Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir September 11, 2023 @ 2:49pm

Sambut Hari Jadi Dengan Anak-Anak, Zarina Anjoulie Sudah Bertunang Kali Kedua Dengan Elzey?

Pelakon Zarina Anjoulie atau lebih mesra dipanggil Anju kembali menjalinkan hubungan dengan bekas tunangnya, Datuk Seri Khazrul Elzey.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Elzey membuat kejutan makan malam sempena ulang tahunnya bersama anak-anak mereka.

Di dalam hantaran tersebut, dipercayai Anju telah bertunang buat kali yang kedua melalui ucapan terima kasih yang ditulisnya.

“Thank you tunangku, you are so sweet lah. And also to all my kids. Love all of you so much, such a lovely dinner.

“Erin sayang, thank you for coming. I know you are always busy but you made time untuk datang tonight love you my sweet daughter,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1)

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan-rakan artis antaranya Fasha Sandha dan Azza Elite tumpang gembira melihat dia kembali bersama Elzey.

“Kalau dah jodoh. Berpisah tetap kembali jua.

“Happy for you. Happy birthday Anjoue.

“Suka tengok Anju dengan anak-anak Datuk ni. Nampak dorang pun suka dengan Anju,” komen netizen.

Untuk rekod, Anju dan Elzey telah mengikat tali pertunangan dan berkongsi di media sosial pada 22 Januari lalu namun hantaran tersebut telah dipadam oleh kedua-dua belah pihak dan dipercayai sudah putus tunang.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 7 Jul 2025
Featured Thu, 6 Oct 2022
Featured Thu, 4 Aug 2022

Selepas Tayang Beli Kereta ‘H’, Afieq Shazwan Sering Terima DM Ajak Kahwin – “Aku Nak Masuk Minang Kau Ni”

Aduhai, ada ‘H’ je terus nak ajak kahwin eh? 😂 Kalau panggil materialistik kang marah pulak 🫣

Featured Tue, 12 Aug 2025
Featured Wed, 17 May 2023
Trending Mon, 8 Jul 2019

Kes Pelajar UPNM Didera, Diseterika Dan Dibunuh Bakal Diketahui 31 Julai Ini

Keadilan buat Zulfarhan Osman bakal diketahui 31 Julai ini

Events Wed, 11 Jan 2023

[VIDEO] Azhar Sulaiman Kongsi Detik Cemas Kasih Leia Ixora Pengsan, Badan Kurus Akibat Menghidap Sakit Hipertiroid

Kesiannya Kasih Leia Ixora 😢 Patutlah nampak kurus sangat 😢 Semoga dipermudah segalanya ❤️

error: Content is protected !!