Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin February 17, 2023 @ 5:28pm

Asyik Jadi Pak Lawak, Hazama Teruja Bawa Watak Penjenayah

Penyanyi dan pelakon Hazama teruja apabila menerima tawaran untuk menjayakan watak antagonis sebagai seorang penjenayah dalam filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang arahan Allahyarham Pitt Hanif.

Hazama menyifatkan tawaran membawakan watak hitam dalam filem terbabit sebagai salah satu kelainan setelah sering menerima tawaran berlakon karakter komedi.

“Sebelum ini, saya sering ditawarkan watak komedi atau baik dalam lakonan. Sampai masanya saya keluar dari zon selesa. Saya sukar menolak apabila ditawarkan watak penjenayah, Kadok.

“Pada masa sama, saya memang minat filem aksi yang mengangkat wira perairan negara walaupun bukan watak utama. Ini juga filem ketujuh lakonan dan saya berkampung di Pulau Langkawi, Kedah selama sebulan untuk memberi fokus pada filem ini. Lokasi lain ialah di kawasan Gua Kota Gelanggi, Jerantut, Pahang selama tiga hari,” katanya.

Mengulas wataknya, kata Hazama, dia banyak berguru dengan pelakon senior, Adlin Aman Ramlie dalam filem itu.

“Saya bawa watak Kadok iaitu adik sepupu kepada ketua penjenayah iaitu Samat (Adlin) dalam filem ini. Saya bersyukur dapat berguru dengan Adlin, kami sudah kenal sejak dalam program realiti, Akademi Fantasia.

“Selain Adlin, saya juga dapat bekerja dengan pelakon dan pengarah hebat Sabri Yunus dalam filem ini. Bila berlakon dengannya, saya mendapat sama ‘vibe’ yang baik. Adlin banyak memberi bimbingan pada saya untuk menjiwai watak Kadok seperti dikehendaki skrip.

“Saya banyak berbincang dengan Adlin dan kami berkumpul dengan barisan pelakon yang memegang watak ahli kumpulan penjenayah supaya mudah mendapat keserasian,” katanya.

Ditanya babak sukar, kata Hazama, dia perlu menjayakan babak aksi perlawanan dengan watak utama, Leftenan Maritim Hafiz (Saharul Ridzwan).

“Bayangkan, saya perlu buat percubaan babak aksi berlawan dengan Saharul sebanyak 150 kali (take) untuk mendapatkan hasil terbaik mengikut tuntutan skrip.

“Ia adalah babak aksi pertama dan ia perlu dibuat sebanyak itu kerana perlu dapat sudut betul depan kamera dan mengikut masanya. Terus terang, babak aksi ini paling berat kerana memerlukan stamina yang tinggi,” katanya.

Filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang terbitan Flying Deals Sdn Bhd dan Arie Zaharie Production dengan kerjasama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) itu menampilkan gandingan aktor dan aktres popular, Saharul Ridzwan dan Julia Farhana Marin selaku teraju utama.

Selain Hazama, filem ini dimantapkan lagi dengan penampilan barisan pelakon seperti Adlin Aman Ramlie, Datuk Fizz Fairuz, Sabri Yunus, Kodi Rasheed, Gambit Saifullah, Aziz M Osman, Sherie Merlis, Wanna Ali, Jaja Iliyes, Aman Nassim, Hafiz Nafiah, Yuznor, Azlan Komeng, Hushairi Husain, Akmal Ahmad, Eqy Afandi, Iman Zulkarnain dan Trisha Ooi.

Filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang edaran Metrowealth International Group dan disokong Primeworks Studios (PWS), Media Prima Berhad (MPB).

Ia mula menjengah pawagam seluruh negara pada 2 Februari lalu dan ditayangkan serentak di Singapura dan Brunei Darussalam.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 1 Nov 2020

Vokal Mania: Aina & Tomok Tebus Kekalahan Minggu Lalu, Ini Senarai Penuh Ranking Episod 2

Apa pendapat korang pasal persembhan Vokal Mania semalam?

Trending Thu, 26 Jul 2018

This Creepy 3D Video is So Real, It Will Spook You Like Crazy

It’s so realistic that people are questioning whether it really happened or not.

Featured Fri, 25 Nov 2022

“I Win Tonight!” – Bertemu Bintang Popular Thailand, Daiyan Trisha Undang Rasa Cemburu Peminat

Sudah pasti ramai yang mengetahui pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha sering kali berjumpa dan berkongsi foto bersama pelakon-pelakon antarabangsa. Terbaharu, tular sebuah hantaran yang dimuat naik oleh Daiyan di laman TikTok sehingga sekali lagi berjaya […]

Featured Fri, 23 Jan 2026

Kenyataan S*ksi Tapi Tak Minum Arak Atau Menyund*l, Netizen Kecam Nadia Annuar

Sebahagian netizen berpendapat, berpakaian seksi adalah dilarang dalam ajaran Islam dan meninggalkan perkara yang ditegah merupakan sebahagian daripada tuntutan agama.

Trending Sun, 7 Feb 2021

“Wira Dalam & Luar Gelanggang!” – Lee Chong Wei Sumbang 50 Tablet Buat Pelajar Kurang Berkemampuan

Lagenda badminton tanah air, Datuk Wira Lee Chong Wei tampil memberikan sumbangan berupa tablet untuk kegunaan pelajar yang kurang berkemampuan. Perkara tersebut dikongsikan menerusi satu entri dilaman Facebook, Steven Sim Chee Keong pada Jumaat. Menurut […]

Events Wed, 27 Jun 2018

” Single, But Not Available!” – Fasha Sandha Perjelas Video Peluk Cium Aidil

Fasha mengakui sedang bahagia dengan kehidupannya sekarang tetapi masih belum mahu memikirkan soal perkahwinan kerana mahu terus fokus terhadap kerjaya seninya

Featured Wed, 23 Nov 2022
Featured Mon, 1 Dec 2025
Hiburan Tue, 10 Dec 2024

[VIDEO] Harissa Adlynn Dedah Pernah ‘Digoda’ Pelakon Senior Sudah Bercucu

Pernah diganggu secara fizikal, Harissa Adlynn dedah digoda pelakon senior bercucu

Featured Sat, 17 Dec 2022
error: Content is protected !!