Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir February 3, 2023 @ 3:45pm

Dakwa Aeril Zafrel & Wawa Zainal Dibayar Untuk ‘Hasut Rakyat’, Individu Buat Permohonan Maaf Terbuka

Pelakon Aeril Zafrel didakwa menjadi pempengaruh untuk ‘menghasut rakyat’ ketika Pilihan Raya Umum ke-15 tahun lalu.

Dakwaan itu dilemparkan menerusi ciapan seorang individu dikenali sebagai Azrul Azimi di Twitter yang mendakwa Aeril dan isteri, Wawa Zainal menerima bayaran untuk menyokong Perikatan Nasional.

“Siapa dominon, siapa tunduk aku tak tahu, dan sejujurnya aku tak nak tau pun.

“Tapi apa yang pasti dua-dua ambik job berbayar jadi influencer hasut rakyat sokong Perikatan Nasional,” kata individu tersebut.

Tidak berdiam diri, Aeril membalas kenyataan lelaki itu dengan bersumpah bahawa dia tidak mengambil sebarang bayaran dan memintanya memadam ciapan berkenaan.

“Fitnah ni. Banyak kali dah aku jawab, tapi kali ni terpaksa lafazkan. Demi Allah satu sen pun aku tak ambik!

“Boleh saman ke statement dia ni?

“12 jam dari sekarang, sila mohon maaf & delete,” ujar Aeril kepada individu itu.

Selepas beberapa jam kemudian, individu tersebut bertindak memadam ciapan tersebut dan membuat permohonan maaf terhadap Aeril dan Wawa secara terbuka.

Menurutnya, dia telah bersangka buruk dan mengakui kesilapannya kerana tidak memeriksa perkara itu terlebih dahulu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 24 Jul 2018

Tiada Lagi Gelaran ‘Presiden Jomblo’, Baim Wong Dah Bertunang!

Gadis jelita ini merupakan model dan pelakon terkenal di Indonesia. Memang cantik orangnya, bertuah Baim!

#tilljannah Fri, 6 Jan 2023

Muat Naik Video ‘Miming’ Hindustan, Gelagat Reen Rahim & Suami Raih Perhatian – “Dia Bawa Geng Sudah…”

Umum mengetahui, pelakon Reen Rahim sudah bergelar isteri kepada Hazim Zainal beberapa minggu lalu dan kini sering tampil berkongsi momen bersama suami tercintanya. Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik olehnya di laman Instagram […]

Featured Fri, 3 Sep 2021

Dipanggil Menghadap TMJ 3 Kali, Rupanya Penyanyi Lagu Parodi Ini Diminta Untuk…

Baru-baru ini tular kisah mengenai penyanyi parodi lagu My Sejahtera Way, Azman Naim yang telah dititahkan ntuk menghadap Sultan Johor. Memetik laporan Harian Metro, rupa-rupanya sudah tiga kali Azman dipanggil pihak istana untuk menghadap TMJ. […]

Hiburan Sat, 13 Apr 2019

Comelnya Buah Hati Ketiga Khai-Rosma!

Syukur Alhamdulillah. Anak perempuan kami Nur Alya Dhania selamat dilahirkan semalam 11.04.2019 jam 1.48 pm berat 2.8 kilogram.

Featured Thu, 19 Aug 2021

Dibenarkan Dine In Di Semua Negeri Mulai Esok Bagi Individu Lengkap Vaksin

Individu lengkap dos suntikan vaksin Covid-19 di negeri Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN) kini dibenarkan menikmati hidangan di restoran dan kedai makan mulai esok. Perdana Menteri sementara, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kebenaran itu […]

Selebriti Wed, 18 Oct 2023
Hiburan Thu, 4 Jan 2024

Tak Serik Berlakon Filem Seram, Eyka Farhana Cabar Diri Walaupun Penakut – “Mujur Ada Ustaz Di Set Penggambaran”

Kalau min kat tempat Eyka, menangis dah kat set😭 Nak tahu seram ke tak, jom saksikan Anak Perjanjian Syaitan 2 di panggung wayang terdekat! Tayangan bermula hari ini!

error: Content is protected !!