Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 10, 2025 @ 2:00pm

[VIDEO] Nafi Terima RM400,000, Ziana Zain Bertegas Hanya Bantu Siasatan SPRM, Bukan Suspek

Penyanyi, Ziana Zain menepis dakwaan dibayar wang berjumlah RM400,000 sebagai duta syarikat perunding kewangan yang kini dalam siasatan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram.

Ketika ditemui XTRA, Ziana atau nama lengkapnya Siti Roziana Zain, 57, menjelaskan syarikat tersebut mengeluarkan jumlah yang besar dan tidak bermaksud angka itu diberi kepada seorang duta sahaja.

Malah, Ziana juga memaklumkan perkara terbabit tidak menganggu kerjaya seninya kerana tidak membuat sebarang kesalahan. 

“Kalau betullah dapat bayaran macam itu, saya dah keluarkan kereta Mercedes baharu… Tak ada, kami duta ramai jadi sudah tentu belanja dikeluarkan pun besar. Kadang-kala bila angka itu keluar bukan kami dapat semua, tidak.

“Perkara ini tidak mengganggu karier seni saya sebab saya tak lakukan perkara salah. Saya hanyalah duta, menjalankan tugas menyanyi dan muat naik hantaran di media sosial, itu saja,” katanya.

Pada 6 Februari lalu, tiga selebriti dipanggil ke ibu pejabat SPRM bagi memberi keterangan dalam membantu siasatan menerusi Ops Sky membabitkan syarikat tersebut.

Tiga selebriti itu ialah Ziana, Datuk Jalaluddin Hassan, dan Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie Sheikh Mustapha.

Mengulas mengenai perkara itu, Ziana berkata dirinya dipanggil hanya untuk membantu siasatan dan bukannya sebagai seorang suspek.

“Tak ada apa pun, saya hanya dipanggil oleh SPRM untuk membantu siasatan, bukan suspek. Saya tak risau sebab bukan jadi modus operandi. Saya disoal kami berapa lama kenal (dengan syarikat terbabit), buat apa… itu sahaja.

“Saya hanya beritahu sebagai duta dan pergi menyanyi. Itu sahaja mereka tanya, selebihnya kami hanya berbual, dalam dua tiga jam juga ketika itu.

“Biasalah orang luar suka sangat buat spekulasi, tak baik. Untuk saya dan duta lain sudah selesai, Alhamdulillah.. kami sudah selesaikan bahagian kami tetapi dari segi siasatan selanjutnya saya tak tahu,” katanya.

@xtra_my

Saya hanyalah duta, menjalankan tugas menyanyi dan muat naik hantaran di media sosial, itu saja – Ziana Zain #fyp #xtra #beritaditiktok #sembangentertaiment #zianazain #hanya #duta #menjalankan #tugas #sahaja

♬ original sound – XTRA – XTRA

Ziana berkata demikian ketika ditemui selepas konsert akhir program realiti, Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) di Studio Ntv7, Glenmarie di sini, malam tadi.

Pelantun lagu Madah Berhelah itu bagaimanapun tidak mahu meletakkan kesalahan secara melulu kepada syarikat terbabit kerana masih dalam siasatan.

“Sebelum ini, saya tidak berdepan perkara sebegini sebagai duta, ini kali pertama. Kata orang, dalam berbelas-belas (kali) yang kita pernah jadi duta, kadang-kadang mungkin ada satu yang jadi begini.

“Duta ni hanyalah permukaan saja, dan tak tahu apa disebalik syarikat itu. Bagi saya syarikat itu sendiri masih dalam siasatan jadi tak boleh nak terus tuduh pihak mereka bersalah atau sebagainya. Masa depan kita tak tahu, ini dikira nasib,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: Nafi Terima Bayaran RM400,000, Jalaluddin Hassan Sedia Beri Kerjasama Dengan SPRM

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 17 Aug 2022

“Saya Ada Rasa Sedikit Terkilan Lebih-Lebih Lagi… – Raja Azmi Berang Filem ‘Jerangkung Dalam Almari’ Dihadkan Tayangan Kerana Pengabdi Setan 2?

Penerbit Raja Azmi mendakwa filem seram karyanya, Jerangkung Dalam Almari dihadkan jumlah tayangannya semata-mata ingin memberi laluan kepada filem seram dari negara seberang, Pengabdi Setan 2. Sehubungan dengan itu, penerbit, Raja Azmi tampil meluahkan rasa […]

Hiburan Sun, 12 Aug 2018

Pelakon Amisah Abdullah Meninggal Dunia

Menurut Persatuan Seniman Malaysia, Allahyarham yang pergi pada usia 52 tahun tidak sedarkan diri awal pagi ini sebelum pihak perubatan yang tiba mengesahkan arwah telah meninggal dunia.

Hiburan Fri, 16 Jun 2023
Trending Fri, 29 Mar 2024

Pasangan Baru Kahwin Nak Sambut Raya Memang Sweet Macam Ni Ke? Hurm..

Baru kahwin ni memang best! Masa ni buat apa pun semuanya nampak comel je, nampak sweet je! Orang kata masa ni masing-masing masih blushing lagi dan antara sambutan yang paling ditunggu-tunggu ialah sambutan Hari Raya […]

Hiburan Fri, 23 Aug 2024
Hiburan Mon, 13 Apr 2026

Pilih Tak Penuhi Jemputan Rumah Terbuka, Azza Elite Bimbang Reaksi Orang Terhadap Anak Autisme

Azza Elite bimbang kehadiran anaknya, Adam yang autisme boleh menimbulkan rasa kurang selesa kepada tuan rumah dan tetamu lain.

error: Content is protected !!