Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 3, 2024 @ 1:04pm

Selepas Sukses Dengan Pergilah Cinta, Danial Kifli Tampil Dengan Single Musnah

Terkenal menerusi lagu Pergilah Cinta yang berjaya meraih lebih 11 juta tontonan di YouTube, penyanyi Danial Kifli kini memperkenalkan single baharu berjudul Musnah.

Menurut Danial, single Musnah adalah hadiah istimewa buat peminat setia yang sentiasa ternanti-nantikan kesinambungan lagu Pergilah Cinta yang berjaya mencetuskan fenomena sebelum ini.

“Musnah adalah hasil usaha dan kerjasama saya bersama tiga lagi rakan iaitu Amir Hariz, Knight Cydeen dan Hawa Zulaikha.

“Jujurnya saya takut untuk melancarkan single ini kerana Pergilah Cinta berada pada satu tahap yang tinggi dan penerimaannya sangat luar biasa, jadi saya agak gementar untuk melihat maklum balas pendengar untuk single Musnah.

“Tapi Alhamdulillah sebaik muzik video Musnah dilancarkan di YouTube pada 21 Jun lalu, lagu ini terus trending dan kini berada di tangga ke-15.

“Malah jumlah tontonan untuk single ini juga mencatatkan peningkatan yang ketara. Kalau sebelum ini menerusi single Pergilah Cinta jumlah tontonan sekitar 15,000 sehari, tapi Musnah mencecah 25,000 tontonan sehari.

“Saya harap Musnah akan diterima baik sekali gus mencatat satu lagi sejarah baharu untuk portfolio kerjaya saya sebagai pendatang baharu dalam bidang ini,” katanya yang bernaung di bawah Awal Muzik Entertainment.

Tambah Danial, kelainan yang di bawa dalam muzik video Musnah adalah susunan muzik yang lebih moden dan mesra untuk didengari semua lapisan masyarakat.

“Selain itu saya juga cuba memantapkan vokal supaya kehadiran saya terus diterima baik. Saya tidak mahu dilabel sebagai penyanyi syok sendiri atau hanya bersandarkan rupa tapi saya nak dikenali sebagai penyanyi yang mempunyai pakej lengkap,” katanya lagi.

Dalam masa sama, Danial berharap Musnah dapat mencipta satu keajaiban iaitu menembusi pertandingan Anugerah Juara Lagu (AJL).

“Moga Musnah ada keajaiban yang tersendiri selain terus diterima baik oleh peminat. Saya harap single ini dapat pergi lebih jauh dan terus didengari, bukan saja di Malaysia tetapi di Indonesia, Singapura dan Brunei.

“Selain itu, sudah tentu saya mengharapkan lagu ini berjaya ke pentas AJL kerana ia menjadi impian setiap penyanyi,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 26 Nov 2022

“Kalau Nak Hukum, Teruskan” – Ismail Izzani Mengaku Bersalah

Sabarlah Mail.. tiada manusia yang lari dari melakukan kesilapan

Featured Fri, 2 Dec 2022

Mengaku Kerap Terkucil, Kriteria Pemilihan Lagu Jadi Keutamaan… Ikut Kemampuan Vokal Nabila Razali

Penyanyi terkenal, Nabila Razali lebih teliti dalam memilih sebuah lagu untuk dinyanyikan selepas acap kali ‘terkucil’ sewaktu melakukan persembahan. Ketika ditemui oleh XTRA, Nabila menceritakan pemilihan lagu menjadi keutamaan kerana ingin selari dengan kemampuan vokal […]

Hiburan Sat, 29 Jun 2019

Wow…Peminat Kecil Ajak Alif Satar Kahwin!

Katanya, “Saya nak kahwin dengan awak, Alif Satar”

Hiburan Fri, 18 Oct 2024
Featured Sat, 16 Dec 2023
Hiburan Tue, 31 Jul 2018

Amar Ahyan Mengaji Untuk Adiknya

Sempat lagi Amar Ahyan meluangkan masa bersama adiknya sebelum menjalani pembedahan mata

Hiburan Mon, 10 Feb 2025

[VIDEO] Nafi Terima RM400,000, Ziana Zain Bertegas Hanya Bantu Siasatan SPRM, Bukan Suspek

Zain Zain bertegas hanya menjalankan tugas sebagai duta syarikat perunding kewangan

error: Content is protected !!