Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 21, 2024 @ 8:46am

Nabila Razali Mohon Maaf Isu Pandu Kereta Dengan Lesen Kenderaan Motor Tamat Tempoh

Penyanyi dan pelakon Nabila Razali memohon maaf berhubung empat pertuduhan membenarkan dan memandu kereta dengan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh serta tiada perlindungan insurans, Januari lalu.

Susulan itu, Nabila, 31, atau nama sebenar Nur Nabila Mohd Razali bersama ibunya Shamsidah Abdul Rahman, 58, didenda RM480 oleh Mahkamah Majistret Alor Gajah, Melaka, baru-baru ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NABILA RAZALI (@nabila.razali)

Nabila Razali Mohon Maaf

Sehubungan itu, Nabila yang juga penyanyi lagu Raya Mana enggan memanjangkan isu itu dan memohon orang ramai tidak mensensasikan perkara itu.

“Sebenarnya kereta itu saya hadiahkan pada ibu dan masih atas nama saya. Jadi, apabila terdapat kesalahan jalan raya membabitkan kenderaan itu, sekali gus sebagai pemilik saya terpalit juga.

“Diakui pada hari kejadian kereta itu memang dipandu ibu. Perkara ini juga sudah dibawa ke mahkamah dan ibu mengaku salah selaku orang kena saman (OKS),” katanya.

Insiden Jadi Pengajaran

Dalam pada itu, Nabila turut memohon agar insiden ini menjadi pengajaran kepada semua pihak.

“Semoga kejadian ini menjadi pengajaran bukan saja buat saya dan ibu, tapi juga seluruh rakyat Malaysia. Sekali lagi, sebagai pemilik kereta ini saya mohon maaf,” katanya.

Mengikut pertuduhan, Nabila sebagai pemilik kereta didapati membenarkan ibunya menggunakan kenderaan itu dengan LKM tamat tempoh pada 29 September lalu dan tanpa polisi insurans bagi pihak ketiga.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 23 Mar 2022
Hiburan Fri, 12 Sep 2025

“Tayang Hidup Mewah Ini Satu Penyakit, Geli Kepada Mereka Yang Tak Reti Bersyukur” – PU Riz

Bermewah ada efek bahagia tapi itu bukan segala-galanya – PU Riz

Hiburan Thu, 14 Dec 2023

Pelakon Indonesia Keluar Masuk Lokap, Isteri Failkan Cerai Tertekan Suami Ketagih Syabu, Ganja

Alamak! Gara-gara najis dadah, habis berantakan rumah tangga.

Trending Mon, 2 Dec 2019

5 Produk Kosmetik Beracun Yang Dikesan Mengandungi Racun Berjadual

Lambakan pelbagai produk kosmetik beracun di pasaran sememangnya memudahkan sesiapa sahaja untuk mendapatkan produk tersebut. Walaupun ramai diantara kita yang tahu produk komestik yang beracun memang menjanjikan kesan yang ketara dalam tempoh yang singkat. Walaupun […]

Hiburan Wed, 18 May 2022
Hiburan Thu, 5 Oct 2023
Hiburan Sat, 21 Dec 2024

Ditegur PU Syed Isu Duet Dengan Arwah Suami Guna Teknologi AI, Nora Ariffin Berlapang Dada – “Saya Akan Lebih Berhati-Hati”

Nora Ariffin terbuka terima teguran PU Syed tegur duet dengan arwah suami guna teknologi AI

Trending Wed, 16 Dec 2020
error: Content is protected !!