Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 September 18, 2019 @ 12:01am

‘Dulu Sopan Je…’- Netizen ‘Hentam’ Gaya Nad Zainal Di Bali!

Sebagai seorang isteri dan ibu, kesihatan mental dan fizikal kita juga penting. Berlibur bersama rakan-rakan wanita untuk beberapa hari bukanlah satu benda yang ‘kejam’ asalkan kita tau batas-batasnya. Sebaliknya, bila pulang nanti..kita mampu untuk menjadi versi ibu dan isteri yang terbaik selepas berpeluang untuk beristirehat tanpa perlu memikirkan nak buat susu anak…atau nak tukar lampin…tak gitu? 

Jadi, tekalah apa yang terjadi apabila Nabila Huda, Nad Zainal, Sharifah Sakinah, Jihan Muse, Sherry Alhadad dan beberapa teman pergi bercuti bersama-sama untuk  satu All Girls Trip tanpa suami dan anak-anak? Sudah tentunya satu percutian yang menghiburkan dan penuh dengan aksi-aksi ‘gila’! 

 
 
 
View this post on Instagram

Bila trip dengan perempuan, tiap tempat cantik selang 10 saat bergambar, tiap 10 tapak melangkah bergambar. 9 perempuan, 7 isteri orang, 2 bujang . @kupu_kupu @sharifah_sakinah @nad.zainal @sherry_alhadad @jihanmuse @aqeella @bungadiawan @lizaabdul

A post shared by ناد زاينل (@nad.zainal) on

Melihat foto-foto percutian mereka, rasa macam nak tempah satu tiket penerbangan ke Bali sekarang juga! 

Tapi sekarang ni cerita dia ialah peminat Nad Zainal tak puas hati tengok cara berpakaian Nad masa bercuti baru-baru ini. Ada yang kata Nad selalunya berpakaian sopan tapi semenjak ‘berkawan’ dengan mereka-mereka ni, tetiba Nad semakin seksi pulak. 

Satu foto yang dimuat naik Nad memakai baju putih dan berseluar denim pendek telah ditegur ramai peminatnya yang rata-rata rasa kasihan pada suami Nad bila isterinya semakin seksi terutama sekali bila dah bercuti dengan kawan-kawan yang sememangnya tak putus dengan kontroversi tentang cara mereka berpakaian. 

View this post on Instagram

Aktivitas hari ini

A post shared by ناد زاينل (@nad.zainal) on

Walaupun ada peminat-peminat Nad yang memuji kecantikkannya, tapi ramai juga yang rasa Nad patut menjaga tatasusila sebagai seorang isteri dan ibu, lebih-lebih lagi kerana Nad jarang sekali terpalit dengan kontroversi berpakaian seksi seperti Sharifah Sakinah mahupun Nabila Huda. 

 

“Kali pertama tengok Nad seseksi ni…tak suka la macam ni…”

“Alaa…sayangnya…jangan terikut sangat diorang diorang yang lain tu…lama dah follow Nad Zainal…dulu sopan je…Baru harini nampak point untuk unfollow…sorry…”

 

 

“Tak suka tengok Nad seksi, kesian kat suami Nad!!”

 

Pelakon ‘Aku Haus Darahmu’ ini telah mendirikan rumahtangga dengan pasangannya Muhammad Faliq Amirullah pada 18 Disember 2015 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Fahad Ibrahim pada 14 Oktober tahun berikutnya. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 27 May 2022
Hiburan Thu, 7 Feb 2019
Hiburan Thu, 19 Dec 2019

Anjur Bengkel Percuma, Kahwin Antara Azam Sherry Alhadad Tahun Depan

Semoga segala impian Sherry tercapai hendaknya, Amin!

Featured Sat, 17 Sep 2022

Terkenal Dengan Imej Muslimah, Pelakon Remaja Didakwa Sering Ke Kelab Malam & Berpakaian Tidak Senonoh?

Dengar kata dah tak bertudung dan pakaian sekarang macam betina s*ndal! 👀

Hiburan Mon, 4 Mar 2019

Selepas Satu Peluang, Andi Bernadee Tampil Dengan Lagu Baharu!

Single terbaharu Andi bakal dikeluarkan pada Mac ini, tak sabarnya!

Hiburan Thu, 7 Nov 2019

张智成认「我本来就难搞」不怕被贴标签

睽违两年,张智成将推出专辑「你是不是张智成」,首支新曲《我本来就难搞》全球大首播!

Featured Sat, 29 Jun 2024

Didakwa Guna Gambar ‘Soft Porn’ Untuk Promosi Produk, Akaun IG Nilofa Tampil Mohon Maaf

Baguslah kalau dah cakna menganai isu tu. Jangan main-main dengan netizen👀

Hiburan Fri, 17 Jan 2025
Featured Sat, 7 May 2022

“Kak Iti Boleh, Tokti Boleh…” – Ini Respons Siti Nurhaliza Mengenai Isu Panggilan Nama

Siti sendiri tak kisah nak panggil beliau Tokti dan isu ini hanya perkara remeh baginya…

error: Content is protected !!