Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain September 7, 2022 @ 3:19pm

Sean Lee Ingin Tempa Nama Di Hollywood Seperti Henry Golding

Pelakon dan pengacara Sean Lee berhasrat untuk bertemu dan bekerjasama dengan pelakon kelahiran Malaysia yang kini sudah menempa nama di Hollywood, Henry Golding.

Menurut Sean, dia menjadikan Golding sebagai ‘role model’ kerana perjalanan pelakon itu dalam mengembangkan bakat dalam industri seni di Malaysia sama sepertinya.

“Golding sama seperti saya memulakan langkah sebagai pengacara, namun, kini siapa sangka sudah berada di pentas Hollywood.

“Jadi, tak salah saya meletakkan Golding sebagai idola. Jujurnya, saya teringin mahu bertemu untuk mendengar kisah permulaan bertapak hingga berjaya menempa nama di peringkat global.

“Saya mahu belajar dan mengutip ilmu daripadanya. Mungkin juga saya boleh bekerjasama dengannya. Jika berlaku, ia menjadi satu perkara menakjubkan,” katanya.

Memetik laporan Berita Harian, pelakon itu juga menyatakan keinginannya untuk melebarkan sayap lakonan ke pentas antarabangsa, bahkan dia mahu mendalami ilmu penerbitan dan pengarahan.

“Mungkin Golding membaca coretan saya ini, jadi saya mengharapkan peluang ini dapat diperoleh.

“Sudah tentu saya mempunyai perancangan melebarkan sayap perjuangan ke pentas antarabangsa, malah, mahu berhasrat mendalami ilmu penerbitan dan pengarahan.

“Jadi, saya berharap peluang diberikan dengan meminjamkan suara untuk filem animasi, DC-League of Super Pets terbitan terbitan Warner Animation Group dan DC Entertainment menerusi watak Waffle akan membuka lebih banyak ruang,” katanya.

Sean juga menyatakan kini dirinya sedang giat berusaha mencari peluang demi mencapai keinginannya untuk bekerjasama dengan Warner Bros Malaysia atau mana-mana syarikat antarabangsa sebagai pelakon atau pengarah.

“Jika saya pupuk dan kekalkan hubungan baik, ia boleh membuka lebih banyak peluang. Namun, saya juga harus ada idea. Bagaimanapun, jika tiada idea tidak guna juga sekiranya peluang depan mata.

“Jadi, ini adalah perkara yang sedang saya usahakan. Disebabkan itu, saya tidak terlalu aktif dalam media sosial ataupun membintangi drama tanpa henti seperti dahulu.

“Sekarang, saya cuba membahagikan masa dengan perkara lain. Dalam hidup, masa tidak akan kembali, jadi saya perlu mengutamakan apa mahu dikejar.

“Namun, demi masa depan dan peluang diperoleh dengan kerjasama bersama Warner Bros Malaysia, saya mahu lebih terbuka,” katanya.

Sementara itu, Sean juga mengakui di era media sosial ini telah mengubah banyak perkara sehinggakan ada sesetengah individu memilih untuk menonton sesuatu filem menerusi platform atas talian.

Namun, dirinya perlu membuka hati untuk melakukan banyak perkara demi merebut peluang untuk menempa nama ke peringkat antarabangsa.

“Sekarang zaman sosial media dan populariti dalam internet, jadi, senang menarik perhatian peminat.

“Situasi ini mengubah banyak benda. Kita boleh lihat sekarang ramai tidak pergi pawagam, sebaliknya menonton filem menerusi banyak platform dalam talian.

“Cara menonton juga sudah berubah, jadi kita perlu terbuka dalam menerbitkan kandungan.

“Jadi, saya juga kena buka mata dan hati. Saya akan buat sahaja dan tidak akan rugi sekiranya berpeluang ke peringkat antarabangsa,” katanya.

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Mon, 4 May 2020

Tiga anak petugas barisan hadapan, ibu mana tidak risau

Sentiasa pesan pada anak, bekerja kerana Allah

Hiburan Thu, 30 Nov 2017

NABILA RAZALI -TAYLOR SWIFT MALAYSIA, WHY NOT?

Kepada mereka yang tidak mengenali Nabila Razali, mungkin mereka sudah pernah mendengar desas- desus sejak beberapa hari ini berkenaan “kisah cinta” nya bersama Aedy Ashraf mahupun video viralnya yang dikatakan “meroyan” kerana ditinggalkan kekasih. 

Hiburan Wed, 20 Feb 2019

‘Mula-Mula Takut…’- Jaja Iliyes Kongsi Pengalaman Berlakon Dengan Micheal Ang

Bintang semakin menyinar ini katanya teringin bawa watak perempuan psiko.

Featured Tue, 23 May 2023
Trending Sun, 7 Jun 2020

PKPP: Pelancongan Domestik Dibenarkan!

Boleh melancong dalam negeri!

Trending Wed, 27 Jan 2021

Ini Cara Semakan BPN 2.0 Fasa 2 Kategori M40

Ikuti langkah mudah yang disediakan

Hiburan Mon, 1 Oct 2018

Model Dan Instafamous Ini Dipercayai Mati Di Dalam Keretanya Sendiri

Di jumpai mati di dalam keretanya dengan kesan tembakan di kepala.

error: Content is protected !!