Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi October 25, 2022 @ 11:10am

Impian Syamel & Ernie Zakri Tercapai Di Konsert Aku Cinta

Konsert Aku Cinta Syamel Ernie Zakri yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada Ahad mencipta pencapaian baharu dalam karier seni pasangan penyanyi ini.

Kehebatan vokal Syamel dan Ernie ternyata berjaya memukau peminat dan penonton yang hadir pada malam penuh indah itu.

Tampil menawan dengan dua persalinan rona emas dan hitam, Ernie menyifatkan konsert sulung itu adalah sebuah momen yang terindah buat dirinya.

“Ia adalah momen yang sangat indah untuk saya dan ditambah pula konsert pertama bersama suami, jadi keindahan yang berganda. Allah sahaja yang tahu perasaan saya sekarang ini untuk mencapai ke tahap ini.

“Satu benda yang saya impikan dah dapat. Kesilapan yang berlaku dalam konsert ini kami buang jauh-jauh dan cuba perbaiki. Apa yang penting, kami harap apa yang disampaikan, semua orang dapat rasa,” katanya.

Bagi Syamel pula, dia mengakui wujud perasaan risau pada mulanya dengan penerimaan peminat terhadap penganjuran konsert ini namun gembira dengan sambutan yang diberikan.

“Perasaan untuk mengadakan konsert itu sendiri sudah membuat kami risau, sebab ini pertama kali membuat konsert dan dapat tahu tiket habis dijual. Kami berdua menjerit bila dapat tahu tiket semuanya habis dijual.

“Tetapi secara jujurnya, bukan itu yang kami ingin kejarkan namun sokongan peminat itu sendiri terhadap konsert ini.

“Bila kami keluar ke pentas dan tengok kehadiran penuh, Alhamdulillah sangat gembira. Tergagap-gagap bila tengok sokongan yang padu diberikan kepada kami,” katanya.

Melihat kepada sambutan dan sokongan yang diberikan peminat sehingga tiket konsert habis dijual, Ernie dan Syamel tidak menolak untuk mengadakan konsert 2.0 tetapi perlunya perancangan yang rapi.

“Idea yang baik, Insya-Allah dalam perancangan kami akan fokus ke arah solo. Ada juga showcase solo nanti dan jika masih ada konsert bersama selepas ini kami akan janjikan yang lebih baik,” ujar Ernie.

“Apa sahaja yang akan berlaku selepas ini, ia perlu ada sebab yang terbaik untuk buat konsert 2.0 atau tidak, mungkin saya akan keluarkan album solo, Ernie pun juga begitu, kami nak tunggu yang lagi satu mungkin lagu-lagu solo atau album duet lagi,” jelas Syamel.

Dalam pada itu, pemenang Lagu Terbaik Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM 23) menerusi lagu Goodbye Hello ini juga terharu dengan kehadiran rakan-rakan selebriti yang memberi sokongan.

“Itu satu benda yang sangat-sangat bermakna buat kami. Kami belajar antara satu sama lain dan kami tak tahu mereka datang ke sini dengan sokongan yang sangat padu, kami rasa gembira.

“Rasa positif sangat. Kami rasa tersentuh bila tengok sokongan daripada rakan-rakan artis yang sebaya mahupun penyanyi senior,” ujar pelantun lagu Aku Cinta ini.

Antara barisan selebriti popular yang hadir ialah Anuar Zain, Ziana Zain, Misha Omar, Nabila Razali, Amira Othman, Wany Hasrita dan ramai lagi.

Konsert Aku Cinta yang berlangsung selama 2 jam itu menyajikan lebih 20 buah lagu antaranya Aku Cinta, Takkan Terlerai, Ku Bersuara, Gundah, Misteri, Lebih Sempurna, Goodbye Hello dan Korban.

Pada malam penuh bermakna itu juga, Syamel turut menyanyikan lagu terbaharunya yang berjudul Bahagia Milik Kita dan penampilan khas kumpulan band dari Indonesia Govinda menerusi lagu Hal Hebat bersama Ernie.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 12 Mar 2025
Hiburan Tue, 10 Jun 2025
Events Thu, 18 Jan 2018

SUPER SHOW 7 IS COMING TO MALAYSIA, BUT WHEN?!

Super Junior promised Malaysian fans that they will come back here for their major concert, Super Show 7. There are already rumours running around about the concert!

Hiburan Sun, 1 Jul 2018

Ed Sheeran Ciplak Lagu Lama?

Saman yang dikemukakan oleh syarikat yang memiliki sebahagian hak cipta lagu itu, Structured Asset Sales, mendakwa lagu Thingking Out Loud dilaporkan sama dengan lagu berjudul Let’s Get It On nyanyian Marvin Gaye.

Hiburan Wed, 7 Jun 2023

Padam Gambar Pakai Baju Ketat, Hawa Rizwana Mengaku Masih ‘Belajar’

Moga perkara ni dijadikan pengajaran untuk Hawa ye..

Hiburan Sun, 16 Sep 2018

Jho Low Hadiahkan Kim Kardashian Ferrari RM1.3 Juta

Jho Low Hadiahkan Kim Kardashian Ferrari RM1.3 Juta

Hiburan Sat, 9 Mar 2019
Featured Sat, 4 Apr 2026

Syafie Naswip Kongsi ‘Badan Naik’ Di Set Gayong 2, Gara-Gara Masakan Nabila Huda – “Pantang Bila Tiba Waktu Rehat”

Pelakon Syafie Naswip mendedahkan berat badannya bertambah sebanyak dua kilogram sepanjang menjalani penggambaran filem Gayong 2.

error: Content is protected !!