Live In Malaysia kelak.

Berita sedihnya pula adalah Baladewa yang tidak membeli tiket early bird perlu berebut m membeli tiket bagi memastikan tidak terlepas menyaksikan momen bersejarah di antara para personal Dewa 19 iaitu Ahmad Dhani, Ari Lasso, Once, Andra, Yuke dan Agung serta Tyo.

“Melihat keseluruhan tiket early bird terjual dengan begitu laris dan habis dalam tempoh lima hari adalah satu perkembangan yang cukup positif dan memberangsangkan daripada Baladewa.

“Pihak kami yakin konsert ini akan mendapat sambutan luar biasa kelak,” ujar Nik Iruwan dari Nizra Production.

Bagaimanapun, tiket-tiket untuk menyaksikan Dewa 19 Reunion Live in Malaysia masih boleh dibeli menerusi laman web www.ticketcharge.com.my 

Lawati juga laman sosial rasmi konsert ini atau boleh hubungi Info Hotline di talian 0172792118 untuk keterangan lanjut.

Pastikan kalian memiliki tiket-tiket berharga:-

RM238 – Cat 3 (Reserved seating)

RM358 – Cat 2 (Baladewa Standing Zone)

RM458- Cat 1 (VIP Reserved Seating)

RM888 – Cat VIP (Meet and Greet Reserved Seating)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 29 Mar 2023
Featured Fri, 14 Nov 2025

Babak Atas Ranj*ng Riena Diana & Keith Foo Dalam Toksik Cinta Dikritik

Adegan intim melibatkan pelakon Riena Diana dan Keith Foo menerusi drama Tonton berjudul, Toksik Cinta mengundang kecaman

Hiburan Sun, 21 Jun 2026

“Mereka Akhirnya Berani Bercerita” – Beto Kusyairy Harap Isu Gangguan S*ksual Tidak Lagi Jadi Tabu

Beto Kusyairy mendedahkan ada segelintir mangsa gangguan seksual berani tampil berkongsi pengalaman pahit yang pernah dilalui selepas menonton karya lakonannya.

Hiburan Mon, 11 Sep 2023

Sambut Hari Jadi Dengan Anak-Anak, Zarina Anjoulie Sudah Bertunang Kali Kedua Dengan Elzey?

Kalau dah jodoh memang tak kemana kan.. Happy birthday Anju!

Hiburan Mon, 9 Feb 2026
Hiburan Wed, 5 Sep 2018

Kenapa Agaknya Nama Baby J Jadi Bualan Netizen?

Wah! comel betul Baby J kan? Serupa nama yang diberi

error: Content is protected !!