Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 September 19, 2019 @ 1:50pm

Cinta Sharnaaz Ahmad Kembali Bertaut?

Mungkin ini yang dimaksudkan oleh Sharnaaz Ahmad terhadap Noor Nabila mengenai harapan rumah tangga yang terbina dapat diselamatkan?

Namun Lelakimu Yang Dulu hanyalah cinta di antara Hazrul dan Daliya lakonannya dan Nelydia Senrose yang bermula hari ini, 19 September di slot Akasia, TV3. 

Sekali lagi, drama 28 episod arahan Eoon Shuhaini terbitan Mache Allstar United Sdn. Bhd. ini menggandingkan Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose sebagai pelakon utama dan dibantu oleh barisan pelakon lain seperti Redza Rosli, Ungku Hariz, Reen Rahim, Nadia Brian, Azizah Mahzan, Dato’ Jalaluddin Hassan dan Dian P. Ramlee. 

Lelakimu Yang Dulu mengisahkan tentang konflik perkahwinan antara Hazrul (Sharnaaz Ahmad) dan Daliya (Nelydia Senrose) apabila mereka terpisah selepas Hazrul ditangkap di atas cubaan merogol. Selepas Hazrul ditangkap, Daliya bertemu Hazrul dan ingin mendapatkan penjelasan terus dari suaminya itu. Namun, Hazrul masih mendiamkan diri. 

Daliya cuba menuntut cerai tetapi Hazrul enggan berbuat demikian. Daliya mengambil keputusan untuk membawa diri. Beberapa bulan kemudian, Daliya masih buntu memikirkan masa depannya lebih-lebih lagi dia disahkan mengandung. Namun, kandungannya itu dirahsiakan daripada Hazrul. Daliya ditemukan dengan Nazli, Zana, dan Ibu Maryam apabila Daliya pengsan selepas hampir dilanggar oleh kereta milik Nazli. 

Kehidupan Daliya berubah selepas tinggal di rumah Ibu Maryam sekeluarga. Dia bekerja sebagai tukang jahit di kilang langsir Ibu Maryam. Kehadiran Daliya disenangi, lebih-lebih lagi oleh Nazli apabila dia mula ada hati dengan Daliya. Berlainan pula dengan Zana, dia tidak suka pada Daliya dan cemburu dengan layanan baik keluarganya terhadap Daliya.

Selepas dua tahun, Hazrul dan Daliya ditemukan semula. Anak yang dirahsiakan itu akhirnya diketahui oleh Hazrul. Hazrul berusaha untuk memiliki anak mereka, Isyraf untuk membalas dendam pada Daliya. Bagi Hazrul, Daliya adalah isteri yang tidak setia. Daliya meninggalkannya sewaktu dia kehilangan segalanya. Adakah rasa dendam akan terus mengatasi rasa cinta Hazrul buat Daliya? Dapatkah Daliya menerima Hazrul kembali?

Jangan lupa untuk saksikan kesudahan drama Lelakimu Yang Dulu yang diadaptasi daripada novel karya Farah Darianna terbitan Idea Kreatif ini, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam di TV3

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 9 Mar 2018

“Hubungan Saya Dan Zul Baik” – Zahirah McWilson

Zahirah McWilson mengakui bahawa hubungannya dengan Zul Ariffin masih berjalan dengan baik walaupun khabar angin mengenai isu hashtag tersebut telahpun menjadi viral

Hiburan Mon, 29 Oct 2018

「歌坛玉女」尤雅《往事只能回味云顶演唱会》与您共度良宵

歌坛第一玉女——尤雅将于2018年11月17日(星期六)在云顶云星剧场开唱,为大马歌迷唱尽经典。

Hiburan Wed, 28 Feb 2024
Trending Fri, 4 Mar 2022
Featured Fri, 10 Jun 2022

9 Tahun Bersama Hot FM, Haziq Hussni Umum Undur Diri

Bye Haziq! Terus terbang tinggi…

Featured Thu, 22 Dec 2022
Hiburan Mon, 27 Aug 2018

Hampir Setahun Menunggu, Aishah Kecewa Dipermainkan?

ihak sana ada memberitahu mahu berjumpa selepas raya haji tapi sampai sekarang masih diam tanpa berita. Sehingga sekarang, saya masih tertunggu-tunggu jawapan. Kalau anda jadi saya, sudah tentu anda juga rasa kecewa bukan?

error: Content is protected !!