Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi November 6, 2022 @ 4:13pm

Digelar ‘Queen’ Oleh Siti Nurhaliza, Ernie Zakri Terharu, Idam Kolaborasi Bersama – “Kita Tengoklah…”

Biarpun Konsert Aku Cinta Syamel Ernie Zakri telah melabuhkan tirai dengan jayanya pada 23 Oktober lalu namun pastinya sentiasa menjadi sebutan buat peminat pasangan penyanyi ini.

Konsert yang menyaksikan paduan vokal pasangan tersebut turut mendapat perhatian penyanyi tersohor negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza yang menggelar Ernie seorang ‘Queen’ di sebuah hantaran baru-baru ini.

Tampil membalas reaksi itu, Ernie menyifatkan perkara itu membuatkan dia amat terharu sehingga menitiskan air mata.

“Semua penyanyi mempunyai impian ingin berjaya dalam industri seni.

“Bila dikenali dan dihargai sebegitu rupa, saya secara peribadinya saya menangis. Saya dengan teruja beritahu suami saya ‘TokTi komen’.

“Kita rasa dihargai, kerja kita, penat lelah kita orang dengar dan nampak, jadi ia buatkan saya rasa terharu, Alhamdulillah.

“Bila TokTi komen macam itu saya rasa comelnya TokTi. Saya sayang dia,” jelasnya gembira.

Pelantun lagu Korban itu juga tidak menolak sekiranya diberi peluang untuk berkolaborasi bersama Siti Nurhaliza suatu hari nanti.

“Insya-Allah secara jujurnya takkanlah saya nak cakap ada perancangan, sebab kata-kata ini tidak datang dari saya tetapi sudah tentu ingin bekerjasama, siapa yang tak mahu.

“Insya-Allah semoga ada peluang dan ruang untuk saya sama-sama dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza.

“Mana lah tahu di atas pentas ataupun rakam lagu official ke. Kita tengoklah, Insya-Allah,” ujarnya.

Terdahulu, Siti Nurhaliza ada meninggalkan komen di sebuah perkongsian video yang memaparkan Ernie sedang membuat persembahan pada konsert Aku Cinta dengan menyanyikan lagu Ku Bersuara dengan teknik vokal yang memukau.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Tampilkan Teknik Vokal Memukau, Siti Nurhaliza Gelar Ernie Zakri ‘Queen’

ARTIKEL BERKAITAN: Impian Syamel & Ernie Zakri Tercapai Di Konsert Aku Cinta

Sumber: Melodi TV3

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 10 Sep 2019

JLo Berbulu Bila Di Serang….

Siapa yang serang JLo?

Featured Tue, 26 Nov 2024

Watie Didakwa Punca Shuib ‘Lupa Diri’… Selar Kenyataan ‘Celupar’ Ceo Helmie – “Kasar Sangat Ayat Kau Wahai Saudara”

Shuib berang selepas individu lelaki yang dikenali sebagai Ceo Helmie mendakwa syarikat minuman Bubblebee bukan milik Bumiputera.

Hiburan Tue, 28 Feb 2023

Jasper Supayah Lega Watak Gedik Menjadi

Jasper Supayah puas hati

Hiburan Sun, 5 Oct 2025
Featured Tue, 19 Dec 2023
Cahaya Mata Fri, 4 Nov 2022

Muka Macam Oppa Korea! Kecomelan Anak Mona Allen Curi Tumpuan

Baru-baru ini, pelakon Mona Allen atau nama sebenarnya Munna Hafiraneza Allen berkongsi wajah anak lelaki sulungnya, Petra Pekin di media sosial. Wajah gebu yang dimiliki oleh Petra itu telah membuatkan ramai peminat geram dan tidak […]

Hiburan Thu, 19 Sep 2019

Cinta Sharnaaz Ahmad Kembali Bertaut?

Mungkinkah ada sinar bahagia…?

error: Content is protected !!