Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 19, 2024 @ 4:56pm

DJ Lin Cari Pelapis Industri Hiburan, Turut Angkat Martabat Penyanyi Dikir

Penyampai radio DJ Lin atau nama sebenarnya, Roslinda Abd Majid mempunyai misi tersendiri untuk mencari pelapis dan memperkasa industri hiburan tempatan.

Menerusi aktiviti KiraOke Suria yang diadakan pada setiap lokasi Jelajah Suria Kuasa 2 Yaya Empire, DJ Lin membuka peluang bukan saja untuk mencari penyanyi malah bakat lain termasuk penyampai dan pempengaruh.

Menurut DJ Lin yang merupakan Pengurus Besar Suria FM, penyertaan yang diterima juga sangat menggalakkan sehingga hari ini termasuk mereka yang sanggup hadir dari jauh.

“Di Pulai Pinang saja kami menerima lebih 30 penyertaan awal sebelum disenarai pendek sehingga lima yang bersaing pada peringkat akhir yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM16,500 bagi tiga pemenang utama setiap lokasi.

“Kami juga terharu kerana ada peserta di Bukit Mertajam ini datang jauh iaitu dari Putrajaya dan Subang, Selangor untuk mencuba nasib.

“Lebih dari itu bakat yang kami cari juga bukan hanya sebagai penyanyi tetapi juga mereka yang ada personaliti dan bakat lain menerusi suara termasuk penyampai radio dan pempengaruh,” katanya.

Tambah DJ Lin, peluang untuk semua mencuba nasib masih terbuka di tiga lokasi lain iaitu Johor, Negeri Sembilan dan Kelantan.

Angkat martabat penyanyi dikir

Sementara itu, pada jelajah kali ini penaja terbabit iaitu Yaya Empire turut membawa misi mahu memartabatkan penyanyi dikir yang terkenal di Kelantan.

Pengarah Urusan Yaya Empire, Nadia Mat Isa berkata, pihaknya membawa penyanyi dikir di setiap lokasi dalam usaha memperkenalkan mereka kepada peminat dan pendengar Suria FM.

“Kami mahu lebih ramai membuka mata dan menghargai bakat seni penyanyi dikir yang sangat terkenal di Kelantan dan turut popular di media sosial seperti TikTok.

“Kami sendiri di Yaya Empire memang sudah lama berkerjasama erat dan menyokong penyanyi dikir ini kerana keunikan mereka.

“Pada saya irama yang dibawa penyanyi ini juga boleh mendunia dan diterima termasuk beberapa lagu popular seperti Bey Soba Bey yang turut viral antarabangsa,” katanya.

Nadia yang mesra disapa Yaya turut teruja dalam jalinan antara perniagaan wangiannya dan dunia hiburan kerana percaya ia mampu bergerak seiring.

“Bila saya menjalin hubungan dengan Zamani dan DJ Lin sebagai contoh, saya mendapat pelanggan dalam kalangan peminat mereka.

“Seperti di Pulau Pinang sambutan yang diterima sangat baik dengan jualan mencecah lima angka untuk dua hari jelajah,” katanya.

Lebih menarik pada edisi jelajah di Kelantan kelak, pertandingan KiraOke Suria bakal menggunakan format pencarian bakat baharu penyanyi dikir di negeri itu.

Katanya, menjadi harapannya agar penyanyi dikir akan diterima baik serta lagu nyanyian mereka akan berkumandang dalam radio tempatan.

Dalam siri jelajah di Mydin Mall Bukit Mertajam hujung minggu lalu, lebih 8,000 hadir pada kedua-dua hari serta dihiburkan barisan artis seperti Ernie Zakri, Ara Johari, Haqiem Rusli, Zamani dan Kristal X.

Pada hujung minggu ini, jelajah akan singgah ke Angsana Johor Bahru Mall, Johor pada 21 dan 22 September bermula jam 10 pagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 18 Jun 2018

David and Victoria Beckham Rumoured to Be Divorcing but the Missus Proves Them Wrong

It took one Instagram post to throw out all those nasty rumours.

Hiburan Fri, 7 Dec 2018

Wow! Daiyan Trisha Keluar Duit Sendiri Buat Album Inggeris

Album ini bakal memuatkan sebanyak lapan buah lagu. You guys kena support beli album Daiyan Trisha nanti okay!

Trending Sat, 10 Aug 2019

Anak Tercekik Blok Mainan, Ibu Pula Yang ‘Lemas’

Bahayanya mainan ini pada anak-anak kecil ya. Pantau serapat yang boleh.

Hiburan Fri, 28 Jun 2024
Hiburan Tue, 27 Feb 2024
Featured Tue, 6 Jul 2021

BNM Jelaskan Tiada Caj Faedah Atau Keuntungan Terkompaun Dalam Tempoh Moratorium

Umum maklum, BNM hari ini memaklumkan bahawa peminjam boleh memohon moratorium selama enam bulan mulai esok. Justeru itu, Bank Negara (BNM) turut mengingatkan semua peminjam individu, perusahaan mikro serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk […]

Hiburan Thu, 11 Jan 2024
Featured Sat, 27 Sep 2025
Hiburan Mon, 27 May 2019

《守百年之约》造势活动!605约定你在全马最大规模书展见

八度空间乘势出击,聚集一众演员包括Jordan盛天俊、Emily陈子颖、Coby庄可比、原腾和罗励勤,在来临的6月5日(星期三)在吉隆坡城中城会展中心(KLCC)会见吉隆坡剧迷们!

Featured Tue, 22 Nov 2022
error: Content is protected !!