Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi November 7, 2022 @ 8:23pm

16 Tahun Mendirikan Rumah Tangga, Fazley Yaakob Dedah Isteri 13 Kali Keguguran Termasuk Kembar

Penyanyi dan chef selebriti, Datuk Fazley Yaakob berkongsikan kisah suka dan duka alam rumah tangganya bersama isteri tercinta, Datin Azrene Soraya sempena hari ulang tahun perkahwinan ke-16.

Menerusi perkongsian di laman Instagram, Fazley memuat naik sebuah rakaman video yang memaparkan detik-detik bahagia dia dan isteri ketika melangsungkan perkahwinan beserta ucapan.

“WE MADE IT!! 16 years today Adik Sayang!! Terlalu banyak cabaran dan dugaan yang datang berkali-kali bukan dari kita berdua, tetapi always dari mereka yang sering mencuba untuk memisahkan kita dan menggoyang masjid yang kita bina selama ini.

“Terlalu besar pengorbanan both of our families to make sure our love is justified with a pernikahan pada 7 November 2006 di Masjid Saidina Umar Al Khattab.

“Thank you Adik Sayang, for all your sacrifices for me big and small, yang abang tahu dan yang abang tak tahu. Abang hargai every one of it,” ujarnya.

Namun apa yang membuatkan warganet tersentuh apabila Fazley mendedahkan isterinya pernah mengalami keguguran sebanya 13 kali termasuk dua pasangan kembar.

“Syukur Alhamdulilah, walaupun berhadapan dengan 13 kali keguguran termasuk 2 pasangan kembar di mana salah satunya kembar anak sulung kita, kini kita berjaya membesarkan 3 anak-anak lelaki dan seorang puteri. Allah Maha Besar, segala ketentuanNYA takkan mampu sesiapa pun ubah.

“Happy 16th Anniversary my Adik Sayang,” tulis Fazley di ruangan kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato’ Fazley Yaakob (@fazleyyaakob)

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat memberi ucapan kepada pasangan tersebut malah ramai juga turut berdoa agar perkahwinan Fazley dan isteri sentiasa dirahmati dan dilindungi tuhan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 18 Dec 2019

Sherry Ibrahim Simpan Hajat Kahwin Tahun Depan?

Didoakan semoga Sherry dapat jodoh cepat.

Hiburan Mon, 26 Jan 2026

“Berhentilah Sebarkan Aib, Dia Budak Yang Baik” – Siti Jamumall Pertahan Mia Sara

Menurut Siti, sepanjang hampir lima tahun saling mengenali, dia menyifatkan Mia sebagai seorang yang baik

Hiburan Wed, 18 Dec 2019
Hiburan Wed, 27 Feb 2019
Hiburan Tue, 9 Dec 2025

Zizie Izette Masih Berkabung, Akui Rindu Arwah Suami Tidak Pernah Surut

Zizie berkata setiap air mata dan kerinduan yang datang bukan sesuatu yang cuba disembunyikan

Trending Sat, 16 Jun 2018

Gempar! Jatuh Bangunan Selepas Berhibur

Mayat lelaki berusia 29 tahun itu ditemui di tingkat dua premis perniagaan yang terletak berhampiran dengan hotel itu kira-kira 9 pagi tadi (waktu tempatan).

Hiburan Sat, 28 Dec 2019

Aina Abdul Jawab Dakwaan Besar Kepala

Saya tak boleh jelaskan lebih lanjut, tunggu saja nanti…

error: Content is protected !!