Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 14, 2023 @ 12:31pm

Pengedar Kemboja & Vietnam Intai Filem Sumpahan Jerunei

Belumpun ditayangkan di pawagam tanah air, filem bergenre seram, budaya dan fiksyen, Sumpahan Jerunei terbitan Produksi Seni 2020 Sdn Bhd sudah menarik minat beberapa pengedar dan ejen filem di peringkat antarabangsa.

Filem arahan Jason Chong itu menampilkan barisan pelakon hebat antaranya Bront Palarae, Uqasha Senrose, Amerul Affendi, Syafie Naswip, Daiyan Trisha, Tony Eusoff, Ruminah Sidek, Yuyun Hikmah dan ramai lagi.

Penerbit Bersama filem, Datuk Nancie Foo berkata, dia dan rakan kongsi, Datin Wendy Wong memang berhasrat untuk membawa filem Sumpahan Jerunei yang mengangkat kisah adat dan budaya unik kaum Melanau di Sarawak itu ke peringkat global.

Setakat ini, katanya, pengedar filem dari Kemboja dan Vietnam berminat untuk menayangkan filem Sumpahan Jerunei di sana.

“Perbincangan masih berjalan dengan pengedar filem dari dua negara terbabit dari segi syarat dan sebagainya.

“Mengikut perancangan, filem Sumpahan Jerunei dijangka ditayangkan di Kemboja pada September depan,” katanya.

Mengenai pasaran filem Sumpahan Jerunei di peringkat antarabangsa, kata Nancie, pihaknya mendapat pelbagai maklum balas positif dari pengedar filem dan ejen ketika menjual sinopsis dan trailer Sumpahan Jerunei di beberapa festival filem antarabangsa, sebelum ini.

“Antaranya, Hong Kong International TV & Film Market 2016; Asia TV Forum & Market (ATF), Singapura; Festival Filem Busan, Korea; MIPCOM Cannes 2019 dan Marche Du Film Cannes 2022 dan 2023.

“Tidak ketinggalan, American Film Market, Santa Monica, Los Angeles, Amerika Syarikat dan lain-lain lagi.

“Selain itu, kami juga akan menghantar penyertaan filem Sumpahan Jerunei ke festival filem yang layak di peringkat antarabangsa, termasuk tayangan di Amerika Syarikat selepas tayangan di pawagam tempatan,” katanya.

Jika nak diikutkan, kata Nancie, dia dan Wendy sudah mula memasarkan idea serta dan sinopsis filem Sumpahan Jerunei di pasaran antarabangsa sejak 2016.

Katanya, pihaknya rasa lebih yakin untuk menghasilkan filem Sumpahan Jerunei berdasarkan maklum balas yang diterima di pasaran antarabangsa.

“Pada mulanya, kami mahu membuat dokumentari, tetapi maklum balas diterima daripada pengedar filem antarabangsa meyakinkan kami untuk menerbitkan filem berdasarkan sejarah yang benar berlaku membabitkan kaum bangsawan Melanau pada abad ke- 13.

“Selepas kali ketiga, kami memasarkan filem di luar negara dengan membawa trailer dan poster, barulah kami yakin menghasilkan filem ke layar perak.

“Bersandarkan maklum balas bagus dari pasaran luar negara, kami juga buat sesi pitching dan pembentangan filem Sumpahan Jerunei di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dengan sokongan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Negeri Sarawak,” katanya.

Ditanya tayangan di Malaysia, kata Nancie, Sumpahan Jerunei akan mengadakan Tayangan Perdana dengan kehadiran barisan pelakon filem Sumpahan Jerunei di karpet merah sempena Festival Filem dan Anugerah Antarabangsa Asean (AIFFA) 2023 di Kuching, Sarawak pada 20 Julai ini.

“Kami bersyukur ini kali pertama filem tempatan dipilih sebagai filem pembukaan bagi AIFFA 2023.

“Filem ini akan menemui penonton di seluruh pawagam pada 27 Julai ini.

“Selaku penerbit, saya dan Wendy sudah melakukan yang terbaik mengikut kemampuan dan berharap penggemar filem tempatan memberi sokongan kepada naskhah ini,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Mon, 24 May 2021

“Tak Banyak Boleh Ulas, Kes Masih Dalam Siasatan”- Neelofa Komen Isu Tidak Pakai Pelitup Muka

Selebriti dan pengacara, Neelofa hari ini dalam satu kenyataan kepada pihak media memberitahu bahawa dia telah memberikan kerjasama kepada pihak polis. Ia berikutan susulan kes yang mendakwa selebriti itu tidak memakai pelitup sewaktu dilihat hadir ke […]

Hiburan Sat, 3 Feb 2018

BTS AND MORE TOPS FORBES KOREA 2030 POWER LEADERS LIST

The Forbes 2030 Power Leaders list is a prestigious award and we’re so proud to say that these youngsters made it into it.

Hiburan Tue, 3 Dec 2019
Hiburan Mon, 29 Oct 2018

It’s A BOY! Kapsyen Erma Fatima Untuk Adik Ipar Bikin Netizen Sebak

Berkemungkinan, kapsyen berkenaan mengingatkan perkara yang pernah dilalui oleh pelakon Mak Cun ini dahulu.

Hiburan Mon, 9 Dec 2019
Featured Thu, 1 Dec 2022
Hiburan Fri, 19 Jan 2018

SEBENARNYA LAGU QODY, BUKAN  BLACK!

Namun, terdapat beberapa masalah teknikal ketika lagu OST ini hendak dihantar kepada pihak produksi

Hiburan Fri, 23 Jan 2026
error: Content is protected !!