Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 21, 2025 @ 6:28pm

5,000 Peminat ‘Sing Along’, Konsert Intifada Rabbani Penuh Emosi & Nostalgia

Konsert Intifada Rabbani yang berlangsung di Idea Live Arena, malam tadi berjaya membawa peminat mengimbau kenangan manis era kegemilangan nasyid sejak 90-an hingga ke aliran kontemporari hari ini.

Kumpulan nasyid tersohor itu mencatat sejarah tersendiri apabila tampil dengan persembahan solo terbesar sepanjang 28 tahun penglibatan mereka dalam industri, dengan kehadiran hampir 5,000 penonton.

Konsert yang bermula tepat jam 8.30 malam dan berlangsung selama dua jam itu menampilkan barisan anggota Rabbani iaitu Azadan Abdul Aziz, Asri Ubaidullah, Zulkiflee Azman, Luqman Abd Aziz, Muhammad Rithauddeen, Mohamad Afandi Shahbudin dan Ahmad Shafie.

Selain lantunan harmoni vokal Rabbani, pentas konsert anjuran Universe Gateway itu turut diserikan dengan kemunculan istimewa kumpulan Brothers, penyanyi Yabang serta Aeydan yang mewakili generasi pelapis nasyid.

Menyajikan kelainan, Rabbani mempersembahkan konsert ini dengan konsep yang lebih segar, lengkap dengan pencahayaan moden, paparan multimedia eksklusif dan gubahan muzik baharu.

Lagu ikonik Intifada dibawa dengan susunan muzik terkini yang menekankan mesej perjuangan, kebebasan serta kemanusiaan sejagat. Visual multimedia turut menyentuh bukan sahaja isu Palestin, tetapi juga mesej keamanan dan penyatuan manusia sedunia.

Penonton dipandu untuk bersama-sama menyalakan cahaya telefon bimbit sebagai simbol solidariti global, menjadikan konsert ini lebih daripada sekadar hiburan, tetapi sebuah seruan untuk kedamaian sejagat.

Antara detik paling menyentuh hati ialah segmen tribute khas buat vokalis utama Rabbani, Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim. Lagu-lagu popular beliau dipersembahkan semula dengan diselangi montaj dan rakaman eksklusif yang memanggil rasa syahdu penonton.

“Konsert ini adalah hadiah buat peminat yang setia bersama Rabbani sejak 1997. Malam ini kita bukan sahaja mengenang Allahyarham Ustaz Asri, tetapi juga menghidupkan selawat dan menyemarakkan cinta kepada Rasulullah SAW dalam suasana penuh makna,” ujar Azadan mewakili kumpulan itu.

Kemunculan Aeydan, bintang muda yang juga anak kepada anggota Rabbani melengkapkan simbol legasi nasyid merentas generasi. Sementara itu, Brothers selaku legenda era 90-an membawa aura tersendiri, manakala Yabang (Khalifah) menambah kelainan dengan warna vokal uniknya.

Kolaborasi ini menjadi bukti kesinambungan seni nasyid yang mampu merentasi zaman dan genre muzik.

Rabbani memukau peminat dengan deretan lagu popular sepanjang tiga segmen termasuk Assalamualaikum, Cari Pasangan, Anak Soleh, Handzalah, Syahadah, Teman Sejati, Pergi Tak Kembali dan kemuncak dengan Intifada yang diberi sentuhan universal.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 30 Apr 2025

Alya Iman Enggan Layan Kontroversi Lama, Tak Terkesan Nama Dikaitkan Dengan ‘Penyondol’

Alya Iman berserah seandainya ada pihak cuba menjejaskan reputasinya

Trending Sun, 22 Apr 2018

Merajuk Dengan Keluarga, Kanak-Kanak Bawa Diri Ke Bali Seorang Diri!

Emma berasa terkejut dan tidak boleh menjelaskan bagaimana perasaannya selepas mengetahui anaknya itu ke luar negara seorang diri dan menginap di Hotel All Season yang bertaraf empat bintang…Memang berani lah awak dik!

Trending Wed, 22 Jan 2020
Featured Fri, 16 Dec 2022
Hiburan Thu, 19 Mar 2026

Jalani Rawatan Selama Tiga Tahun, Fathia Latiff Kongsi Keadaan Terkini Lawan Sakit Schizophrenia – “Maaf Banyak Terkasar Bahasa Dulu…”

Fathia turut mengakui pernah melalui fasa sukar sehingga menimbulkan penyesalan terhadap beberapa perkongsian lamanya di media sosial

Hiburan Fri, 12 Oct 2018

Dulu Hyper Act Kini Kristal, Vokalis Kecik Perjelas Alasan

Kalau boleh jangan bandingkan saya dengan Lan. Beri saya peluang…

Hiburan Mon, 9 Mar 2026
error: Content is protected !!