Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Faida May 18, 2019 @ 12:00pm

Maut Ketika Dalam Perjalanan Serah Zakat, Al-Fatihah Buat Pengasas Kosmetik Dnars

Usahawan kosmetik Dnars Skincare Faziani Rohban Ahmad meninggal dunia selepas kereta jenis Toyota Estima yang dinaiki bersama suaminya terlibat dalam kemalangan di Patani, Thailand pagi ini.

Dalam kejadian pukul 10.30 pagi, arwah yang berusia 40 tahun maut manakala suaminya, Ahmad Shah Rizal Ibrahim mengalami kecederaan.

Adiknya, Faizol Rohban Ahmad berkata, kejadian diketahuinya selepas menerima panggilan daripada abang iparnya itu.

“Saya mengetahui kemalangan itu apabila dihubungi abang ipar, dia maklum kakak cedera teruk.

“Setengah jam selepas itu, dia maklum kakak sudah meninggal dunia,” katanya.

Menerusi laman IG anaknya, Iqbar Hakim yang terkejut dengan berita ini turut memuat naik sebuah video sebak sebentar tadi. 

Difahamkan, Allahyarham dan suami dalam perjalanan menuju ke sebuah sekolah pondok di Pattani bagi urusan menyerahkan zakat.

Difahamkan, mayat Faziani dibawa ke Hospital Patani, Thailand dan masih berada di sana. Al-Fatihah…

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 14 Sep 2022
Trending Thu, 15 Oct 2020

Individu Langgar SOP Akan Di kompaun Serta Merta

Patuh SOP! Hentikan penularan Covid-19

Hiburan Mon, 29 Jan 2024
Hiburan Sun, 29 Jun 2025
Trending Sun, 14 Mar 2021
Trending Wed, 28 Mar 2018

通往阴间路?惊见「幽灵列车」进站

中国内蒙古日前惊现一辆「幽灵列车」,监视器画面清楚地录下一辆透明列车进站的全过程,令人不寒而栗,引起许多网友讨论,认为这是开往阴间的火车,也有人觉得是平行空间。

Featured Tue, 18 Jul 2023
error: Content is protected !!