Euforia Bola 2026
Trending By: Aisyah Badrul March 27, 2020 @ 3:31pm

[VIRAL] Lelaki Jilat Barang ‘Toiletries’ Di Pasaraya Ditangkap Polis

Di saat masyarakat dunia sedang khuatir memikirkan virus Corona yang melanda dunia ketika ini, seorang lelaki bertindak melakukan perbuatan jijik dengan menjilat barangan peribadi (toiletries) di sebuah pasaraya di Missouri beberapa hari yang lalu. 

Walaubagaimanapun akhirnya pemuda itu berjaya ditangkap oleh pihak berkuasa selepas video perbuatan jijiknya itu menjadi tular di laman sosial. 

Menerusi video berdurasi lima saat tersebut, lelaki berusia 26 tahun itu dilihat menanggalkan topeng muka sambil menjilat barang di  pasaraya Warrenton, Missouri  sambil merakam sendiri perbuatannya. 

Pihak berkuasa di Warrenton menjelaskan mereka telah menerima aduan daripada orang ramai termasuk daripada rakyat Belanda,Ireland dan United Kingdom berkenaan dengan perbuatan tidak bermoral pemuda itu. 

“Kami mengambil aduan ini dengan serius dan akan mengambil tindakan sewajarnya. Terima kasih kepada sesiapa yang melaporkan video tersebut supaya isu ini dapat ditangani sewajarnya, ” Ujar pihak polis. 

Banyak lagi aktiviti berfaedah yang boleh kita lakukan di rumah semasa tempoh Kawalan Pergerakan ni. Jangan sampai perbuatan tidak bermoral kita boleh memakan diri sendiri ya. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 3 Apr 2024

Jaafar Onn Meninggal Dunia

Innalillahwainnailaihirrojiun

Featured Tue, 15 Nov 2022

Belanja Beatbox Ketika Ceramah, Hazwani Helmi Dapat Tepukan Gemuruh Pelajar – “Adik Tu Tepuk Macam Nak Tercabut Tangan”

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok memaparkan pasangan adik-beradik yang juga aktivis kemanusiaan, Hazwani Helmi dan Datin Seri Heliza Helmi hadir ke sekolah untuk memberikan ceramah. @hazwanihelmiAl kisahnya nak kena ceramah. Tapi tak sangka […]

Trending Mon, 25 Jan 2021

Shuk Sahar Sah Digantung Dari Hot FM

Siasatan masih dijalankan…

Hiburan Fri, 17 Feb 2023
Trending Tue, 4 Dec 2018
Hiburan Mon, 29 Sep 2025
Trending Thu, 4 Jun 2020
error: Content is protected !!