Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 4, 2025 @ 3:32pm

Haneesya Hanee Gagal Tahan Sebak, Dakwa Disabotaj – “Saya Tahu Siapa Yang Viralkan Video Clubbing Saya”

“Saya meraikan kemenangan di satu kedai makan bersama ibu dan dua rakan baik saya. Bukan pergi clubbing,” itu luahan pelakon Haneesya Hanee mengenai kontroversi melibatkan dirinya sejak lapan tahun lalu.

Kata Haneesya menerusi program No Filter yang di hoskan oleh pengacara popular, Elly Mazlein, dia bersyukur apabila soalan mengenai insiden ‘clubbing’ ditanyakan semula kepadanya.

“Saya tunggu orang tanya soalan ini 6 hingga 7 tahun selepas Dewi Remaja. Kot la ada wartawan yang tanya. Sebenarnya saya tak meraikan kemenangan di kelab malam.

“Saya meraikan kemenangan di kedai makan bersama ibu dan dua rakan baik saya. Bukan pergi clubbing seperti didakwa. Kau orang boleh cari semula video tersebut.

“Dalam video viral tu saya ada ‘bangs’ tapi pada hari kemenangan rambut saya dah panjang, bermaksud saya pergi tu dah berbulan-bulan yang lepas. Rambut tak akan boleh panjang secepat itu,” katanya.

Gagal menahan sebak, Haneesya menyifatkan tindakan tidak bertanggungjawab individu berkenaan mampu menghancurkan impian ibunya yang mahu melihat dia menjadi juara dalam program berkenaan.

“Saya tunggu lama untuk sertai Dewi Remaja sebab itu impian ibu saya. Tapi kemenangan hanya dipinjam sekejap sahaja. Bila benda tu jadi, saya rasa sakit sangat. Hingga family saya terpaksa ikat perut, kerja semua tak ada, masa tu duit dalam bank kosong sampaikan kawan saya menyamar jadi saya untuk buat posting supaya saya ada duit.

“Saya tahu apa yang saya buat tu salah. Betul, memang salah. Saya pun manusia biasa tak lari daripada buat salah. Memang masa tu Tuhan seperti ketuk kepala saya,” jelasnya.

Dalam pada itu, Haneesya mendakwa, dia mengetahui siapakah gerangan individu yang menyebarkan video tersebut yang juga dipercayai ‘orang dalam’ program berkenaan.

“Saya tahu siapa yang viralkan, saya harap anda gembira dengan apa yang anda lakukan kerana benda tu musnahkan hidup saya tapi saya nak tunjuk usaha anda itu gagal sebab saya tak akan mengalah.

“Saya tahu orang yang viralkan tu orang dalam Dewi Remaja. Saya tahu siapa, tapi tak ada bukti,” dakwanya.

 

Sumber: Gempak

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 16 Mar 2019

‘Buat Yang Terbaik Ok Atikah…’- Awi Rafael Titip Pesan Buat Bekas Tunang

Semoga Awi dan Atika, semoga kalian terus tabah dengan dugaan kali ini, kita doa yang baik-baik buat mereka.

Hiburan Sun, 20 May 2018

Sissy Iman Terkena Tempias Jampi Hael Husaini

Terkena tempias hebat Jampi dek kemunculannya bermain piano mengiringi persembahan lagu Jampi dendangan Hael Husaini pada Anugerah Juara Lagu 32 (AJL32), baru-baru ini, SIssy Iman mula mendapat perhatian ramai.

Trending Mon, 27 Aug 2018

Couple Fails to Conceive After Years…Butt They Later Found the Problem

Sex education is extremely important, you guys.

Featured Thu, 26 Jan 2023

Isteri Lan Solo Dedah Momen Tahun Pertama Berkahwin ‘Downgrade’ Hidup – “Pernah Korek Tabung Beli Pampers & Susu…”

Susah susah dahulu, senang senang kemudian kan ☺️☺️ Alhamdulillah, murah rezeki Lan sekeluarga

Events Fri, 6 Oct 2023
Events Mon, 16 Dec 2019

周金亮阿牛阔别多年再合作!鼠年春节嘉年华118引爆

配合2020年马中文化旅游年,两国将于1月18日,在吉隆坡独立广场联手主办《2020马来西亚欢乐春节嘉年华》迎接鼠年的到来。

Featured Mon, 10 Apr 2023
Hiburan Fri, 10 Oct 2025

Heliza, Hazwani & Farah Lee Tak Tahan Sebak, Berhubung Dengan Penduduk Gaza Buat Hati Luluh – “Beri Kami Sedikit Masa Lagi…”

Farah Lee menitiskan air mata, Heliza dan Hazwani Helmi sebak berbual dengan penduduk Gaza

error: Content is protected !!