Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain May 19, 2022 @ 2:30pm

Pesanan Faizal Tahir Buat Pencipta Lagu Yang Ingin Mencipta Nama – “ Angan-Angan Kosong Saja Tidak Menjamin…”

Penyanyi dan komposer, Faizal Tahir, menasihatkan pencipta lagu yang ingin mencipta nama perlu lebih serius dalam menjadikan muzik sebagai kerjaya.

Menurut Faizal, dia akui ramai yang hebat mencipta lagu tetapi tidak menggalakkan menyertai industri muzik jika niatnya sekadar suka-suka.

“Ambil serius mengenainya. Kalau nak main-main, rasanya tak perlu adalah dalam industri muzik. Maaf, mungkin cara jawab saya ini kasar, tapi itulah hakikatnya.

“Ramai orang nak jadi komposer, penerbit (muzik) dan mereka mempunyai banyak produk bagus, tapi mereka tak boleh nak keluarkan. Yang sudah ada dalam Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP), kalau nak pendapatan lebih, janaan produk, tolong ambil serius,” katanya.

Penyanyi itu turut menyatakan angan-angan kosong saja tidak menjamin tempat dalam industri muzik sekiranya tidak serius dalam menghasilkan muzik.

“Ini bukan macam zaman waktu pergi ‘jamming’, tiba-tiba ada impian nak jadi komposer. Nak jadi pencipta lagu, tengok semua orang buat lagu, boleh buat duit.

“Kena ambil serius dan jadikan ia kerjaya. Bukan minat suka-suka dan hobi. Tulis sebanyak lagu yang boleh dan terus gesa diri,” katanya.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 2 Jul 2018

“Dear Najib, Racial Politics is So Yesterday…”

Netizens are responding to Najib’s racial statements.

Hiburan Fri, 24 Jan 2020

Isteri Sudah Tawar Hati, Ini Jawapan Sharnaaz Ahmad…

Semoga dapat diselesaikan secara baik…

Featured Fri, 10 Mar 2023

Cinta Lama Berputik Kembali, Aisha Retno & Aziz Harun Bersatu Dalam ‘Jarak’

Sweet sangat dua orang ni tau! Sedap sangat lagu duet mereka berdua dalam Jarak 😘 Jangan lupa dengarkan

Featured Thu, 1 Dec 2022
Trending Fri, 6 Mar 2020
Featured Thu, 4 Sep 2025
error: Content is protected !!